13 November 2017

Fakta Menarik Justice League 2017


Fakta Menarik Filem Justice League 2017. Filem terbaru dari komik DC membariskan karakter ikonik seperti Batman, Superman, Wonder Woman, The Flash, Cyborg, dan Aquaman bergabung dalam dunia DC Extended Universe (DCEU) untuk menentang kejahatan.

DC dilihat berkerja keras untuk menarik perhatian peminat. Ini kerana majoriti audience lebih meminati Marvel yang sering tampil dengan karya relaks dan sesuai untuk golongan remaja. Berbanding DC yang lebih gelap dan menyelitkan elemen politik.

Berkaitan: Fakta Menarik Wonder Woman

Di bawah arahan Zack Snyder, yang namanya sudah tidak asing lagi dalam pembikinan filem superhero DC, ramai berharap Justice League dapat menebus kekecewaan Suicide Squad. Bagi Batman V Superman: Dawn of Justice pula, saya secara peribadi berpendapat filem itu tidak sepatutnya dikecam. It has its own flaws but it was not that bad and I loved it.


Bagi Justice League, rata-rata teruja dan memberi harapan tinggi. Apatah lagi selepas kejayaan filem Wonder Woman yang telah berjaya menzahirkan karakter ikonik itu ke layar perak dan telah memberikan penghormatan yang selayaknya.

Sinopsis Justice League

Ingin menyelamatkan umat manusia dan didorong oleh pengorbanan Superman, Bruce Wayne dan sekutu terbarunya, Diana Prince, mengumpul beberapa individu yang mempunyai kuasa luar biasa untuk menghadapi ancaman musuh paling berkuasa.

Pengarah: Zack Snyder & Josh Whedon
Terbitan: Warner Bros
Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Mamoa, Ray Fisher, Amy Adams, Amber Heard, J.K Simmons, Jeremy Irons.

Fakta Menarik Justice League 2017

- Beberapa babak tambahan melibatkan Superman perlu dilakonkan semula dan memerlukan Henry Cavill kembali ke set. Beliau yang mempunyai misai kerana terikat dengan filem Mission Impossible (MI) tidak boleh mencukur misainya kerana ia boleh menjejaskan jadual penggambaran MI. Maka produksi Justice League terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak USD 25juta untuk membuang misai Cavill secara digital tanpa perlu mencukurnya.  

- Mengambil tempat beberapa bulan selepas kejadian yang berlaku dalam Batman V. Superman.

- Merupakan filem ke-5 dalam dunia DCEU.

- Walaupun kelibat Superman tidak kelihatan pada poster Justice League berikutan kematiannya dalam Batman V Superman, nama Henry Cavill tersenarai dalam barisan pelakon dan beliau terlibat dalam mempromosikan filem ini dibeberapa negara.


- DC Studios mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk merealisasikan filem ini. Tayangan Justice League pada asalnya dijadualkan pada 2007 dengan tajuk 'Mortal'.

- Ini merupakan kali ketiga Justice League diterbitkan secara live-action selepas tampil dalam siri tv Smallville dan Justice League of America yang gagal ditayangkan di US kerana tidak berkualiti.

- Pengarah francais Mad Max, George Miller, dinamakan sebagai pengarah pada 2007. Beliau kemudian meninggalkan projek ini pada 2010.

- Ini mungkin penampilan terakhir Gal Gadot sebagai Wonder Woman. Beliau khabarnya tidak akan menyambung kontrak selagi salah seorang penerbit, Brett Ratner, tidak disingkirkan dari terlibat dalam penerbitan filem Wonder Woman 2. Ini kerana Ratner terpalit dengan kontroversi melakukan gangguan seksual terhadap pelakon Ellen Page.


- Menjalani penggambaran sekitar United Kingdom, Los Angeles (USA), dan Iceland.

- Gadot hamil pada tiga bulan terakhir ketika penggambaran filem ini.

- Filem ini berdurasi 2 jam 1 minit termasuk kredit akhir kerana Warner Bros telah menetapkan syarat supaya tidak lebih dari 2 jam.

- Ini merupakan filem superhero kedua yang menggandingkan J.K. Simmons dan Willem Defoe selepas Spiderman (2002).

- Zack Snyder tidak sempat menghabiskan tugasnya sebagai pengarah kerana kematian anak perempuannya. Snyder memilih untuk bersama keluarga dan melepaskan tugas kepada Josh Whedon.


- Justice League dibintangi tiga pemenang Anugerah Oscar iaitu Ben Affleck, Jeremy Irons, dan J.K. Simmons.

- Pada 2007, Jason Reitman dikhabarkan mengarahkan filem ini. Namun Reitman melepaskan tawaran itu kerana menganggap dirinya sebagai pengarah filem bebas dan tidak mahu terlibat dengan filem superhero. Reitman mengarahkan Up In TheAir yang tercalon dalam kategori Filem Terbaik pada Anugerah Oscar.

-  CiarĂ¡n Hinds melakokan watak Steppenwolf secara 'motion-capture'. Tidak pernah melakukannya sebelum ini, beliau meminta nasihat dari Liam Neeson yang pernah berlakon menggunakan teknik motion-capture melalui filem A Monster Calls.


- Ben Affleck turut tersenarai antara calon pengarah filem ini.
 sumber: IMDb

Entri sebelum ini - iPhone X Mudah Pecah?

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Justice League 2017

8 ulasan:

  1. Tak sabar nak menonton Justice League ni.. harap2 menepati jangkaan dan meletops. Thanks sharing fakta menarik ni :)

    BalasPadam
  2. tak sabar nak nonton filem ni nanti. hehe

    BalasPadam
  3. Lama dah tunggu cerita ni keluar. Bulan ni kalau ada masa nak pergi tengok :)

    BalasPadam
  4. sepertinya akan jadi box office lagi film ini , mengikuti jejak avenger

    BalasPadam
  5. kalau ada filem yang buat crossover seperti pertembungan justice league dengan the avengers pasti menarik filem tersebut hehe..

    BalasPadam
  6. Tak sabar nak pegi tengok cerita nie kat wayang.

    BalasPadam