11 Oktober 2017

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X. September lalu Apple memperkenalkan peranti terbaru iaitu iPhone X yang bakal berada di pasaran November ini. iPhone X menjadi perhatian kerana ia menjadi halatuju rekaan dan fungsi generasi iPhone selepas ini.

Sebelum itu bagi yang masih belum tahu, sebutan sebenar iPhone X adalah "iPhone Ten" mengambil angka dalam Roman : X=10. Ia direka sempena ulang tahun ke-10 sejak peranti pertama diperkenalkan pada 2007.

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Mana iPhone 9?

Dengan memperkenalkan iPhone X bersama iPhone 8 dan 8 Plus, Apple sekali gus melangkau turutan dengan tidak menghasilkan iPhone 9. Perkara ini turut dilakukan Microsof di mana Windows 10 hadir selepas Windows 8.

Berkaitan: Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia

Okay, berbalik pada iPhone X. Peranti terbaharu kali ini mendapat perhatian kerana menyenaraikan sejumlah ciri baharu berserta rekaan terkini.

Peminat gajet khususnya Apple 'fanboy' pasti mudah terjebak biarpun fungsi baru tersebut boleh ditemui pada peranti Android. Namun ia merupakan perubahan positif bagi iPhone but it has its own flaws. Adakah iPhone X ini berbaloi untuk dimiliki?

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Ruang kosong pada skrin

Biarpun iPhone X memperlihatkan skrin menyeluruh atau edge-to-edge berserta teknologi paparan Super Retina (458PPI) dan OLED, pengguna masih tidak dapat menikmati paparan penuh. Terdapat ruang pelik di bahagian atas bagi memberi laluan kepada kamera dan sensor Face ID.


Sekali gus menghalang pengguna dari menonton video dengan paparan penuh. Jika anda seorang yang menitik beratkan pengalaman menonton dan bermain permainan video seperti saya, ini adalah kesalahan besar.

Baca: Ulasan Filem Mother!

Agak janggal apabile Apple gagal menerapkan fungsi skrin penuh disaat Samsung Galaxy S8 dan LG V30 dapat melakukannya dengan sempurna.

Face ID diperkenalkan dan tiada lagi pengimbas cap jari

Untuk iPhone X, Apple bukan sahaja menambah ciri baharu tapi menyingkirkan pengimbas cap jari (Touch ID) yang selama ini menjadi salah satu sistem keselamatan utama telefon pintar. Sistem keselamatan iPhone X digantikan dengan pengimbas wajah (Face ID) di mana Apple menegaskan 'lebih selamat'.

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Pengguna mula meragui teknologi mengimbas wajah untuk unlock iPhone kerana pengimbas caj jari jauh lebih releven, pantas, dan selamat. Malah anda perlu mengangkat telefon untuk mengaktifkan 'Rise To Wake' bagi memastikan kamera dapat mengimbas wajah anda.

Lebih memalukan, demo pengimbas wajah ini gagal pada percubaan pertama pada acara Apple Keynote bulan lalu. Tambahan pula Face ID hanya mampu menyimpan satu wajah berbanding lima jari bagi Touch ID.

Pengecasan pantas perlu dibeli berasingan

Pengecasan pantas sudah menjadi antara ciri utama peranti Android sejak tiga hingga empat tahun lalu dan Apple mula memperkenalkannya pada 2017. Apa yang paling menghampakan, pengguna harus membeli aksesori pengecas pantas secara berasingan yang berharga sekitar RM300. Begitu juga dengan wireless charging.

Bonjolan kamera lebih besar

Bonjolan kamera yang hodoh ini mula muncul pada iPhone 6 dan ia masih kekal hingga ke hari ini gara-gara inginkan gelaran telefon pintar nipis. Disebabkan iPhone X turut menyertakan teknologi dwi-kamera bonjolan itu semakin besar.


Peranti Android yang hadir dengan dwi-kamera sudah berjaya menghilangkan bonjolan kamera ini.

Design

Okay, sama ada reka bentuk iPhone cantik atau tidak itu terpulang pada citarasa masing-masing and this is my personal opinion dan tiada siapa yang mahukan telefon hodoh. Walaupun menawarkan rekaan skrin menyeluruh, ia tidak dapat menutup kelemahan desain kali ini.

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X


Rekaan kaca dibahagian hadapan dan belakang dan ditambah pula dengan ruang kosong yang menghalang penuh. Design iPhone X membosankan.

Harga

iPhone X adalah telefon pintar paling mahal yang pernah dihasilkan Apple. Harga iPhone X di Malaysia dianggarkan kira-kira RM5,000. Jika dibandingkan dengan ciri sama yang ditawarkan dengan peranti Android lain dipasaran, ia agak tidak munasabah. Bayangkan berapa buah telefon pintar high-end yang anda boleh beli dengan harga semahal itu.


Perkara ini perlu diambil kira sebelum membuat pembelian. Bandingkan iPhone X dengan generasi sebelum ini yang tidak kurang hebatnya dan peranti Android yang menawarkan ciri sama.

Lainlah jika anda mengamalkan "shut up and take my money" dan tidak kisah kerana hanya ingin memiliki peranti terbaharu dari Apple.

Perlu ke tulis entri "Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone X"?

CALM DOWN, APPLE FANS!

Artikel sebelum ini - Maksud Tersembunyi Logo Jenama Terkenal

Terima kasih kerana membaca Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

14 ulasan:

  1. Artikel yamg menarik..

    Review INI menaikkan.lagi minat orang nak beli iPhone X

    BalasPadam
  2. kalau yang minat sangat iphone, diorang tak kisah je

    BalasPadam
  3. tak pernah pakai iphone, ntah bila la dapat merasa iphone hikhikhik

    BalasPadam
  4. Pernah juga terfikir nak pakai Iphone.. Tapi sampai sekarang tak pakai-pakai..'

    Cepat juga kan model baru keluar..

    BalasPadam
  5. kita tak pernah terfikir nak guna iphone huhu

    BalasPadam
  6. bener - bener tak guna ambil kisah nak beli iphone jimat nak beli kamera pintar yang beli murah je dipasaran

    BalasPadam
  7. Kalau refer pada harganya yang sangat tidak munasabah tu, memang patut tak perlu brli iPhone X ni...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum wrmbth sis Nik

    Salam jumaat

    semoga kita semua di berkati

    Hmmm

    Kalau dah minat

    Beli juga

    BalasPadam
  9. perghh..5k..ada baiknya dapatkan rig game hahaha..
    maaf kata..mmg kalau nak bergaya iphone la jawabnya..tp kalau lebih kepada user friendly..phone yang pakai android adalah lebih friendly

    BalasPadam
  10. saya memang bukan usere iphone.. so memang tak ralat untuk membelinya

    BalasPadam
  11. Bila baca mmg rasa mcm tak berbaloi je beli dgn harga semahal tu.. tak tau la klu semata2 beli sebab brand dan nak jadi antara yg terawal mampu memiliki ipong paling terkini ni :)

    BalasPadam
  12. Hm..tak sanggup kot nak beli iphone.sebab utama mahal dan tak berbaloi. kalau ada duit sebanyak tu mungkin beli Saham Apple beberapa lot lagi baik..huhu

    BalasPadam
  13. Mahalnya harga dia, saya memang pengguna iphone tegar, kalau mcm ni cancel la nak beli iphone x ni

    BalasPadam
  14. punyala mahal untuk sebuah phone. kalau ada duit berlebih-lebih pun saya tak beli walaupun peminat apple. tapi kalau bagi free oke je hehe..

    BalasPadam