Sinopsis Red Velvet di Astro Ria

11

Sinopsis Red Velvet di Astro Ria


Sinopsis Drama Red Velvet di Astro Ria. Berakhirnya Awak Suka Saya Tak, kini stesen televisyen berbayar, Astro, membawakan sebuah lagi drama menarik bertajuk RED VELVET yang bakal bersiaran mulai 23 Oktober 2017.

Diarahkan oleh Hadith Omar dan di bawah terbitan Cube Films, ini merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi oleh novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Acik Lana.


Dibintangi Neelofa dan Alif Satar sebagai teraju utama, drama rantaian in dijangka akan mencipta fenomenanya yang tersendiri. Red Velvelt turut membariskan pelakon popular seperti Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Fatin Afeefa, dan Amira Othman.

Bersiaran mulai 23 Oktober, Red Velvet menemui anda setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Ria (104) dan Maya HD (135).

Sinopsis drama Red Velvet di Astro Ria

Hanya ingin  berkahwin dengan suami orang, Helena tidak kisah menjadi bahan bualan dan dicemuh orang sekeliling. Hubungan Helena dan Fareeq sudah dapat dihidu oleh ayahnya, Datuk Fauzan, yang mencadangkan supaya Helena dihantar ke luar negara atas alasan menyambung pelajaran.

Tekad ingin menjadi isteri kedua Fareeq, Helena melarikan diri dan merancang untuk berkahwin. Luluhnya hati gadis itu apabila Fareeq tidak menepati janji menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Sinopsis Red Velvet di Astro Ria

Sukar bagi Helena untuk menjalani kehidupan seperti biasa setelah dikecawakan. Tanpa dirancang, dia bertemu Izzat, jejaka ego dan berlagak. Tak sedar diri, baru berkerja di bakeri cabuk pun dah sombong.

Baca: Ulasan Filem Mother! (filem paling merogol minda)

Ada sahaja yang tak kena di mata Izzat. Menambahkan lagi kekusutan Helena, dia tiada pilihan lain apabila terpaksa berkerja di bakeri yang sama!

Banyak menhabiskan masa bersama membuatkan mereka jatuh cinta. Ketika sedang asyik menyulam cinta, Izzat mendapat tahu yang Helena pernah cuba meruntuhkan rumah tangga orang. Izzat cukup pantang dengan orang yang merosakkan kebahagiaan orang lain.

Namun, macam mana bila lelaki yang anti homewrecker sudah jatuh hati dengan homewrecker?

Lagu tema/OST Red Velvet: Alif Satar - Sesungguhnya Aku

Entri sebelum ini - Antara Tempat & Aktiviti Menarik di Pulau Jeju, Korea

Terima kasih kerana membaca Sinopsis drama Red Velvet di Astro Ria
Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Salam isnin. semoga minggu ini semua urusan lancar

    amin

    ReplyDelete
  2. Dah boleh bayang kan karakter alif satar mcm mana dlm drama ni. Suka sgt lakonan dia. Semue menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wffeggcuttjhrhdgxcgvhvvhvfhfhhavggugehfhfuy

      Delete
  3. ada alif satar mesti berwarna drama ini

    ReplyDelete
  4. wow..

    ada pelakon yang hebat.

    saya suka Neelofa yang digandingkan dengan Alif Safar..

    sayangnya rumah saya tiada siaran Astro Ria

    ReplyDelete
  5. Menonton online saja lah sebab dirumah tiada astro

    ReplyDelete
  6. Ada neelofa dalam cerita ni makin meletop la cerita ini..

    ReplyDelete
  7. ala.. sis.. baru tengok episod kedua saya dah tak boleh layan.. huu~ tak ngam la nealofa dengan alif satar.. tak tau apsal..

    ReplyDelete
  8. tak perasan citer ni. mesti best

    ReplyDelete
  9. Comel sgt neelofa mama suka tgk

    ReplyDelete
  10. suka lakonan Aliff Satar yg bersahaja...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top