Fakta Menarik Filem Titanic

8
Fakta Menarik Filem Titanic

Fakta Menarik Filem Titanic. Jika ditanya filem apakah yang paling diingati dan kerap diperkatakan hingga ke hari ini, sudah pasti Titanic muncul difikiran. Buktinya, biarpun sudah berusia dua dekad, Titanic tetap menarik perhatian setiap kali menontonya dan tidak pernah berasa bosan biarpun kerap diulang tayang.

Filem arahan James Cameron itu memecah industri perfileman dunia kerana berjaya mengangkat kisah benar tenggelamnya kapal RMS Titanic pada April 1912. Selain itu, kisah cinta fiksyen di antara Rose dan Jack turut mengimbangi naratif sekaligus menguatkan lagi kisah tragik Titanic.


*Spoiler alert* Walaupun ramai yang tidak berpuas hati (termasuk saya) dengan kematian Jack kerana Rose tidak berkongsi serpihan pintu. So Rose basically killed Jack! Padahal muat je kalau dia share dengan Jack. Pastu cakap "I'll never let go, Jack." Tahi kucing!!! @#$%&! Sorry sorry, emotional jap.

Fakta Menarik Filem Titanic

Anyways, pada 19 Disember ini, filem Titanic akan menyambut ulang tahun yang ke-20. It will certainly be a lot to celebrate. Ini kerana Titanic pernah memenangi 10 Anugerah Oscar dan menjadi antara filem paling laris pernah diterbitkan. Sehingga ke hari ini, Titanic mengutip kira-kira USD2.19 billion dan jumlah itu bakal meningkat kerana ia bakal ditayangkan semula di pawagam America Syarikat.

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-20, banyak perkara menarik yang mungkin anda tidak tahu tentang filem ini. As a movie geek, saya ingin berkongsi beberapa fakta tentang filem Titanic!

Titanic (1997)
Pengarah: James Cameron
Pelakon Kate Winslet, Leonardo DiCaprio, Bill Paxton, Billy Zane, Kathy Bates
Terbitan: Viacom’s Paramount Pictures and 20th Century Fox

Fakta Menarik Filem Titanic

- Leonardo DiCaprio bukanlah pilihan pertama untuk memegang watak Jack, tetapi aktor Matthew McConaughey. Kate Winstley bahkan menjalani ujibakat bersama McConaughey.

- Kate Winslet mendedahkan dalam rancangan temubual The Late Show with Stephen Colbert, lukisan yang dilakar oleh Jack (ehem!) adalah hasil lukisan James Cameron sendiri.

- Titanic menjadi filem paling laris dalam sejarah. Kemudian ditewaskan oleh Avatar (2009) yang turut diarahkan oleh Cameron. 


- Babak terakhir di mana Rose bertemu Jack di tangga, jam di belakang mereka menunjukkan pukul 2:20 pagi. Itu adalah waktu sebenar kapal Titanic tenggelam pada 14 April 1912.

- Filem ini mempunyai dua susur masa iaitu 'present-day' dan tahun 1912. Durasi keseluruhan babak tahun 1912 adalah dua jam 40 minit iaitu tempoh sama Titanic mengambil masa untuk tenggelam.

- Kolam renang yang dilihat sebagai laut dalam filem ini hanya berkedalaman 3 kaki.

Fakta Menarik Filem Titanic

- Bajet keseluruhan filem ini berjumlah USD200 juta.

- Watak Jack Dawson hanya rekaan semata-mata. Walau bagaimanapun terdapat penumpang Titanic sebenar bernama J. Dawson yang maut. Cameron tidak mengetahui hal ini sehinggalah mereka tamat penggambaran.

Baca: Lokasi yang Dikaburkan Pada Google Earth

- Gloria Stuart yang melakonan watak Rose versi tua satu-satunya individu yang terlibat dengan filem ini hidup pada tahun kapal Titanic tenggelam. Stuart juga dicalonkan Pelakon Pembantu Terbaik dalam Anugerah Oscar dan menjadi indivitu tertua menerima pencalonan Oscar.

- Kebanyakan pelakon tambahan diinspirasikan dari mangsa kapal karam yang sebenar.

Fakta Menarik Filem Titanic

- Nama-nama besar seperti Uma Thurman, Gwyneth Paltrow, Wynona Ryder, Charlize Theron, Nicole Kidman, dan Rachel Weisz merupakan antara pelakon yang dipertimbangkan untuk watak Rose.

- Christian Bale menjalani ujibakat watak Jack. Namun Cameron tidak mahu dua orang pelakon British memainkan dua watak utama sebagai rakyat America.

- Titanic menjadi filem kedua dalam sejarah yang mendapat 14 pencalonan Anugerah Oscar selepas All About Eve. Kemudian La La Land pada tahun lalu.

Berkaitan: Fakta Menarik La La Land

- Serpihan pintu yang digunakan Rose dalam salah satu babak terkenal diinspirasikan dari serpihan pintu sebenar Titanic. Artifak asal disimpan di Muzeum Maritim di Nova Scotia. 

- Lagu tema My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion pada asal tidak dirancang. Cameron mahu sebuah lagu balada tanpa nyanyian. Namun komposer Cameron tertarik dengan lirik dan nyanyian Dion yang dalam diam merakam demo.

- Selepas tamat penggambaran, kapal yang dibina pihak produksi dijual sebagai besi buruk.

Entri sebelum ini -

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Titanic

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Seronok vs sedih citer titanic ni. Even tengok berpuluh kali, even dh tahu jalan sebenar citer ni .tapi still x jemu lagi

    ReplyDelete
  2. Movie terbaik sepanjang zaman..

    ReplyDelete
  3. menarik.. dah lama tak repeat tengok cerita ni..

    ReplyDelete
  4. saya adalah pengemar Titanic sebelum kahwin lagi...

    sekarang dah kahwin pun masih minat lagi

    ReplyDelete
  5. Haah kalu tengok Jack blh diselamatkan. Muat dua org duk atas pintu yg timbul tu.

    ReplyDelete
  6. Memang tak jemu... daya tarikan pada pelakon dan jalan cerita
    buatkan kita tengok sampai abes walaupun dah hafal.. :P

    ReplyDelete
  7. wah, bestnya info ni...sy memang suka tgk titanic..ulangkali tayang pun takpe..siap nangis-nangis..hehee..org pompuan...tak bestlah jack mati..tp oklah kan..asyik2 ending hidup bahagia..

    ReplyDelete
  8. SAya memang ingat sampai bila-bila filem ni, pasal dialog dia you jump! I Jump!. Sebab pernah ada awek duk kat hujung bangunan tinggi, ataupun kat atas jambatan sambil renung ke bawah. Saya pun apa lagi, selamba je cakap, If you jump! I Jump!, ingatkan tak de respon, dia cakap sambil acah tarik kolar baju. Really? Eh tak saya gurau je, tapi betulle momen tu memang manis, Entah awek sapa tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top