5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X

2
SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X. Telefon pintar terbaru dari Apple, iPhone X telah mula dijual di Malaysia bermula hari ini (24 Nov) dan boleh didapati di pengedar berdaftar dan syarikat telekomunikasi.

Di Malaysia, iPhone X dijual pada harga bermula RM5149 (64gb) dan RM5899 (256gb). Ini menjadikan ia sebagai iPhone paling mahal. Dengan nilai yang begitu tinggi untuk sebuah telefon, pastinya anda ingin tahu apa kelebihan yang ada pada iPhone X.

Saya pernah terbitkan entri Sebab Kenapa Anda TAK PERLU Beli iPhone X, dalam entri saya kongsikan beberapa sebab munasabah kenapa anda patut membelinya. Terdapat beberapa perkara yang membuatkan iPhone X berbaloi untuk dimiliki.

Semoga entri ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk beli iPhone X atau tidak.

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X

#1 Paparan skrin terbaik

iPhone X  merupakan iPhone pertama yang menyokong skrin OLED dan True Tone Display. Anda tidak perlu tahu dengan terperinci makna 'OLED' kerana anda boleh lihat perbezaan ketara dengan iPhone sebelum ini. Skrin berteknologi OLED menghasilkan paparan yang lebih tajam, terang, dan berkualiti.


Apple kebiasaanya lambat dalam membangunkan teknologi seperti ini berbanding peranti Android. Tapi percayalah, when Apple does something, they do it right.

#2 Face ID

Salah satu dari fungsi utama iPhone X adalah Face ID (sistem imbasan wajah). Memandangkan ia  tidak mempunyai butang 'Home' Face ID adalah satu-satunya cara untuk nyahkunci peranti. Apple menegaskan ini merupakan sistem selamat berbanding Touch ID (imbasan cap jari).

SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X

Berdasarkan maklumbalas dari mereka yang telah memiliki iPhone X, Face ID berfungsi dengan sempurna selain mampu mengecam wajah walaupu dalam suasana gelap.

#3 Kamera terbaik yang pernah dihasilkan

Tidak dinafikan kamera iPhone X adalah yang terbaik berbanding generasi sebelum ini. Kamera selfie 7 megapixels terutamanya perlu diberi perhatian. Kamera hadapan memiliki tiga ciri eksklusif iaitu Portrait Mode Selfies, Portait Lighting, dan Animoji.

Berkaitan: iPhone X Mudah Pecah?

Kamera hadapan pula disokong 12 megapixels, dwi-kamera, penstabilan imej optikal (OIS) yang terpampas dari gegaran, HDR, dan zoom optikal 2x.

Kualiti gambar selfie iPhone X
Kedua-dua kamera sama ada depan atau belakang menghasilkan gambar berkualiti setanding kamera jenis DSLR. Selain itu ciri tambahan pada kamera iPhone X adalah Animoji membolehkan pengguna menghasilkan emoji beranimasi mengikut wajah sendiri.

#4 Pengecasan tanpa wayar

Sokongan pengecasan tanpa wayar turut terdapat pada iPhone 8 dan 8 Plus. Walaupun sudah sekian lama pengguna Android menggunakan ciri ini, Apple memberikan impak yang lebih besar ke atas teknologi pengecasan tanpa wayar.

Berkaitan: Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia

SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X
Memandangkan iPhone kini telah mula menyokongnya, maka semakin banyaklah lokasi yang menyediakan kemudahan ini selain Starbucks. Malah, menggunakan format pengecasan QI iaitu format sama yang digunakan peranti Android. Ini bermakna port pengecasan yang berada di pasan boleh digunakan pada iPhone.

#5 Kerana ia adalah produk Apple

Ramai pengguna merungut akan kewujudan takuk (notch) pada skrin yang yang mengganggu paparan penuh. Saya melihat Apple mempunyai alasan tersendiri mengapa takuk itu dihasilkan.
Kita masih boleh melihat sikap Apple yang enggan dilihat sama seperti peranti Android.

Apple bukan sahaja menjual telefon, tetapi menjual jenama!


Jika orang disebelah anda menggunakan telefon berskrin penuh, mungkin sukar untuk memastikan jenama telefon itu. Tapi jika telefon itu memiliki ruang hitam dan dwi-kamera menegak, sekilas pandang sahaja anda tahu itu adalah iPhone X.

They are not stupid, they thought about this dan tahu peranti berskrin penuh akan menjadi trend dalam beberapa tahun akan datang. Jadi mereka mahu pengguna iPhone X tampil istimewa.

Entri sebelum ini - Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 5

Terima kasih kerana membaca 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone X
Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. memang iphone x ini awesome tapi harganya juga amazing

    ReplyDelete
  2. iphone x ni memang dah best tapi tu laa bab harga hurmm mampu tgk j la

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top