Ulasan Stranger Things Season 2

6

Ulasan Stranger Things Season 2


Ulasan Stranger Things Season 2. Menyedari penerimaan positif peminat terhadap Stranger Things musim pertama, adik beradik Duffer meneruskan misi mereka dengan menghasilkan musim kedua. Sejak itu peminat siri paling popular di penstriman video Netflix, tidak sabar untuk mengetahui kesinambungan kisah sekumpulan kanak-kanak dan entiti yang tidak diketahui di bandar Hawkins.

Saya pernah tulis review musim pertama which I gave my highest rating, sila baca di sini >> Ulasan Siri Stranger Things.

Dalam keterujaan menanti musim kedua, saya sebagai salah seorang peminat cukup risau jika ia tidak setanding musim pertama. Mengingatkan banyak francais filem yang gagal menghasilkan sekuel hebat seperti The Hangover II, Taken 2, dan Independence Day: Resurgence (sampah!). Tak mustahil ia akan berlaku pada siri Stranger Things.

Setelah musim kedua mula ditayangkan di Netflix pada 27 Oktober lalu, we have to agree that season 2 is so much better than previous season in every possible way! Kehebatan musim kedua melangkaui jangkaan peminat.

Sinopsis Stranger Things Season 2

Musim kedua mengisahkan keluarga Byers yang cuba melalui kehidupan mereka selepas tragedi yang berlaku kepada Will. Will, walaupun telah kembali ke pangkuan keluarga, mendapati dirinya mempunyai 'hubungan' dengan dimensi Upside Down dan dihantui oleh entiti yang tidak diketahui.



Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler.

Ulasan Stranger Things Season 2

Masih lagi menggunakan material era 80an sebagai asas. Stranger Things musim kedua lebih matang, unik, dan lebih bercita-cita tinggi. Ini bermaksud ia bukan lagi bergantung kepada plot filem 80an, tetapi mencipta identiti mereka sendiri.

Perbezaan ketara pada musim kali ini adalah ia digarap lebih serius, membangkitkan intensiti, dan anda sering dikejutkan dengan twist yang tidak disangka-sangka. Jalan cerita terus kukuh dan tidak tersasar dari landasan. Tidak ada satu pun momen membosankan.



Dari sudut teknikal, suntingan yang kemas dan penuh teliti menjadikan jalan cerita bergerak pantas. Apa yang saya suka pada siri televisyen Amerika Syarikat adalah kerana ia mempunyai elemen mendebarkan dan penuh tanda tanya disetiap hujung episod. Ini sekali gus menimbulkan rasa ingin tahu dan ingin menonton episod seterusnya.

Biarpun musim kedua lebih gelap, adik beradik Duffer berjaya menyuntik elemen komedi yang terbit tepat pada masanya. Terutama setiap kali watak Dustin muncul di skrin.

Ulasan Stranger Things Season 2

Kecemerlangan Stranger Things tidak hanya pada jalan cerita, malah pada persembahan para pelakon. Walaupun ditunjangi pelakon muda, keserasian di antara mereka cukup memukau. Perkembangan setiap watak dari musim pertama juga dilihat relevan terutamanya Eleven dan Steve Harrington.

Pengalaman menonton masih lagi sama iaitu bagaikan menonton karya dari era 80an. Runut bunyi, fesyen, latar belakang, makanan, rujukan filem Ghostbusters, Night On The Elm Street, dan The Goonies, setiap perincian seperti memberi penghormatan kepada era tersebut.


Kelemahan

Saya cuba mencari kelemahan musim kedua, tapi ia bukanlah kesalahan besar seperti emunculan watak baharu, Max. Memandangkan kanak-kanak ini bakal memasuki alam remaja, and soon will go through puberty, kehadiran Max dilihat sebagai 'penyeri' sahaja. Saya melihat karakter Max is okay but unnecessary. 

Ulasan Stranger Things Season 2

Begitu juga dengan episod 7 yang tidak begitu menjejaskan jalan cerita. Okay, pihak produksi seperti cuba memberi bayangan akan ada musim susulan berikutan apa yang berlaku pada episod ini.

Pujian harus diberikan kepada adik beradik Duffer kerana menghasilkan siri yang boleh berdiri di atas landasan mereka sendiri. Stranger Things meletakkan satu tanda aras berbeza dalam merialisasikan dunia sains fiksyen dan seram.

This series is highly recommended. Jika anda gemar filem IT, anda pasti akan suka Stranger Things.

#NKSeriesRating

STRANGER THINGS SEASON 2
10/10

Entri sebelum ini - Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

Terima kasih kerana membaca Ulasan Stranger Things Season 2

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik sekali film seperti ini apalagi dah dapat ulasannya terimakasih

    ReplyDelete
  2. baca entri ini tetiba macam nak tengok cerita ni memandangkan nak tunggu game of throne cam lama je nak season yang baru.. bila dah tengok ni mesti ada banyak season. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi nak tgk. lagi pun baru masun musim kedua

      Delete
  3. ala ala ghosbuster pun ade hehe..tapi versi budak budak..tapi the hangover kalau yang ade alan tu la..memang bangang dia punya plot cerita hehe..sampai III rasanya..ke ade siri..hehe

    ReplyDelete
  4. ulasan cukup menarik..

    pernah sekali ada wayang tiket percuma..

    tak sempat pula nak pergi..

    ada urusan keluarga yang penting untuk diuruskan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top