Sabtu, 9 Disember 2017

10 Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Ini Moisturizer Untuk Kulit Berminyak. Tanggapan muka akan lebih berminyak jika memakai moisturizer atau pelembab adalah tidak benar sama sekali! Moisturizer sangat penting tanpa mengira apa jenis kulit.

Berkaitan: Jangan Percaya Mitos Pengajaan Muka Ini

Kulit menghasilkan minyak semula jadi dari mengelak ia terlalu kering. Walaupun wajah menghasilkan minyak, anda masih memerlukan pelembab untuk mengawal minyak berlebihan demi menjaga tahap kesihatan kulit.


Individu yang mempunyai masalah kulit berminyak pasti buntu dengan masalah ini. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, memakai pelembap itu WAJIB. Jika tidak, ia boleh mendatangkan masalah yang lebih serius seperti jerawat!

 
Apa yang perlu anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis moisturizer di pasaran dan anda perlu memilih produk yang mempunyai kandungan tertentu.


Terdapat 3 jenis moisturizer/pelembab iaitu

- Gel
- Krim
- Losyen

Moisturizer Untuk Kulit Berminyak


Bagi yang mengalami masalah kulit berminyak, anda perlu guna moisturizer jenis gel/water based dan bukannya  krim. Ini kerana jenis gel mempunyai formula kelembapan air yang boleh mengawal penghasilan minyak berlebihan.

Berkaitan: Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Banyak sangat jenama moisturizer yang bagus di pasaran. Saya senaraikan antara produk yang sesuai dengan link pembelian online dengan harga yang berpatutan. 

 

Moisturizer untuk kulit berminyak

1. Hada Labo Hydrating Water Gel

Jenama yang sudah tidak asing lagi dalam arena penjagaan wajah. Kalau anda perhatian mereka yang memiliki kulit flawless, mereka pasti menggunakan salah satu dari produk Hada Labo! 

Pic: iamkarenkho.com

 

Tekstur jenis gel amat membantu kulit berminyak. Tambahan pula kandungan aqua oil volume matrix yang memberikan nutrien terus ke dalam pori. Jadi, ia bukan sahaja boleh mengawal minyak tetapi boleh memperbaiki tona kulit. 



Kandungan lain yang baik untuk kulit adalah seperti aloe vera, vitamin V3, dan  ceramide yang memberikan kesan glowing. 


Harganya agak mahal, tetapi amat berbaloi! Recommended! 

 

Harga: RM21

Beli di sini: https://invol.co/cl30p4s

 

2. Nanowhite Fresh Mattifying Moisturiser

Saya sendiri pernah menggunakan moisturizer ini. Tidak ada sebarang isu mengenainya. Amat ringan, mudah meresap, dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesuai dengan namanya, 'Mattifying', pelembap ini memberikan kesan matte pada kulit saya yang berminyak ini. 




Kandungan utamanya adalah Vitamin C, Tea tree oil, dan Sea Algae. Kulit rasa segar, lembut, dan kurang berminyak. Dalam masa sama tidak terasa kering. 


Oh ya, cuma pelembap ini memiliki bau yang agak kuat. Wangi macam shampoo which I'm not a fan of. 


Harga: RM19

Beli di sini: https://invol.co/cl30p6y

 

BACA JUGA:

+ 12 Moisturizer Untuk Kulit Kering

10 Moisturizer Untuk Kulit Kombinasi

+ Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak


3. Safi Balqis Oxywhite Moisturizing Gel

Pelembap ini juga tidak asing lagi di kalangan pemilik kulit berminyak. Safi merupakan produk tempatan yang amat dipercayai keberkesanannya. Pelembap jenis gel ini mudah meresap dan tidak meninggalkan kesan melekit. 


Selain air, kandungan kedua moisturizer ini adalah niacinamide yang membantu mencerahkan kulit. Tak sangka produk lokal pun ada niacinamide. Niacinamide ini biasanya ade dalam produk mahal seperti The Ordinary, Origins, atau COSRX. 

 

 

Jadi Safi Balqis Oxywhite ini adalah kategori moisturizer untuk mencerahkan wajah.

 


Manakala asid hialuronik  membantu memberi kelembapan berpanjangan, manakala Vitamin B pula boleh memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. 

 

Harga: RM16

Beli di sini: https://invol.co/cl30p9x


4. Neutrogena Oil-Free Moisturizer

Salah satu produk yang menjadi rekomendasi dermatologi. Ia mengekalkan kelembapan semula jadi, selain menjadikan kulit lembut dan licin. 

 

Teksturnya jenis krim cair, namun langsung tidak memberikan kesan berminyak. Tidak menghairankan kerana ia memang dirumus khas untuk kulit berminyak. Ia tidak memiliki fragrance dan tidak akan menyumbatkan liang pori. 


 

Tambahan pula, pelembap ini memiliki SPF 15 yang boleh perlindungan tambahan terhadap sinar matahari. Hah, tapi anda masih perlu pakai sunscreen tau. 

 

Harga: RM20

Beli di sini: https://invol.co/cl30pce

 

5. Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Pelembap muka ini juga banyak disarankan oleh pengguna. Agak mahal, tetapi berbaloi kerana ia bukan sekadar mengawal minyak berlebihan pada wajah, bahkan melembut dan menyegarkan kulit sepanjang hari dek kerana kandungan hyaluronic acid nya. 

