14 September 2017

Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia


Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia Ternyata semua informasi dan reka bentuk peranti terbaru Apple yang 'tiris' benar belaka. Semalam bertempat di Apple Park, Apple telah memperkenalkan sejumlah peranti antaranya iPhone X, Apple Watch, Apple Tv, dan antara yang mendapat perhatian adalah iPhone 8 dan 8 Plus.

Seperti biasa, Apple tidak terlalu menekankan soal design. Biarpun mengalami sedikit perubahan, secara fizikalnya ia masih hampir menyerupai iPhone generasi sebelum ini iaitu iPhone 7. Tetapi dari fungsi, kedua peranti ini dikemaskini dan mempunyai sokongan tambahan.

Selain itu, turut mengekalkan tradisi 'edisi lebih baik', iPhone 8 Plus lebih premium dengan spesifikasi lebih hebat berbanding iPhone8. 

Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia

Design

Bagi yang mengharapkan perubahan dari segi design, pasti mereka akan kecewa. iPhone 8 dan 8 Plus hampir sama dengan setiap iPhone yang dikeluarkan sejak iPhone 6. Namun, kali ini badan iPhone 8 kini diperbuat daripada kaca khas.Perubahan ini menyebabkan ia 7% lebih berat.

Dari segi saiz, memandangkan iPhone 8 Plus lebih besar dan paparan skrin lebih mengagumkan kerana ia lebih premium. Masing-masing menyokong paparan Retina HD


iPhone 8 - 4.7-inch LED-backlit IPS LCD, 1334 x 750 pixels (326 ppi)
iPhone 8 Plus - 5.5-inch LED-backlit IPS LCD, 1920 x 1080 pixels (401 ppi)

Perbezaan antara iPhone 8 / 8 Plus


Pengecasan tanpa wayar

Akhirnya Apple menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar yang selama ini ditagih pengguna. Untuk itu, Apple memperkenalkan AirPower yang mampu mengecas beberapa peranti apabila diletakkan di atasnya.


AirPower yang akan berada di pasaran pada 2018 boleh mengecas iPhone, Apple Watch, dan AirPods secara serentak.

Selain itu Apple turut membangun menambah teknologi pengecasan pantas kira-kira 50% dalam masa 30 minit. Walaubagaimanapun, pengecasan pantas ini dijual secara berasingan melalui tiga model pengecasan berlainan.

 
Pemprosesan

Melengkapkan kemaskini peranti terbaru ini, kedua-duanya dilengkapi cip pemprosesan Apple A11 Bionic Six Core CPU, Six Core GPU, M11 motion co-processor. Apple mengeaskan A11 Bionic memberikan presatasi 23% lebih lebih tinggi dan 70% lebih efisyen berbanding A10.

Camera

Apple menambah ciri Augmented Reality yang menggabungkan kandungan realiti dengan maya.


iPhone 8 - 12-megapixel (f/1.8) pada bahagian belakang dengan sokongan penstabilan imej optikal.
iPhone 8 Plus - 12-megapixel ( f/2.8) dan turut hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal, dwi-kamera dan merakam dengan lebih baik pada pencahayaan rendah.

Kalis air dan habuk

Sama seperti iPhone 7, kedua-dua peranti adalah kalis air dan habuk. 

Harga iPhone 8/8 Plus di Malaysia dijangka bermula RM2941 dan tarikh peranti ini memasuki pasaran tempatan masih belum diketahui.

Artikel sebelum ini - Beli Kerusi Eames di Lazada

Terima kasih kerana membaca Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia

18 ulasan:

  1. fuh...juling bijik mata melihatkan harganya!

    BalasPadam
  2. Perghhhh. seronok tengok spek.. sekali tengok harga. Ok la harga padan dengan spek yg wow.. std lagi canggih, lagi mahal.. eheh

    BalasPadam
  3. Kan..tengok spek nye tu rasa..wah...tapi sampai tang harga... Terus krik krik krik hihii

    BalasPadam
  4. tengok kat iphone ini rasanya termimpi tapi belum pernah punya kesempatan untuk memilikinya

    BalasPadam
  5. ada Income RM100K permonth..saya rasa tak perlu risau nak sembat satu

    BalasPadam
  6. teknologi berkembang selaju cahaya, hebatnya teknologi hebat menunjukan hebatnya Yang Maha Pencipta

    BalasPadam
  7. Betulkah iphone 8 or 8+ dah nak launch kat malaysia..sebelum ni dengar tu iphone8 ni terlalu mahal
    Adakah cara yang boleh daapt iphone 8 dengan harga yang murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli dengan sign up pelan, tak payah bayar dengan mahal, bayar bulanan dengan harga murah, sekarang ada event dekat Bluecube IConic,Sunway Pyramid masa 20 OCT. Dapatkan promosi di sana,

      Padam
    2. kalau gi sana bole dapat harga promosi byk ke?

      Padam
    3. I rasalah mmg ada promosi hebat untuk early bird ni , jadi I rasa x rugu pun jika kita pergi sana untuk dapatkan details lebih

      Padam
  8. Aku cadang kamu check dengan iphone ni dengan plan telco..kalau aku xsilap iphone 8 ni boleh dapat dengan harga yang murah dengan plan celcom

    BalasPadam
    Balasan
    1. celcom je ke yg boleh dpt murah?? telco lain mcm xde plak awk ni hahahahaha... celcom line kat kawasan rumah sy xberapa nak bagus... so, ade telco lain yg boleh dpt murah x?

      Padam
    2. ramai cakap webe murah dan internet laju

      Padam
    3. Telco ni boleh bagi harga yang murah dengan internet kuota yang banyak. kamu juga boleh dapat phone baru dengan harga promosi, cubalah pergi tengok mungkin ada plan yang kamu suka.

      Padam
    4. macam best je , semua orang tengah bincang Celcom plan ni. I pun nak la tahu ada promosi apa nanti. baik I pun pergi pyramid juga la ari 20 nnt. IPhone mmg not bad dengan IOS dia. lagi pun ni IPhone 8 lagi

      Padam
    5. a-ah I pun perasan promosi ini , nnt la nak pergi pada 20 Oct ni , mestilah ramai haha, see you !

      Padam
  9. gilerrr laaa harga dah boleh buat downpayment myvi secondhand dah hahahahahaa. . . harga terlalu mahal and aku tgk yg excited pakai iphone nie student2 n budak2 baru nak up je. . . mengamuk2 mintak mak bapak belikan. . . hahahaha. . . tak per laaa selagi samsung note 3 ak boleh pakai, ak pakai jer hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la ko xtao... org boleh dpt iphone dgn hrga murah klu ko pegi launch event iphone 8 ni kat blue cube iconic, sunway piramid 20 oct ni... ko pegi baru ko tao harga iphone klu tgh promotion mcm mne tao.. harga boleh dpt rm 99 dgn rm999 klu ade tuah ko

      Padam