Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

4
Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Jemaah yang menunaikan haji dan umrah kini dilarang mengambil gambar/selfie atau merakam video di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menurut laporan Free Malaysia Today, larangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi pada 12 November lalu melarang sesiapa sahaja termasuk wakil media merakam gambar atau video di sekitar dua masjid suci umat Islam itu.

Baca: Jumlah dan Kemaskini BR1M 2018

Tindakan akan dikenakan

Arab Saudi turut mengeluarkan kenyataan di mana sekiranya jemaah melanggar larangan itu, pengawal keselamatan yang bertugas akan merampas gambar dan peranti sekiranya perlu, dan tindakan undang-undang akan diambil.

Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi 

Punca Arab Saudi haramkan jemaah ambil gambar

Langkah mengharamkan jemaah mengambil gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi adalah untuk menjaga kesucian dua masjid itu. Ini berikutan sesetengah jemaah taksub mengambil gambar sehingga mengganggu jemaah lain beribadat.

Ada juga yang mengambil gambar selfie dan berkumpulan yang keterlaluan selain membawa kain rentang dan bendera negara masing-masing. Tindakan ini bukan sahaja mengganggu bahkan membuatkan mereka lupa niat asal mereka ke tempat suci itu.

Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

Kenyataan ini telah disebarkan dan harus dimaklumkan kepada pengendali/agen jemaah Haji dan Umrah.

Disebabkan segelintir yang taksub berselfie, semua jemaah terkena tempiasnya. Kini semua jemaah tidak boleh mengabadikan keindahan Kaabah dan momen bersejarah di Tanah Suci yang mungkin berpeluang ke sana sekali dalam seumur hidup.

Entri sebelum ini - McDonald's Fish and Fries Malaysia Review

Terima kasih kerana membaca Tidak Boleh Ambil Gambar di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Memang ada yang share pengalaman agak terganggu apabila ada yang terlalu taksub bergambar.

    Cuma, kesian yang teringin nak simpan gambar untuk tatapan peribadi.

    Apa-apa pun, peraturan mesti dipatuhi. Pasti banyak kebaikannya tu

    ReplyDelete
  2. ada baiknya juga tak boleh bergambar di tempat suci ini...

    boleh fokus untuk beribadah dan tak main handphone...

    jika nak baca doa atau surah...hafal sahaja dalam minda atau tulis kat buku nota..

    tak pe dalam soal ibadah jadi Old School sikit

    ReplyDelete
  3. Nice sharing...ada baiknya juga tak boleh bergambar di tempat suci ini...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top