Menu Best di Hayaki Cafe

14

Menu Best di Hayaki Cafe


Menu Best di Hayaki Cafe. Ramai yang menyangka ia adalah restoran makanan Jepun apabila mendengar nama Hayaki. Hakikatnya, restoran ini menyediakan sajian Pantai Timur, khusus hidangan dari Kelantan.

Juadah apa lagi yang popular di Kelantan kalau bukan nasi kerabu, ayam percik, nasi dagang ikan tongkol, nasi kukus ayam goreng, nasi ulam w/budu dan pulut mangga.


Saya sendiri cukup gemar menjamu selera di Hayaki. Setiap hidangan yang saya pernah cuba setakat ini sedap dan berbaloi dengan harganya yang berpatutan. I think I have tried every branches in Kota Bharu tapi yang paling kerap cawangan Aeon Mall.

Menu Best di Hayaki Cafe

Antara yang popular di Hayaki adalah nasi kukus yang dihidang bersama kuah istimewa, ayam berempah dan tumis ikan bilis. Sesiapa sahaja pasti akan terpikat dengan keenakkan kuahnya dan ayam berempah rangup. But I'm warning you, kuahnya sangat sangat sangat pedas.

Nasi lemak, masakan mee seperti mee sup/kari turut disediakan. Bagi minuman pula ada bermacam jenis dari minuman standard rakyat Malaysia hinggalah Mango Ice Rock dan ice blended.



Bagi pencuci mulut pula anda diberikan pilihan seperti ABC, cendol (my fav!), aiskrim, dan pulut mangga.

Hayaki turut menyediakan pilihan roti bakar serta pencuci mulut seperti ABC, cendol, aiskrim, dan pulut mangga. Snek seperti kuih malas, tauhu sumbat, rojak buah, dan keropok ikan turut disediakan.

Menu Best di Hayaki Cafe

Bagi memberi lebih pilihan buat pelanggan, Hayaki tidak hanya terikat masakan Kelantan sahaja, kerana hidangan western yang paling diminati rakyat Malaysia iaitu chicken chop/chicken chop special/with rice turut disediakan.

Baca: Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia

Selesa & Wifi percuma

Hiasan dalaman Restoran Hayaki pada saya biasa sahaja tetapi selesa dan bersih. Selain itu mereka menyediakan kemudahan Wifi percuma. Hayaki beroperasi 24 jam setiap hari kecuali cawangan dalam pusat membeli-belah.


Restoran Hayaki agak popular di Kota Bharu kerana di sinilah restoran itu bermula sejak 1998. Menyediakan sajian yang enak dan kena dengan tradisi negeri Kelantan, kini Hayaki memiliki empat buah cawangan di Kota Bharu dan melebarkan sayapnya ke Kuala Lumpur dengan satu cawangan dan tiga Selangor.

Apa yang membuatkan Hayaki sebagai one of my favorite restaurants adalah kerana mereka mengekalkan keaslian setiap hidangan. Hayaki tidak terikut-ikut dengan trend mengolah makan supaya menjadi fancy. It's nicer than gerai tepi jalan tetapi tidak terlalu 'hipster'.

*This is not a sponsored post. But Hayaki, if you're reading this.. hit me up! 😉

Hayaki Cafe
Laman web: hayaki.my/
Facebook: https://www.facebook.com/hayakicafe/

Artikel sebelum ini - Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Terima kasih kerana membaca Menu Best di Hayaki Cafe

Post a Comment

14Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Memang awalnya ingatkan restoran jepun... rupanya banyak makanan dan masakan melayu. Nama je sudah menarik pelanggan !

    ReplyDelete
  2. sayapun ingatkan hayaki jadi menyangka restauran jepun ternyata makanan pantai timur , best cendol pulut

    ReplyDelete
  3. peh.

    memang lapar pagi buta nengok artikel ni.

    haha

    ReplyDelete
  4. Nampak nama resotan memang ingat restoran jepun. Sekali salah dah

    ReplyDelete
  5. Nampaknya nik ni kaki makan juga. Rajin berjalan nak cuba menu baru

    Hehe

    Mama ni ni makan apa yang ada je

    Jarang masuk restoran baru buka

    ReplyDelete
  6. Bab pedas memang saya tak berani nak cuba.

    Biasalah tekak orang Sarawak ada lain sedikit

    ReplyDelete
  7. Makanan patut disediakan cara tradisional tapi dijual cara moden. Saya tidak setuju dengan chef yang memodenkan makanan tradisional. Kita patut bangga dengan rasa dan betuk makanan tradisi kita.

    ReplyDelete
  8. pergi kelantan nanti boleh la try pergi sini. nampak sedap tu makanan atas

    ReplyDelete
  9. Bestnya.... tengok petang2 ni lagi terbuka selera.. sangat menarik. :)

    ReplyDelete
  10. sedapnya, semua membuka selera

    ReplyDelete
  11. pernah makan sekali kat sini, boleh tahan best makanan2 dia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top