Webe Tukar kepada Unifi. Telco di bawah naungan Telekom Malaysia (TM), Webe, kini mengubah nama rangkaian mereka kepada Unifi berkuatkuasa bermula 16 September 2017. Perubahan ini hanya pada nama rangkaian sahaja kerana syarikat Webe masih beroperasi seperti biasa.
Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu risau kerana pertukaran nama dari Webe kepada Unifi ini tidak akan menjejaskan langganan dan bil bulanan anda. Pengguna masih boleh menikmati data, suara, dan pesanan pada harga RM79 sebulan seperti biasa.
Bermula 16 Sept, pelanggan dapat lihat perubahan pada nama rangkaian yang tertera bahagian atas (kanan) telefon anda.
Baca: Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia
Tukar APN kepada Unifi
Berikutan perubahan ini, anda tidak perlu mengubah apa-apa pada telefon kecuali jika berada di luar negara. Anda hanya perlu menukar Access Point Name (APN) kepada Unifi di bahagian Settings. Cara tukar APN adalah seperti berikut:
Peranti Android: Settings > More > Mobile Networks / Cellular Networks > Access Point Names
Peranti iOS: Settings > Mobile Data > Mobile Data Network ATAU Settings > Cellular > Cellular Data Network
Webe Tukar kepada Unifi
Pertukaran nama ini berikutan sambutan menggalakkan dan syarikat induk, TM, ingin membawa rangkaian ini ke peringkat yang lebih tinggi. Perubahan ini dilaksanakan pada Hari Malaysia iaitu 16 September, simbolik dengan usaha mereka dalam memberikan perkhidmatan komunikasi terbaik untuk rakyat Malaysia.
Webe mendapat sambutan luar biasa biarpun baru dilancarkan pada tahun lalu (menggantikan P1). Ini kerana mereka membuat penawaran data, suara, dan SMS tanpa had pada harga rendah selain rangkaian 4G LTE yang pantas dan stabil.
Dalam pengumuman lain Unifi memberitahu, 31 Oktober kelak adalah tarikh akhir bagi pelanggan baru yang ingin menikmati internet tanpa had pada RM79 sebulan. Sekiranya anda merancang untuk bertukar kepada Unifi, sekarang adalah masa terbaik untuk mendaftar.
Entri sebelum ini - Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Terima kasih kerana membaca Webe Tukar kepada Unifi
webe lajuuuuuuuuuu..bestttt sangat... yg penting, unlimited.. hihi
ReplyDeleteInternet tanpa had adalah pilihan saya sebenarnya..
ReplyDeleteUnifi boleh dijadikan wishlist..
Oh dah tukar nama ya. Kawasan kami ni tak berapa bagus untuk semua telco buat masa sekarang. Maybe next time boleh guna webe
ReplyDeleteDuk tengah cari internet untuk semua peranti, maybe webe/unifi pilihan yang ada dalam senarai.
ReplyDeleteTukar nama dari awal kan senang wahai unifi
ReplyDeleteSebab brand UNIFI ni orang dah kaitkan dengan kelambatan dan banyak songehnya
Brand yang buruk. Webe tu lagi baik sebab dah branding berapa lama.
Hehe. Apa pun semoga makin maju dan baik perkhidmatan
satu langkah strategik dari TM :)
ReplyDeleteDengar Webe/Unifi punya servis ni tip top.. Mungkin kena cuba
ReplyDeleteBest saya dah guna dari bulan 1 2017..mmng trbaik tngk astro on the pn x bfring..hrap akn trus maju lgi dri masa ke smasa brbaloi2 bak hang...
ReplyDelete