Cara Tukar Password Unifi

12
Cara Tukar Password Unifi. Jika anda masih belum tukar kata laluan atau password Wifi, anda disaran melakukannya sekarang kerana rangkaian wifi anda mungkin terdedah ancaman hackers.

Mengubah password adalah sangat penting demi memastikan talian Wifi anda tidak dapat diakses oleh orang luar. Ini kerana Wifi anda boleh dicapai dalam radium meter yang ditetapkan. Cuba semak menggunakan telefon pintar anda, pasti Wifi jiran dan kedai berdekatan tertera pada skrin.

Cara Tukar Password Unifi

Walaupun tidak menetapkan talian kepada 'public', masih ada golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemahiran IT mereka untuk menggodam Wifi.

Berkaitan: Cara Tukar Password Wifi Streamyx

Hakikatnya, hackers akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan talian Wifi secara percuma. Anda yang menjadi mangsa kerana bukan hanya membayar bil bulanan untuk orang asing bahkan terpaksa berkongsi Wifi menyebabkan kelajuan Wifi terganggu.

Cara Tukar Password Unifi

Kesan tidak tukar password wifi

- Talian internet menjadi berlahan kerana terdapat orang asing menggunakannya tanpa kebenaran anda.

- Tatacara menggodam Wifi mudah didapati di Google dan sesiapa sahaja terdedah pada ancaman ini dan sesiapa sahaja boleh melakukannya termasuk jiran anda.

- Menetapkan password 'abcde1234' atau 'password1234' tidak membantu kerana ia mudah diramal oleh hackers

- Apabila hackers berjaya menembusi talian Wifi mereka boleh buat apa sahaja dengan akaun Wifi anda.

Oleh itu anda dinasihatkan tukar password Wifi dan tidak menggunakan password sama dalam tempoh masa yang panjang.

Cara Tukar Password Unifi

Rata-rata rakyat Malaysia sama ada individu mahupun premis perniagaan lebih memilih perkhidmatan jalur lebar yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM) iaitu Streamyx dan Unifi.

Melalui entri ini sahaja sediakan tatacara untuk tukar kata laluan Unifi.

*Pastikan anda menghubungkan kabel Local Area Network (LAN) secara terus ke laptop/komputer dan bukannya menggunakan Wifi.

Langkah 1: Layari http://192.168.0.1/

Cara Tukar Password Unifi

Langkah 2: Masukkan 'tmadmin' pada ruangan Username & Password, kemudian klik 'Login'.

Langkah 3: Pilih 'Wireless Setting' dibahagian kanan.


Langkah 4: Pilih 'Manual Wireless Network Setup'


Langkah 5: Di bahagian 'Wreless Network Settings' masukkan nama Wifi baru anda pada.

Langkah 6: Scroll ke bawah, di ruangan 'Pre-Shared key' padam password lama dan masukkan password baru.

Langkah 7: Scroll ke atas, tekan 'Save Settings'

SIAP!

Penukaran kata laluan ini menyebabkan semua peranti yang menggunakan talian Wifi akan disconnect. Masukkan kata laluan baru untuk menikmati Wifi.

Walaubagaimanapun, anda tidak disaran menukar password terlalu kerap bimbang kekeringan idea, menyebabkan anda menggunakan kata laluan lemah seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan, atau nama anak.

Entri sebelum ini - Menu Best di Hayaki Cafe

Terima kasih kerana membaca Cara Tukar Password Unifi
Tags

Post a Comment

12Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sangat menafaat, sy x pernah tukar no wifi. Tq kerana bg saranan ini

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah tak perlu tukar pasword unifi. sebab jiran - jiran semua ada pasang hihihi

    ReplyDelete
  3. kadang -kadang terfikir juga nak cuba godam WIFI jiran..

    untuk suka-suka atau test power ..

    tetapi kalau password yang sukar ..memang tak dapat la den membantu

    ReplyDelete
  4. Mmg patut tahu cara nak tukar password ni. Mmg bnyk juga dengar kejadian wifi kena hack ni hmmm.

    ReplyDelete
  5. Aku sampai sekarang tak tukar lagi.. haha.. jangan kena hack sudahlah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum selamat pagi nik

    rajin tukar pasword. kalau pasword ikut tarikh dan bulan

    sampai ke sudah tak akan kering idea

    ReplyDelete
  7. memang harus selalu tukar pasword ya supaya tidak di godam

    ReplyDelete
  8. Belum pernah guna Unifi.. tapi rasanya nak tukar juga sebab2 dengar2 servisnya memang terbaik.

    ReplyDelete
  9. wifi pun boleh jadi sasaran hackers :) memang payah betul kalau tak berhati2. Tak pasal2 internet jadi slow.

    ReplyDelete
  10. Selalunya bila wifi lembab je terus offkn router.

    ReplyDelete
  11. kenapa tak boleh tekan laman web tu ?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top