Filem Superhero Terbaik 2017

9
Filem Superhero Terbaik 2017

Filem Superhero Terbaik 2017. Tahun 2017 menjadi tahun gemilang buat filem superhero. Bagi penonton pula, sudah pasti mereka gembira kerana dijamu dengan aksi adiwira kegemaran masing-masing baik dari komik Marvel mahupun DC.

Berkaitan: Ulasan Stranger Things Season 2

Percaya atau tidak, filem superhero memberi impak besar dalam industri perfileman dan menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi. Kenapa? Kerana ia menghiburkan. Bagi mereka yang melabelkan superhero hanya untuk tontonan kanak-kanak, anda silap.

Filem Superhero Terbaik 2017

Kekuatan filem superhero disokong oleh jalan cerita, kesan khas yang menakjubkan, cinematography, aksi, persembahan pelakon, dan skor atau muzik yang melatari filem yang menambahkan intensiti,. Tak logik? Fantasi? It's called 'movies' for god's sake. Filem cereka mempunyai lesen besar dalam mengolah jalan cerita selagi ia tidak lari dari logik akal dunia yang dicipta.

Pada saya pula, I am not a die hard fan but I appreciate the art of film making and I enjoy the experience of watching those movies on screen.

Sebanyak enam buah filem live-action superhero (highly-anticipated) ditayangkan pada tahun ini. Maaf, The Lego Batman, Power Rangers atau Guardians tidak termasuk dalam senarai. Jumlah kutipan bagi enam filem ini adalah sekitar USD5 billion.

Jadi, filem manakah yang layak dinobatkan sebagai filem superhero terbaik sepanjang 2017? Ranking berikut dikeluarkan oleh Internet Movie Database (IMDb) yang ditetapkan oleh penonton sendiri.

Filem Superhero Terbaik 2017

#6 Justice League

Jalan cerita hambar tetapi tidak seburuk mana kerana masih menghiburkan. Peminat komik DC boleh menarik nafas lega kerana mereka akhirnya dapat menonton gabungan superhero kelahiran komik itu menerusi Justice League (JL). Walabagaimanapun, JL menerima kritikan kerana ia tidak hebat seperti yang dicanang. JL tidak menonjolkan kekuatan sebenar superhero yang baru diperkenalkan dalam DC Extended Universe seperti Cyborg, The Flash, dan Aquaman.
 

Sebaliknya ia bagaikan sequel kepada Wonder Woman. Bahkan, mendapatkan khidmat Joss Whedon menyiapkan kerja Snyder di kerusi pengarah adalah kesilapan terbesar. Selain itu, kesan khas yang digunakan untuk menutup misai Henry Cavill cukup ketara sehingga merosakkan wajah cantik Cavill. 🙅

#5 Spider-Man: Homecoming

Penampilan pertama Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) melalui Captain America Civil War ternyata mencuri perhatian penonton. Malah, memilih Tom Holland wajar diberi pujian kerana perwatakan beliau sebagai Peter Parker/Spider-Man paling tepat mengikut komik.


Berkaitan: Ulasan Filem mother! 

Kali ini Marvel Studios menghidangkan sisi Spiderman yang naif tapi bercita-cita tinggi di mana kita belum pernah lihat sebelum ini. Kesilapan filem ini mungkin terletak pada beberapa babak yang dilihat ditokok tambah dan adakalanya Spiderman melakukan perkara diluar kemampuan. Ini kerana kuasa Spiderman kali ini hanya bergantung kepada suit pemberian Tony Stark sahaja.

#4 Guardians Of The Galaxy Vol. 2

Filem kedua agak mengecewakan berbanding yand pertama. Walaubagaimanapun dari sudut humor, Guardians Of The Galaxy Vol. 2 (GOTG2) lebih menghiburkan. Pengarah James Gunn sekali lagi berjaya mengimbangi aksi dan unsur jenaka dalam filem superhero. Namun dalam masa yang sama Marvel Studios dilihat bergelut untuk meletakkannya setaraf dengan filem pertama. Ingat, tanpa GOTG2, Thor: Ragnarok tidak akan wujud.


#3 Wonder Woman

Buat pertama kalinya filem superhero yang meletakkan wanita sebagai watak utama dan ia dihasilkan dengan cemerlang. Ini menjadikan Wonder Woman sebagai filem DC yang paling berjaya setakat ini. Diarahkan oleh pengarah wanita, Patty Jenkins, filem ini berjaya menzahirkan karakter ikonik itu ke layar perak dan memberikan penghormatan yang selayaknya.

Berkaitan: Fakta Menarik Wonder Woman


Wonder Woman mempunyai jalan cerita mudah difahami, tulus, aksi yang seimbang, selain menyelitkan simbol feminism. Gal Gadot membuktikan beliau adalah pilihan terbaik dengan mempamerkan persembahan yang sempurna sebagai Diana Prince/Wonder Woman. She owns the role!

#2 Thor: Ragnarok 

Siapa sangka pengarah filem bebas seperti Taika Watiti mampu menggarap filem superhero yang berbajet besar. Hasilnya, Thor: Ragnarok menjadi naskah MCU yang paling menghiburkan, penuh aksi dan warna warni.

Filem Superhero Terbaik 2017

Bagi filem ini Thor membuktikan beliau layak bergelar Dewa Petir dan kehebatannya tidak hanya bergantung kepada tukul sakti. Thor: Ragnarok cukup penting dalam dunia MCU kerana ia memberi impak kepada Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

#1 Logan 

Filem terbaik untuk mengakhiri karakter ikonik dan penghormatan terakhir buat Hugh Jackman yang bersara dari menghidupkan watak Wolverine ke layar perak.

Logan layak dinobatkan sebagai file superhero terbaik kerana ia mempunyai matlamat yang jelas. Lakon layar yang kukuh, ganas, no bullshit dan disokong oleh sinematografi yang mengagumkan.
 

Pada saya, diklasifikasikan 'R' (Ristricted) atau Larangan menjadi penyumbang utama kecemerlangan Logan. Selain Deadpool (2016), kita sering dihidangkan dengan filem superhero di bawah klasifikasi PG-13 supaya sesuai untuk tontonan remaja. Logan tidak seperti filem superhero lain yang pernah kita tonton. Disamping padat dengan aksi, babak pertumpahan darah yang ganas, Logan memberikan jiwa dan emosi yang berlainan.

Eh, patut ke tulis entri filem terbaik keseluruhan sepanjang 2017?

Entri sebelum ini - Carian Tertinggi Google Malaysia 2017

Terima kasih kerana membaca Filem Superhero Terbaik 2017

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Whoa! Tunggu dapat tengok kat Astro!!

    ReplyDelete
  2. Semua senarai movie yang mwndapat ranking tertinggi kan

    ReplyDelete
  3. Berminat sgt nak tengok spiderman & thor tu. Kena tunggu keluar kat tv ;)

    ReplyDelete
  4. filem dari marvel sememangnya tidak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
  5. aku nak wait saja di HBO dan FOX Movie karena di tempat aku tak ada pawagan

    ReplyDelete
  6. Semua sudah tonton kecuali Thor: Ragnarok

    ReplyDelete
  7. semua saya tak tengok pun. tak minat sangat filem action

    ReplyDelete
  8. x sempat nak tgk filem.. hukhukk

    ReplyDelete
  9. lepas ni avengers vs justice league lak..tp senarai ni kalau termasuk star wars the last jedi lagi menarik hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top