Jumlah dan Kemaskini BR1M 2018

5
Jumlah dan Kemaskini BR1M 2018

Jumlah dan Cara Kemaskini BR1M 2018. Perdana Menteri, melalui pembentangan Bajet 2018 telah mengumumkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan untuk tahun 2018. Perlaksanaan ini bertujuan untuk mengurangkan beban dan meningkatkan pendapatan rakyat.

BR1M 2018 kekal dengan jumlah maksimum RM1,200 seperti tahun 2017. Kerajaan memperuntukkan RM6.8 billion dan ini akan memberi manfaat kepada lebih 6 juta rakyat Malaysia yang layak menerima.

Bagi yang masih belum memohon, berikut merupakan syarat kelayakan BR1M 2018:
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Jumlah BR1M 2018

Seperti tahun ini, BR1M pada tahun hadapan kekal dengan jumlah yang sama dan tiada kenaikan selepas tujuh tahun. Tarikh pengagihan bermula pada Februari dan diagihkan secara berperingkat iaitu tiga kali setahun mengikut kategori.


Kategori
Penerima
Jumlah
Tarikh Agihan
Kategori 1
Individu  bujang 21 tahun ke atas berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
RM450
Februari
Kategori 2
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
RM900
RM300 x 3 (Feb, Jun, Ogos)
Kategori 3
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
RM1,200
RM400 x 3 (Feb, Jun, Ogos)
 
Cara kemaskini BR1M 2018

Permohonan baru dan kemaskini maklumat berkaitan, anda boleh lakukan secara online di laman rasmi BR1M iaitu di http://ebr1m.hasil.gov.my/. ATAU hadir ke mana-mana cawangan LHDN seluruh negeri atau Pusat Khidmat Hasil atau mana-mana UTC LHDN dengan membawa salinan dokumen seperti:

- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kemaskini secara online 

Layari ke laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk pengemaskinian secara online.

- Klik menu 'Kemaskini Permohonan'.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik kemaskini permohonan.
- Pilih maklumat peribadi yang anda ingin ubah seperti kematian pasangan/ tanggungan, perubahan status perkahwinan, perubahan nombor telefon/ alamat dan waris.

Permohonan dan kemaskini boleh dilakukan mulai 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017.

Entri sebelum ini - Lazada Online Revolution 2017 Blogger Contest

Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca Jumlah dan Kemaskini BR1M 2018
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. BR1M ini bantuan ya encik nak tanya mesti di kembalikan atau tak

    ReplyDelete
  2. Harapnya telus lah siapa yang kemaskini status untuk dapatkan bantuan BR1M tahund depan

    ReplyDelete
  3. BR1M 2018 sangat bagus untuk orang kurang mampu tetapi cara ini sangat tidak berkesan jika dalam jangka panjang..

    cara terbaik adalah mengurangkan inflasi,tingkatkan pendapatan negara,kurangkan jumlah hutang negara dan yang paling penting sekali sediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

    Misalnya blogger dibayar income RM5k sebulan oleh agensi tertentu [contoh sahaja]

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga melalui PRU akan datang, kita dpt ubah segalanya

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top