10 November 2017

Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi

Myvi Baru 2018 Gambar,Harga Spesifikasi

Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Specs. Produa secara rasminya mengumumkan Myvi generasi ketiga yang serba baru, ciri lebih menarik, selesa, dan bergaya. Tempahan Myvi baru ini telah dibuka dengan harga bermula RM44,300 tidak termasuk insurans.

Rupa keseluruhan model Produa Myvi 2018 telah pun didedahkan pada hari pelancaran iaitu pada 16 November 2017.

Menurut Produa, rekaan terbaru ini lebih panjang, lebar, dan hadir dengan banyak ciri baru berbanding Myvi generasi sebelum ini. Namun dalam masa yang sama mengekalkan keselesaan dan luas supaya selesa dan praktikal untuk semua golongan.

Baca: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2018

Rekaan luaran dan dalaman diberi nafas baru yang tampak lebih segar berserta logo yang mempunyai sentuhan futuristik.


Apa yang menjadi perhatian adalah ia hadir dengan Advance Safety Assist (ASA) iaitu bantuan pemanduan keselamatan yang terdiri daripada empat sistem berbeza – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) (mirip kepada autonomous emergency braking, AEB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi

Bagi model terbaru ini, Produa Myvi 2018 menawarkan LIMA varian dengan harga yang berbeza.
  • 1.3 Standard G (transmisi manual): RM44,300
  • 1.3 Standard G (transmisi auto): RM46,300
  • 1.3 Premium X (transmisi auto): RM48,300
  • 1.5 High (transmisi auto): RM51,800
  • 1.5 Advance (transmisi auto): RM55,300
Spesifikasi Myvi 2018

Myvi Baru 2018 Gambar,Harga Spesifikasi

Pelanggan akan ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu:
  • Ivory White
  • Glittering Silver
  • Mystical Purple
  • Lava Red
  • Peppermint Green (enjin 1.3L) dan Granite Grey (enjin 1.5L).
Presiden dan CEO Produa menegaskan rekaan luaran model baru ini dilakukan oleh Produa sendiri tanpa dibantu input luar. Selain itu ia merupakan model yang memiliki ciri keselamatan termaju selain lebih nilai untuk wang.

Baca: Padam Mesej Tersilap Hantar di WhatsApp

Gambar Myvi Baru 2018





Myvi Baru 2018 Gambar,Harga Spesifikasi


Gambar Interior Myvi 2018



Walaupun perincian enjin masih belum diumumkan, rata-rata peminat dunia automotif tempatan cukup teruja dengan model terbaru Myvi ini sehingga video promosi menjadi trending di dalam Youtube.


 sumber: HMetro
Entri sebelum ini - Ulasan Stranger Things Season 2

Terima kasih kerana membaca Myvi Baru 2018 - Gambar, Harga & Spesifikasi

10 ulasan:

  1. MYVI baru dah keluar lagi tampilannya luar biasa dan sangat menarik

    BalasPadam
  2. Cantiknyaaaa.. Harga pun takde lah mahal sangat. Terbaikk

    BalasPadam
  3. Mesti ramai yang dah buat tempahan ni

    BalasPadam
  4. Cantik la MYVI baru ni. Kaler lava red tue jadi pilihan hihi..

    BalasPadam
  5. apa yang penting, dah booking..hehehe

    BalasPadam
  6. Pergh merecik ! Rasanya kena la buat tempahan sekarang.. Harga pun berpatutan dan menarik

    BalasPadam
  7. Tidak dinafikan amat menarik..memang teruja tengok

    BalasPadam
  8. Jalan-jalan sini dan follow

    https://itsnurulnajihah.blogspot.my/

    BalasPadam
  9. memang inovasi terbaik dari myvi sebelumnya..harap tiada kes kecelaruan mental lagi lepas ni..kereta dah canggih ni..ala ala golf pun ade

    BalasPadam
  10. nampak sophisticated myvi baru ni. knp lah tak keluar masa ana beli myvi dulu. huhu

    BalasPadam