4 November 2017

Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

Oppo F5 Ini Antara yang Menarik. Dalam sejumlah jenama pengeluar telefon pintar dari Cina kita tidak boleh nafikan Oppo adalah paling menyerlah. Sering hadir dengan peranti berspesifikasi dan design menarik, harga yang berpatutan juga merupakan salah satu penyumbang kejayaan peranti di bawah naungan BBK Electronics ini.

Oppo memang terkenal dalam penawaran kamera hadapan yang berkualiti dan mereka masih melakukannya hingga ke hari ini. Peranti terbaharu, Oppo F5, tidak terhad pada kepakaran selfie sahaja, bahkan menyokong ciri-ciri menarik yang mampu menarik perhatian.


Melalui entri ini saya senaraikan beberapa fungsi menarik yang ditawarkan Oppo F5, berserta spesifikasi penuh dalam 'table' di bawah.

Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

#1 Skrin


Pada tahun 2017 kita telah melihat sejumlah peranti menyokong skrin hampir penuh dan Oppo semakin hampir untuk mengikut jejak langkah Galaxy S8 dan iPhone X.Oppo F5 hadir dengan dengan skrin yang mempunyai nisbah 18:9 iaitu paparan lebih lebar hampir ke bingkai.  2.5D Corning Gorilla Glass turut membuatkan peranti ini tampak premium.

#2 Chip, RAM, dan storage

 F5 dikuasakan dengan sistem pemprosesan Helio P23 lapan teras dan dibina menggunakan chip Cortex A53. Biarpun dikira kelas pertengahan, ia sudah dikira berkuasa bagi pengguna sederhana tambahan pula ia dilengkap pilihan RAM 4GB atau 6GB.

Selain itu ia hadir dengan Android versi terkini iaitu Nougat 7.1.1 dengan pelancar ColorOS 3.2 yang sudah menjadi trademark Oppo.

Baca: Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone x

Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

#3 Kamera hadapan

Nilai utama yang menjadi fokus Oppo F5 adalah kamera hadapannya. Bagi mereka yang gemar mengambil selfie, berita baik kerana kamera hadapan disokong 20MP dengan aperture f/2.0. Malah, ia hadir dengan teknologi A.I (Beauty Recognition) yang mampu merakam selfie pada kualiti terbaik

#4 Face Unlock

Inilah yang saya maksudkan ciri yang mampu menarik perhatian. Oppo F5 bukan sahaja terbina dengan pengimbas cap jari, bahkan hadir dengan 'face ID' iaitu pengimbas wajah salah satu ciri paling hangat tahun 2017. Oppo memberi kebebasan kepada anda sama ada ingin menggunakan pengimbas wajah, cap jari, ataupun pattern unlock.

Baca: Punca Data Internet Telefon Cepat Habis


Spesifikasi Oppo F5


OPPO F5
Saiz
6.16 x 2.99 x 0.30 inci
Berat
152 gram
Skrin
TFT FHD+ (402 PPI)
CPU
Octa core 2.3 GHz Cortex A53
Chipset
Mediatek MT6763T Helio P23
Sistem Operasi
Android Nougat 7.1.1
Memori
4gb RAM: 32GB  ;  6gb RAM 64GB
Kad SD
Dibenarkan sehingga 256gb
Kamera
Belakang: 16mp, f/1.8, PDAF  ;  Hadapan: 20mp, f/2.0, A.I
Pengimbas cap jari
Disediakan
Pengimbas wajah
Disediakan
Bateri
Li-Ion 3200 mAH (tidak boleh ditanggalkan
Kad Sim
Dwi-sim
Warna
Black, Gold, Red (6gb sahaja)

Harga Oppo F5 Malaysia

Dalam pasaran Malaysia, harga Oppo F5 bermula pada RM1298.

Bagi yang tercari-cari smartphone Android high-end dengan spesifikasi terkini pada harga mampu milik, mungkin anda boleh consider Oppo F5.

Sebagai pengguna dan peminat peranti Oppo, saya sendiri cukup teruja dengan spesifikasi dan harga F5. Anda boleh pre-order di Lazada dan nikmati beberapa free gift menarik! Pre-order di sini > Oppo F5



Entri sebelum ini - Kalendar Cuti Sekolah & Cuti Umum 2018

Terima kasih kerana membaca Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

14 ulasan:

  1. Saya minat nak beli handphone tapi tengah kumpul bajet

    BalasPadam
  2. Sudah ramai juga kawan-kawan sekerja guna Oppo ni , tengok spefikasi pun dah cun

    BalasPadam
  3. Dah ada Oppo F5...saya masih guna Oppo F1. Tengok spec mmg menarik la.

    BalasPadam
  4. Tak dinafikan OPPO punya gambar sangat-sangat shantek. Pernah guna OPPO juga. Tapi skrg tak lagi sebab bateri sudah out. Hahahaha...

    BalasPadam
  5. entah mengapa brand oppo tidak terlalu meletop di Indonesia banyak oppo yang diletak di counter tak ada peminat

    BalasPadam
  6. Fuah fuah fuah.. Spesifikasi yang merecik dan harganya berpatutan berbanding jenama yang lain..

    Memang berbaloi ni kalau beli..

    BalasPadam
  7. macam typo je harga RM129 tu hehe.. murah sangat tu. pelik ngan oppo.. aku pakai oppo f7 2014.. cam ne dia boleh patah balik f1 pastu f5... aigoo.. patot terus f8 ke f9 ke..hahaha. pakai sekarang f7 still the best.. tak hang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah! mcm mana bleh tak perasan. thanks. dah edit

      Padam
  8. zaman sekarang spec camera kalah mp dslr huhu..baik beli henfon..dslr yang bodynya tak melebihi rm3k la hehe

    BalasPadam
  9. Huh..ada rezeki murah lebih sikit boleh angkat satu oppo F5 ni..

    BalasPadam