11 Disember 2017

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi. Kita tidak boleh menafikan yang Star Wars merupakan filem francais yang paling berjaya dan berpengaruh di dunia. Tidak kira sama ada ia sebahagian daripada francais asal mahupun spin-off, ia pasti mendapat perhatian peminat seluruh dunia.

Selepas The Force Awakens pada 2015 mendapat kutipan lebih USD2 billion, LucasFilm dan Disney kembali dengan sequel terbaru iaitu Star Wars: The Last Jedi, di bawah arahan Rian Johnson.


Filem ke-8 dalam francais itu mendapat perhatian peminat tegar yang mengikuti Star Wars dari awal lagi. Setelah menonton trailer yang epik, mereka sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan kemunculan semula watak Luke Skywalker yang kini melatih Rey untuk bertarung dengan anak buahnya, Kylo Ren.

Star Wars bakal menemui penonton di Malaysia bermula 13 Disember ini

Pengarah: Rian Johnson
Genre: Aksi, pengembaraan, fantasi
Pelakon: Daisy Ridley, Mark Hamill, Adam Driver, Domnhall Gleeson, Carrie Fisher, Andy Serkis, Oscar Isaac, John Boyega.

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

- Ini merupakan kali terakhir penonton dapat menyaksikan Carrie Fisher memegang watak Princess Leia kerana Fisher meninggal dunia pada akhir tahun lalu.


- Tayangan filem ini pada asalnya dijadualkan pada May lalu, namun melihat kepada The Force Awakens yang ditayangkan sekitar Hari Krismas mendapat sambutan luar biasa, pihak studio ingin mengulangi kejayaan itu.

- The Last Jedi berdurasi 2 jam 32 minit menjadikan filem terpanjang dalam francais Star Wars.

- Buat pertama kalinya logo Star Wars berwarna merah kerana selama ini berwarna kuning.

- Menurut koordinator lagak ngeri, Liang Yang, koreografi Lightsaber biasanya memakan masa selama 3 hari untuk pelakon mempelajarinya. Daisy Ridley melakukanya dalam masa 1 jam 30 minit sahaja.

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

- Pada Disember 2015 pihak produksi bersetuju untuk menjadikan Iztapalapa dan Tlahuac yang terletak di Mexico untuk dijadikan lokasi penggambaran. Berdepan masalah dengan pihak berkuasa tempatan, ia terpaksa dibatalkan.

- Putera William, Harry, dan aktor Tom Hardy khabarnya membuat kemunculan khas sebagai stormtroopers.

- Bagi mengelak set penggambaran mendapat perhatian orang awam dan paparazzi, pihak produksi meletakkan tanda "filming Space Bear".

- Jika anda perhatikan pada poster filem ini, kedudukan watak disusun seperti bentuk topeng Darth Vader. Satu lagi gambaran bahawa Darth Vader akan memberikan peranan penting dalam filem ini.

the last jedi darth vader poster


- Pada 2016, pihak studi mengesahkan komposer John Williams akan kembali untuk mencipta skor bagi filem ini. Kesemua skor filem Star Wars mendapat sentuhan Williams termasuk lagu tema.

- Ditayangkan 40 tahun selepas filem pertama Star Wars: Episode IV - A New Hope (1977) dan ini  menandakan ulang tahun ke-40 filem francais Star Wars.

Entri sebelum ini - Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima

Terima kasih kerana membaca - Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

8 ulasan:

  1. Tak sabar nak pergi tengok khamis ni.. hehe

    BalasPadam
  2. macam mana la dia nak 'buang' watak princess leia tu...
    generasi lama kini dah diganti dengan watak baru dah..dulu byk ikatan kekeluargaan hehe..harap anak Han Solo bertaubat

    BalasPadam
  3. Saya tak pernah tengok star wars. Namun selalu dengar memang banyak sangat peminat Star Wars ni sampai ada kawan paksa saya tengok.

    Dan yang mengejutkan, ada beberapa bahagian di dunia jadikan Star Wars sebagai agama

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak pernah tengok.. taknak tengok sebab saya ni mudah terjebak. hehe

      Padam
  4. Belum dpt masa nak menonton lg, tp mmg nak menonton juga dlm masa terdekat ni.. saya mmg minat star wars dari sekolah lagi :)

    BalasPadam
  5. Okay, fine.

    Tak sabar nak tengok kat Melawati Mall nanti ..

    BalasPadam
  6. ada lagi citer star wars baru ek. menarik la ni

    BalasPadam