Carian Tertinggi Google Malaysia 2017

13
Carian Tertinggi Google Malaysia 2017

Carian Tertinggi Google Malaysia 2017. Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya dan seperti biasa Google Malaysia telah mengeluarkan senarai topik utama yang mencatatkan jumlah paling tinggi di enjin carian nombor satu dunia itu.

Nak tahu informasi tentang topik tertentu, senang sahaja. Buka Google, taip, dan segalanya akan terpapar pada skrin. Informasi di hujung jari ini menjadi lebih mudah dengan bantuan telefon pintar yang saya kira rata-rata memilikinya.

Baca: McDonald's Fish and Fries Malaysia Review

Di Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), drama Hero Seorang Cinderella, Sukan Sea, iPhone X mengungguli tempat teratas sebagai antara topik yang paling kerap di cari. Pelakon Izara Aisyah turut tersenarai dalam kategori Orang/Individu.

Jom lihat antara yang menjadi trending di Google Malaysia mengikut kategori.

Carian Tertinggi Google Malaysia 2017

Carian Umum

BR1M yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah menjadi carian paling popular. Diikuti drama Hero Seorang Cinderella yang turut mencetuskan fenomenya beberapa bulan lepas.

1. BR1M
2. Hero Seorang Cinderella
3. SEA Games
4. Titian Cinta
5. SAPS NKRA
6. Fast and Furious 8
7. Suamiku Paling Sweet
8. Despacito
9. Bigg Boss Vote
10. Myvi 2018

  
Individu/Orang

Berikutan hubungan dan pernikahannya dengan Adib Khalid usahawan terkemuka, pelakon, Izara Aishah menjadi individu paling popular di Malaysia pada tahun ini. Berada di tempat kedua, Gal Gadot, pelakon jelita kelahiran Israel ini juga trending selepas membawa peranan Wonder Woman dalam filem superhero pertama yang meletakkan wanita sebagai watak utama.

1. Izara Aishah
2. Gal Gadot
3. Hannah Delisha
4. Afifah Nasir
5. Aiman Tino
6. Faiz Subri
7. Aliff Aziz
8. Alicia Amin
9. Fathia Latiff
10. Mat Over

Berita

Kes penipuan sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPR) turut mendapat perhatian netizen. Selain itu
sistem apungan harga minyak setiap minggu juga menjadi salah satu topik hangat dan sering dicari pada Google terutamanya setiap Rabu.

1. JJPTR
2. Petrol price Malaysia
3. Budget 2018
4. MRT Malaysia
5. Lembaga Getah Malaysia
6. Hurricane Irma
7. Catalonia
8. Tahfiz terbakar
9. Fattah Amin-Fazura
10. Banjir di Pulau Pinang

Berkaitan: Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone X

Peranti

Apple sering mendapat perhatian setiap kali syarikat gergasi itu mengeluarkan peranti terbaharu. Bagi tahun 2017, iPhone 8 Plus dan iPhone X mendapat carian tertinggi kerana dikatakan peranti paling canggih yang pernah dihasilkan Apple. Diikuti Oppo F5 yang mampu merakam selfie berkualiti dan menyokong Face unlock pada harga mampu milik. Baca >> Oppo F5 Ini Antara yang Menarik

Carian Tertinggi Google Malaysia 2017

1. iPhone 8 plus
2. iPhone X
3. Oppo F5
4. Huawei Nova 2i
5. Huawei P10
6. Oppo R9s
7. Vivo V5
8. Samsung Galaxy S8
9. Huawei Mate 10
10. Huawei P9

Filem

Manakala bagi kategori filem, francais Fast & Furious iaitu The Fate of The Furious menjadi filem yang mendapat carian tertinggi. Ini kerana buat kali pertama francais itu menampilkan wanita sebagai watak antagonis. Diikuti filem Justice League dan Beauty and The Beast yang penuh kontroversi tidak mendapat kelulusan kerana mempunyai babak berunsur gay. Baca >> Fakta Menarik Beauty and The Beast.

1. Fast and Furious 8
2. Justice League
3. Beauty and the Beast
4. Wonder Woman
5. It
6. Logan
7. Annabelle: Creation
8. Bad Genius
9. Dunkirk
10. Bahubali 2


Siri/drama Tempatan

Drama rantaian tempatan sentiasa mendapat tempat di hati penonton berbanding filem. Pasti ada sahaja drama yang mencipta fenomena terutama karya yang diadaptasi dari novel cinta. Bagi 2017, Hero Seorang Cinderella dan Titian Cinta menjadi drama paling diperkatakan.

1. Hero Seorang Cinderella
2. Titian Cinta
3. Suamiku Paling Sweet
4. Andainya Takdir
5. Mencintaimu Mr Photographer
6. Biar Aku Jadi Penunggu
7. Isteri Tuan Ihsan
8. Duda Pujaan Dara
9. Sayang Papa Saya Tak
10. Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Adakah semua top carian Google Malaysia ini menepati ramalam anda?

Entri sebelum ini - Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Terima kasih kerana membaca Carian Tertinggi Google Malaysia 2017
Tags

Post a Comment

13Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Carian-carian hangat ni, insu sensasi dan juga informatif. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. minat gak dgn shawl izara tu

    ReplyDelete
  3. Keren ulasannya nih, btw search nya pake apa Bang?

    ReplyDelete
  4. bad genius pun tersenarai...rare

    ReplyDelete
  5. kenapa Fathia Latif di tempat ke-10..patut boleh naik lagi ni hehe

    ReplyDelete
  6. Memang dah ramal titian cinta, fattzura akan jadi trending selain perkahwinan izara aishah yang glamor tu

    ReplyDelete
  7. Good Info. Harga petrol memang patut tersenarai. The most important info every week. Saya sendiri akan tunggu setiap kali hari rabu.

    ReplyDelete
  8. Whoa. iPhone X mahal2 pun rakyat Malaysia sangat nak tahu, kan... Tu la kalau barang ada value. Mahal2 pun orang cari.

    ReplyDelete
  9. Good info . Memang senarai- senarai di atas menjadi ranking dalam google

    ReplyDelete
  10. filem malaysia xde tersenarai pun...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top