 


 

Baru saya faham kenapa produk ini digemari ramai. Ia cukup ringan, cepat meresap, dan boleh juga dijadikan sebagai makeup base.

 

Mudah didapati di drugstore. Untuk lebih jimat, tunggu Watsons/Guardian buat sale. Atau beli sahaja  secara online.  


Harga: RM40.50

Beli di sini: https://bit.ly/3egdyTa


6. AIKEN Tea Tree Oil Moisturizer

Aiken dikenali sebagai moisturizer untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ringan dan water-based. Kandungan tea tree oil ini membantu mencegah dan merawat jerawat secara semula jadi. So, jerawat cepat surut. 


 

Selain itu ia turut membantu mengawal minyak berlebihan pada kulit, ada brigthening ingredients, dan ada UV protection. 

 

Harga: RM11.13

Beli di sini: https://invol.co/cl30mj5


7.  SIMPLE Hydrating Gel Cream

Moisturizer Simple untuk kulit berminyak (botol biru). Dulu dikenali sebagai Simple Oil Balancing Moisturizer. Kini Hydrating Gel Cream. Range yang berwarna biru ini memang diformulasi buat kulit normal - berminyak, kombinasi, dan berjerawat.  



Pelembap ini juga berasaskan air menjadikan ia mudah menyerap, ringan, dan meninggalkan kesan lembut pada kulit. Tambahan pula, ia tidak memiliki fragrance, so amat sesuai dengan pemilik kulit sensitif. 

 


 

Merupakan moisturizer untuk kulit berminyak remaja kerana keberkesanannya dan harganya yang amat berpatutan.


Harga: RM28

Beli di sini: https://invol.co/cl30mk9


8. MUJI Light Moisturizing Milk

Muji memiliki beberapa jenis moisturizer, bagi pemilik kulit berminyak, Light Weight Moisturizer adalah pilihan yang tepat. Menjadi rekomendasi warga net, pelembap ini bertekstur krim cair yang mudah menyerap saat disapu pada kulit. 

 

Pic: ieyrahm.blogspot.com

Sekaligus meninggalkan kesan matte dan baik untuk dijadikan sebagai makeup base. 


Harga: RM18.99

Beli di sini: https://invol.co/cl30mlx


9. LOreal Paris Men Expert White Activ Oil Control Moisturizer

Dipasarkan sebagai moisturizer untuk kulit berminyak lelaki. But that's ridiculus. Kulit tidak mengenal jantina. Tak ade produk yang dirumus khusus untuk jantina. Jika ada pun, ia memiliki fragrance dan design botol yang maskulin. 

 

 

Namun, tidak salah untuk memakainya. Pelembab ini sudah lama berada di pasaran dan cukup popular dikalangan lelaki yang memiliki kulit berminyak. 



Apa yang menarik, ia turut melindungi kulit dari sinaran UV dan dalam masa sama mencerahkan kulit, serta menghilangkan bintik hitam. Hah, lagi bersihlah muka nanti. Ia hadir dalam botol serta tiub.


Harga: RM25.30

Beli di sini: https://invol.co/cl30mma

 

10. Cosmoderm Tea Trea Oil Day & Night Moisturizer

Jenama yang agak terkenal di Malaysia. Sesuai untuk kuli berminyak dan berjerawat. Ini kerana kandungan utama pelembap ini adalah tea tree oil yang membantu merawat jerawat, manakala Vitamin E pula mengekalkan kelembapan semula jadi. 

 

 

Pelembap ini juga membantu pertumbuhan sel kulit agar wajar sentiasa segar dan bersih. Kandungan tambahannya pula adalah SPF 15 untuk menghalang sinaran UV yang boleh menjejaskan kulit. 

 

Harga: RM16

Beli di sini: https://invol.co/cl30mns


Oh ya, Cosmoderm melancarkan product range terbaharu iaitu PERFECT BALANCED SERIES yang memfokuskan kesihatan dan kecantikan kulit dengan bantuan dua kandungan utama iaitu prebiotics & calamine. 



 

Packaging-nya memang mantap! Berwarna pink dan cukup minimal. Love it!

 

Semoga artikel moisturizer untuk kulit berminyak ini dapat membantu menyelesaikan masalah kulit. Kalau ada jenama lain, kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

6 ulasan:

  1. CCL sejenis muka oil skin , terima kasih atas entri ni , sebelum ni CCL pakai moisturerizer cosmodern jenis krim. Sekarang dh pkai serum ok sikit. Tgh mncri FD yg sesuai utk oily skin ni

    BalasPadam
  2. kulit miera jenis yang berminyak. Susah betul nak cari yang sesuai. huhu. thanks for sharing

    BalasPadam
  3. Ada yang kata tak payah.. ada yang kata pakai serum dan pencuci muka.. setiap orang ada ilmu dah tinggal praktikkan je.. kalau tak berkesan guna cara lain. hehe

    BalasPadam
  4. Berguna info ni. saya pernah gak cari apa jenis jenama untuk moisturizer bagi kulit jenis berminyak.. saya sendiri kulit berminyak... teringin try salah satu..

    BalasPadam
  5. dulu saya kulit berminyak, now tak lagi. alhamdulillah

    BalasPadam