Sinopsis Duda Pujaan Dara di Astro Ria

8

Sinopsis Duda Pujaan Dara

Sinopsis Duda Pujaan Dara di Astro Ria. Bagi menggantikan My Darling Inspektor Daniel, stesen televisyen berbayar, Astro, membawakan sebuah drama bersiri menarik khas buat anda bertajuk DUDA PUJAAN DARA khas buat anda menerusi saluran Astro 104.

Diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip digarap oleh Rehal Nuharis, drama ini juga merupakan karya yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama tulisan Hanny Esandra.

Baca: Promosi 9.9 Shopee dengan Produk Serendah RM9!

Dibintangi Kamal Adli dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama, Duda Pujaan Dara turut dibintangi pelakon seperti Rania Humairah, Isyariana, Nazierah Amin, Aprena Manrose, Kuna Muzani, Rahim Jelani, Betty Banafe, Zazly Baginda, dan ramai lagi

Sinopsis drama Duda Pujaan Dara

Duda Pujaan Dara bersiaran bermula 4 September 2017, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam, hanya di Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Sinopsis drama Duda Pujaan Dara di Astro Ria

Impian pelik si Ainee Marwah, idamkan lelaki berstatus duda kerana duda banyak pengalaman. Nak dijadikan cerita, Ainee Marwah berkerja di syarikat Tengku Razeen, si duda anak satu.Tengku Razeen telah kematian isteri dah berhajat ingin mencari pengganti.

Keinginan untuk memiliki duda sudah tidak boleh ditahan lagi, bermacam-macam cara dilakukannya untuk mendapatkan perhatian Tengku Razeen. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup.

Baca: Kelebihan Bisnes Aiskrim

Puas perempuan itu berusaha, tetapi Tengku Razeen tidak pernah sekali pun memandangnya. Lebih menyakitkan hati apabila di mendapat tahu yang si duda itu bercinta dengan Dora yang Ainee gelarkan Doraemon.

Sinopsis drama Duda Pujaan Dara

Tidak semena-mena, Tengku Razeen melamarnya. Bagaikan bulan jatuh ke riba akhirnya impian Ainee Marwah ingin bersuamikan lelaki berstatus duda kini menjadi kenyataan.

Namun, keindahan alam perkahwinan tidak seperti apa yang digambarkan sebelum ini kerana suaminya tidak romantik dan keras hati... Apa pula yang dilakukan Ainee selepas ini?

Lagu tema / OST Duda Pujaan Dara: Farisha - Tidak Malu

Artikel sebelum ini - Tarikh Awal Muharam 2017

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Duda Pujaan Dara di Astro Ria
Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Abang pilih yang mana? Perawan atau janda. Kahkah. Tetiba teringat lagu nih

    ReplyDelete
  2. terpilih duda pun ok..

    cuma bukan first hand lagi tu hehehe

    ReplyDelete
  3. Malam tadi ada tengok sekejap je citer ni :)

    ReplyDelete
  4. terbaik duda bisa menjadi pujaan banyak dara

    ReplyDelete
  5. bila pulak astro nak buat cerita suami orang pilihan dara huhu

    ReplyDelete
  6. Belum ada hati lagi nak layan cite ni Nik. Baca sinopsis Nik, nampak mcm best pulak.
    Hakak ni kadang kadang tgk pelakon jugak kalau nak tengok drama.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top