Ulasan Filem Mother!

19
Ulasan Filem Mother!

Ulasan Filem Mother! Jika kita sebut filem yang bergenre 'psychological-thriller' atau misteri pastinya babak pembunuhan bermain di fikiran. Lain pula bagi filem terbaharu arahan Darren Aronofski, Mother!, kerana ia menjanjikan sesuatu yang belum pernah dibikinkan dalam sejarah perfileman. Malah, Mother! dikatakan sebagai filem paling kontroversi pada tahun 2017. 

Mother! bukan sebuah filem seram atau thriller yang membawa makna khusus. Sebaliknya Afronofski menyerahkan tugas ini kepada penonton untuk mencorakkan tafsiran mereka sendiri. Kerana ia adalah sebuah naskah yang sarat dengan metafora/alegori.

Aronofski secara jelas menjelaskan beliau mengambil rujukan kitab Genesis sebagai asas. Namun Mother! tidak hanya bersandarkan pada kitab itu kerana ia turut mengaitkan kerakusan umat manusia terhadap bumi dan maksud tersirat lain.

Ulasan Filem Mother!

Mungkin kerana itulah Mother! menerima respon pelbagai baik dari pengkritik profesional mahupun penonton. Sama ada mereka mengatakan filem paling hebat yang pernah dihasilkan atau ia hanya layak ke tong sampah.

Sinopsis filem Mother!

Mengisahkan sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah rumah di kawasan terpencil. Kebahagiaan mereka diganggu dengan kehadiran tetamu tidak diundang yang menginap di rumah mereka.

Pengarah: Darren Aronofski
Penulis: Darren Aronofski
Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfieffer, Ed Harris, Domhnall Gleeson.
Genre: Drama/Mystery/Thriller

Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler.

Ulasan Filem Mother!

Mother! will make your jaw drop!  Setiap elemen yang digunakan Aronofski cukup sempurna untuk menjadikan Mother! sebagai filem yang merogol minda dan yang paling f***ed-up yang pernah anda tonton. Ia bakal membuatkan penonton berasa tidak selesa dan akan terus memikirkannya walaupun ia telah tamat.
 

Sinematografi, suntingan, dan sound mixing  menjadi nilai tambah kecemerlangannya. Bunyi-bunyi halus seperti tapak kaki dan benda pecah menambahkan rasa kurang senang. Oleh kerana kita menonton dari point of view watak Lawrence, kita yang berasa gelisah terutama apabila semakin ramai tetamu yang datang.

Apa yang membuatkan filem ini bertambah menarik, tidak ada satu pun watak mempunyai nama.

Baca: 4 Itinerary & Idea Epik Jika Travel ke India

Tanda seru pada tajuk! 

Aronofski menjadikan karyanya kali ini cukup rencah bagi filem thriller. Sehingga pada satu saat berkata "Stop it, this is too much!". Tapi kegilaan tidak akan berhenti di situ.

Terdapat beberapa babak intense yang bakal membuatkan anda berkata "WTH atau WTF!!!" tatkala menontonnya. Di sinilah membuatkan anda sedar mengapa terdapat tanda seru pada tajuk filem ini.


Dari segi lakonan? Good Lord! Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Ed Harris, Domhnall Gleeson memberikan persembahan mengagumkan. Malah, puluhan 'pelakon tambahan' turut cemerlang.

Saya hanya tergelak sekali iaitu sewaktu Kristen Wiig muncul. Aneh melihat pelakon komedi itu membintangi filem serius seperti ini.

Persembahan terbaik JLaw

I'm not being biased because I am a huge JLaw fan. She was just okay in Passengers. Tapi Mother!, ini merupakan antara persembahan terbaik Jennifer Lawrence. Lakonan wanita ini cukup memukau setiap kali dia muncul pada skrin. She is the beating HEART of the movie. Tidak keterlaluan jika saya katakan beliau mungkin menerima pencalonan Oscar buat kali ke lima.

Ulasan Filem Mother!

My only issue with this movie was tiada long shot dan hanya merakam wajah Lawrence pada jarak dekat. Apa yang saya perhatikan cuma ada tiga teknik kamera yang digunakan. Tapi ia bukan masalah besar. But I'd love to see it in a bigger scale.

Aronofski sering menghasilkan filem unik yang membawa maksud tersirat seperti Pi, Requiem For A Dream, Black Swan, dan Noah. Namun filemnya sebelum ini tidak se-'gila' Mother!

Pada saya, Mother! hanya untuk tontonan mereka yang 'open minded' sahaja. Pasti ada yang mengatakan filem ini berunsur keagamaan iaitu Kristian ataupun propaganda Yahudi 😈, wahal ia lebih daripada itu. Mother! sebuah naskah yang berat namun ia tidak seberat filem Interstellar (2014).

Do not bring any expectations sebelum menonton Mother! The less you know about this movie, the better. Jika anda harapkan filem seram yang sarat dengan jumpscares, sila tonton IT.

I'm warning you. You might love this movie or you will absolutely hate it! Tapi apa yang pasti, Mother! akan menjadi bahan bualan sepanjang zaman. 

#NKMovieRating
MOTHER!
10/10

Artikel sebelum ini - StarWorld Tukar Kepada FOX Life

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Mother!

Post a Comment

19Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wajib tengok la macam ni. Tahnk for the review.

    ReplyDelete
  2. Serius arr 10/10. Ni yg terasa nak pegi tengok ni.

    ReplyDelete
  3. pemgemar filem wajib tonton Mother!..

    jika biasa-biasa macam saya boleh baca review dalm blog ini dah bagus juga tu

    ReplyDelete
  4. Wah, Nik bagi fullmark A. Mesti best ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 best. tapi filem ni bukan untuk semua.

      Delete
  5. Huh, nak tengok jugak lah nanti..10/10 tu haha

    ReplyDelete
  6. Banyak metafora citer ni.Nak suruh penoton banyak berfikir dan hadam.

    ReplyDelete
  7. peminat lakonan Javier Bardem, sedih juga tak dapat pergi tonton di wayang sebab ada new baby, tunggulah mother keluar di apple tv nanti

    ReplyDelete
  8. Berat sangat filem ni baca reviews pun boleh stress kah! kah! kah!!!
    Tak sessuai kot untuk peminat KDrama macam Mrs. A #dramasangat

    ReplyDelete
  9. Tak pelah

    saya lagi suka duduk rumah tengok cerita kartun umar hana dengan anak anak

    Minda saya lebih tenang & senang dengan keriangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pada minat dan pilihan masing-masing.

      Delete
  10. cerita yang watak x ada nama? biar betul..
    kalau ikut saye memnag rare la tengok cerita watak takde name..

    Curious sungguh lepas bace review ni.. haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top