Khamis, 26 Oktober 2017

Punca Data Internet Telefon Cepat Habis

Punca Data Internet Cepat Habis

Punca Data/Kuota Internet Telefon Cepat Habis. Penggunaan internet seperti sudah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian. Rata-rata menggunakan internet untuk berkomunikasi, mencari maklumat, dan menonton video sebagai hiburan.

Bagi yang melanggan plan data terhad pasti sering berdepan dengan masalah di mana kuota internet habis tanpa anda sedari. Perkara ini pastinya menghalang anda dari melayari internet.

Baca: Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Jika anda masih tertanya-tanya, berikut merupakan antara punca data internet cepat habis. Semoga entri ini dapat membantu anda melakukan penjimatan.

Punca Data Internet Telefon Cepat Habis

Kemas kini aplikasi secara automatik

Mungkin anda tidak sedar yang anda mengemas kini aplikasi setiap kali versi terbaharu dilancarkan. Proses kemas kini memakan data yang banyak dan bayangkan jika anda mempunyai puluhan aplikasi. Matikan tetapan ini di bahagian Settings pada Google Play Store untuk kemas kini dilakukan tanpa kebenaran.



Memuat naik gambar berkualiti tinggi

Kualiti kamera pada telefon pintar semakin meningkat dengan menghasilkan gambar setanding DSLR. Kini telefon pintar mampu merakam gambar beresolusi tinggi dan anda pula asyik memuat naik di media sosial seperti Instagram.

A post shared by nikkhazami (@nikkhazami) on

Memuat naik gambar beresolusi tinggi menggunakan data yang banyak. Tidak perlu risau kerana kini Facebook, Instagram dan WhatsApp menyokong gambar berkualiti rendah. Sisla semak di bahagian Settings.

Rangkaian internet pantas

Percaya atau tidak, kelajuan rangkaian internet turut mempengaruhi penggunaan data. Jika anda menggunakan rangkaian pantas seperti LTE, kelajuan upload dan download semakin pantas dan memerlukan penggunaan data yang lebih banyak.

Punca Data Internet Cepat Habis

Disebabkan itulah Youtube secara automatik mengubah kualiti video bergantung kepada kelajuan internet anda. Untuk tukar rangkaian internet sila ke:

iOS: Settings > Cellular > Cellular Data Options

WhatsApp memuat turun gambar secara automatik

Saya yakin ramai tidak perasan yang anda secara tidak sengajamemuat turun semua gambar dan video yang dikongsikan dalam aplikasi pesanan WhatsApp. Lebih-lebih lagi jika menyertai banyak 'group chat' yang sering berkongsi gambar dan video viral. Maka tidak hairanlah data cepat habis.

Cara halang WhatsApp dari auto download
Sosial media memainkan video secara automatik

Facebook, Instagram, dan Twitter menjadi punca utama data internet cepat habis kerana tanpa kita sedar ia memainkan video secara automatik.

Kelekaan kita dalam melayari laman sosial untuk mengetahui berita viral, gosip artis, dan perkembangan rakan, tanpa menyedari ia menggunakan data yang banyak. Anda boleh muat turun Facebook Lite yang mengurangkan penggunaan data sebanyak 50% berbanding versi utama.


Notifikasi

Penerimaan notifikasi mungkin dilihat seperti tidak memberikan impak besar. Namun jika anda mengaktifkan notifikasi untuk semua aplikasi terutamanya setiap kali rakan memuat naik gambar baru di Instagram, janganlah salahkan syarikat telekomunikasi jika data cepat kering.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Thor Ragnarok

Terima kasih kerana membaca Punca Data Internet Telefon Cepat Habis

8 ulasan:

  1. Nasib Saya tidak begitu tegar dengan media sosial sekarang INI..

    Dapat juga jimat data.

    Blogwalking yang masih aktif

    BalasPadam
    Balasan
    1. respek mrhanafi... rajin blogwalking.

      Padam
    2. Adalah sikit sikit bro..tak sekencang masa muda muda duluu

      Padam
  2. auto update kemudian wa line dan smedia lainnya memang punca sehingga kuota meradang

    BalasPadam
  3. Whatsapp dan notification memang saya DISABLE untuk jimat data internet

    BalasPadam
  4. Saya baru tahu ni. terima kasih ye, patutlah larung je data ni dah nak habis... padahal baru tengah bulan aritu data dah slow..boleh apply lepas ni..thank you ye.

    BalasPadam
  5. memang jadi tabiat nak ubah semua setting ni untuk jimatkan data sebab ada benda tak penting pun. contohnya , WhatsApp auto-download semua gambar2. bukan data je habis, storage pun cepat penuh

    BalasPadam
  6. apps update, notification dan vdeo di fb mmg disable auto update. Kalau t jenuhla kuota sekejap je habis. Setting LTE tu pon kena tukar jugak.. LTE mmg cepat habis kuota.

    BalasPadam