StarWorld Tukar kepada FOX Life. Mulai 1 Oktober 2017, saluran StarWorld akan ditukarkan kepada FOX Life melalui proses penjenamaan semula. Saluran di bawah kendalian FOX Networks Group Asia (FNGA) diberi nafas baharu agar kekal relevan dan kandungan yang lebih berkualiti.
Berikutan penjenamaan semula ini, saluran yang terkenal dengan rancangan berbentuk hiburan antarabangsa di Astro 711 & 722 HD ini turut menampilkan logo, identiti, dan slogan baru yang lebih segar.
StarWorld Tukar kepada FOX Life
Sejak diperkenalkan dengan nama StarWorld pada 1995, FNGA terus komited dalam memberi hiburan terbaik seperti drama, komedi, realiti televisyen, anugerah, mahupun konten original kepada penonton.
Dengan slogan terbaharu iaitu 'Turn On', FOX Life akan terus menyajikan rancangan yang sebelum ini diminati ramai seperti Masterchef, The Voice, Asia's Next Top Model, Empire, New Girl dan anugerah berprestij seperti Emmy Awards.
Penukaran nama dari StarWorld kepada FOX Life ini akan tampil lebih matang dari segi jenama, identiti, dan kandungan hiburan untuk terus kekal sebagai saluran terbaik di rantau Asia.
Untuk rekod, FOX Life merupakan salah satu saluran peneraju di Asia. Saluran ini dipancarkan ke 15 buah negara dan dapat diakses lebih 98 juta buah rumah.
Apa rancangan kegemaran korang di channel StarWorld? Mine is Masterchef US.
Entri sebelum ini - Tips Tingkatkan Jualan Air Balang
Terima kasih kerana membaca - StarWorld Tukar kepada FOX Life
Aik dah tukar nama dah.. Jarang tengok tv tapi Master Chef US memang best.
ReplyDeleteMemang emosi dan mendebarkan kalau saat penyingkiran tu :D
dirumah ada macam-macam fox tapi star world belum ada salurannya
ReplyDeleteOoo dah tukar yek, tak perasan.
ReplyDeleteTakda saluran astro kat umaj, jadi tak tau dah channel ni
ReplyDeletedah lama takde astro kat rumah..maleh nak amek kesah sangat
ReplyDeletedah kene ambik alih oleh fox la ni...patut la iklan foxlife igt channel baharu hehe
ReplyDeleteEh! tak perasan pula sudah tukar nama.
ReplyDeleteThanks for sharing.
Ala... saya tak langgan pakej yang ada saluran ni :)
ReplyDelete