Sinopsis Dekatkan Jarak Kita di Tv3

4
dekatkan jarak kita

Sinopsis Dekatkan Jarak Kita di Tv3. Terbaharu di Slot Samarinda, drama bersiri terbitan JS Pictures Sdn Bhd bertajuk DEKATKAN JARAK KITA, bakal menemui penonton bermula21 November 2017.

Mendapat sentuhan pengarah berpengalaman iaitu Azman Yahya (Jinggo) terbitan JS Picture Sdn Bhd, drama 15 episod ini diadaptasi dari cerpen dari tajuk yang sama karya Syu Ariani.

Baca: Sinopsis Jurnal Suraya

Menurut penerbit, Shiela Rusli, beliau berkata menghasilkan drama ini memerlukannya mengembangkan jalan cerita dan watak pelakon kerana cerpen adalah sebuah cerita pendek dan plotnya tidak panjang seperti novel. - Harian Metro

Dekatkan Jarak Kita dibintangi Ayda Jebat dan Shafiq Kyle sebagai pelakon utama. Turut membantu, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Riena Diana, Emma Akma, dan Aishah Atan.

dekatkan jarak kita

Bersiaran mulai 21 November 2017, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Tv3

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita Tv3

Mengisahkan persahabatan antara Alyssa dan Sofiya yang terjalin sejak dari kecil. Sofiya hilang ketika masih kecil dan dia dipercayai mati walaupun mayatnya tidak temui.

Meningkat dewasa, Alyssa menerima amanah supaya menyamar supaya menjadi Sofiya dan mencari kembarnya, Tashriq, yang telah terpisah sejak kecil.

dekatkan jarak kita

Berjaya menjejaki Tashriq, Alyssa dibelenggu antara wasiat dan rasa cinta kerana dimula menaruh perasaan terhadap Tashriq. Masalah timbul apabila Alyssa memperkenalkan dirinya sebagai Sofiya, kembar Tashriq yang telah lama terpisah. Masakan Tashriq boleh mencintai adiknya sendiri?

OST/Lagu tema: Haqiem Rusli - Tergantung Sepi

Entri sebelum ini - Jumlah dan Kemaskini BR1M 2018

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Dekatkan Jarak Kita di Tv3
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Laku skrg ayda jebat ni kan. Rezeki dia. Nyanyi boleh berlakon boleh.

    ReplyDelete
  2. Rasanya ingin kembali beli parabola supaya bisa tersambung denganTV3 banyak sinetron bagus seperti ini

    ReplyDelete
  3. Tadi tengok macam best citer ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top