Sinopsis Jurnal Suraya di Tv3. Menggantikan Raisha yang berakhir pada minggu lalu, Tv3 menghidangkan sebuah lagi drama bersiri menarik buat tontonan andayang berjudul, JURNAL SURAYA, menerusi Slot Zehra.
Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini mendapat sentuhan pengarah dan pelakon berbakat besar, Zul Huzaimy dan skrip pula ditulis oleh oleh Mufid Suhaimi.
Baca: Senarai Lagu Gegar Vaganza 2017 Minggu 4
Jurnal Suraya menampilkan Nad Zainal dan Johan As'ari sebagai pelakon utama selain membariskan Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Wanna Ali, Khairi Anwar, Noniswara, Kuza, dan ramai lagi.
Drama ini bersiaran bermula 15 November 2017, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Tv3.
Sinopsis drama Jurnal Suraya di Tv3
Mengisahkan perit getir Suraya dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia.
Tabah dalam menjalani kehidupan seharian dan menamatkan pengajiannya amat dikagumi orang sekeliling.
Suraya bertemu dengan Alif, penghidap kanser tulang. Berdepan dengan situasi sama menyebabkan kedua-kedua mereka saling memahami dan semakin akrab. Namun perhubungan mereka terbatas sebagai rakan sahaja kerana bapa Suraya ingin mengahwinkan anaknya dengan Imran.
Imran pula mempunyai niat tersembunyi di sebalik bersetujuannya ingin berkahwin dengan Suraya. tahu akan penyakit Suraya dan yakin gadis itu tidak akan hidup lama, Imran merancang untuk membolot semua kekayaan Suraya dan keluarganya.
Suraya dapat menghidu lakonan Imran tetapi tidak dapat lari dari mengikut arahan ayahnya.
Penyakit yang dihidapi Suraya memerlukan dia berulang-alik ke Singapura menyebabkan dia terputus hubungan dengan Alif.
Sementara itu, ibu mertua Suraya, Puan Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Dia menganggap penyakit yang dihidapi Suraya tidak seteruk mana dan saja dibuat-buat untuk menagih perhatian.
OST / Lagu tema Jurnal Suraya: Huza Tahir - Mawar
Entri sebelum ini - Fakta Menarik Justice League 2017
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Jurnal Suraya di Tv3
Selepas cerita raisha, tak tengok lagi cerita ni.. :D
ReplyDeletesinopsis yang menarik..
ReplyDeleteboleh layan la..
biasanya saya memang tidak cukup masa untuk layan TV
hehehe
wah, macam best.tadi sempat tengok
ReplyDeleteWahhh...kenalah akak jadi penunggu tv
ReplyDeletebanyak betul drama baru sekarang, tak tekejar nk tengok haha
ReplyDelete