15 September 2017

Sinopsis Titian Cinta di Tv3

Sinopsis Titian Cinta di Tv3

Sinopsis Titian Cinta di Tv3. Menyusuli Meh Sandar Lagi, Tv3 menyajikan sebuah lagi drama menarik buat tontonan seisi keluarga di Slot Akasia berjudul TITIAN CINTA yang bersiaran bermula 11 September 2017.

Diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Heykal Hanifah, terbitan Zamriez Golden Pictures. Titian Cinta merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama tulisan Ridhya Iman.

Sinopsis Titian Cinta di Tv3

Bersiaran sebanyak 28 episod, Titian Cinta membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, dan Farah Nabilah teraju utama, turut dibantu Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd.

Titian Cinta menemui anda setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis drama Titian Cinta di Tv3

Mengisahkan pasangan suami isteri Rahadatul Aisy dan Umayr Harris yang bahagia di Kota London. Dikaburi perasaan cemburu dan termakan fitnah Sofea, Harris sanggup menghalau isterinya sendiri.
Empat tahun berlalu, kedua-duanya menjali kehidupan masing-masing.

Baca: Antara yang Menarik di Riuh @ APW bangsar Sempena Hari Malaysia!

Harris yang selama ini dibelenggu rasa bersalah bersyukur dipertemukan semua denga Aisy. Aisy pula yang menyangka dirinya telah diceraikan terkejut dengan perubahan Harris dari bersifat panas baran kini, sangat penyayang.

Sinopsis Titian Cinta di Tv3

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Aisy bersikap dingin kerana masih tidak dapt memaafkan suaminya. Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya. Lama-kelamaan, hubungan mereka semakin pulih dan Aisy yakin jodohnya dengan Harris masih kuat. Namun apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.


Muncul pula Rayyan dan Sofea yang mengubah kembali perangai Harris kepada asal.

OST/Lagu tema Titian Cinta: Asfan Shah - Sumpah Cintaku

Entri sebelum ini - Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Titian Cinta di Tv3

6 ulasan:

  1. menarik sayang tv3 dah hilang Indonesia dulu bisa nonton dengan parabola

    BalasPadam
  2. kisah cinta yang ada unsur-unsur suami isteri memang best untuk ditonton..

    BalasPadam
  3. belum berkesempatan lagi tengok cerita baru ni

    BalasPadam
  4. Menarik cerita ni tapi belum sempat nak menonton, hehe

    BalasPadam
  5. nampaknya bagus dan menarik juga jalan ceritanya

    BalasPadam
  6. menarik ceritanya. Tapi belum berkesempatan hendak tengok. kena cari drama online ni

    BalasPadam