Khamis, 21 Disember 2017

Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3

Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3

Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3. Menyusuli Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang bakal berakhir tidak lama lag, saksikan sebuah lagi drama yang bakal menghiasi Slot Akasia berjudul KEKASIH PAKSA RELA.

Drama terbitan Creative Skills Solutions di bawah arahan Idora Abdul Rahman ini tidak diadaptasi dari novel seperti yang sering dihidangkan kepada anda. Naskah Slot Akasia kali ini memaparkan kisah kehidupan berpoligami.

Baca: Carian Tertinggi Google Malaysia 2017

Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar, Kekasih paksa Rela mempertaruhkan gandingan pelakon berpengalaman, Remy Ishak dan pendatang baru, Intan Najuwa. Turut membantu, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emeleda Rosemila, dan Fizz Fairuz.


Drama bersiri 28 episod ini bersiaran mulai 26 Disember 2017, setiap Isnin hinggan Khamis, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis drama Kekasih Paksa Rela

Mengisahkan pasangan suami isteri Adham dan Rosnaida yang bernikah selepas mereka tamat belajar di mana pernikahan mereka ditentang keras oleh bapa Adham. Adham cuba sedaya upaya untuk memulihkan hubungan bapanya dengan Rosnaida namun menemui jalan buntu.

Rosnaida pula sudah tidak tahan dek kerana tersepit di antara suami dan mentuanya, membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Lebih tiga tahun dia di sana, enggan pulang kerana tidak mahu terbeban dengan masalah keluarga lagi.

Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3

Adham setia menanti isterinya bertemu dengan Hanan yang masih mudah dan sedang malanjutkan pelajaran. Dalam masa yang sama Hanan menjaga ayahnya yang sedang sakit.

Hanan pula dilahirkan dari keluarga bermasalah. Di saat ayahnya terlantar di atas katil, ibunya, Suraya, sibuk menjalinkan hubungan sulit dengan Yusman.

Melihat kesempitan hidup Hanan, Adham menawarkan sejumlah wang kepada Suraya dan Yusman kononnya mahu mengambil Hanan bekerja. Hanan dijaga dengan baik dan meneruskan pelajarannya. Bagaimanapun, bagi mengelak fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham.

Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3

Selepas bernikah, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.

OST/Lagu tema: Cherpen Band - Pasti

Entri sebelum ini - Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

Terima kasih kerana membaca - Sinopsis Kekasih Paksa Rela Tv3

11 ulasan:

  1. ada jugak la yang paksa rela ya

    BalasPadam
  2. judulnya menarik sangat memancing orang untuk menonton

    BalasPadam
  3. kalau tak cinta boleh kahwin..


    cuma tak bahagia secara optima.


    realiti sebenarnya pun ada sebegitu

    BalasPadam
  4. lagi kisah cinta tiga segi.

    BalasPadam
  5. Dari sinopsis ni saya rasa cerita ni macam nampak berat tapi bolehlah tonton untuk bersantai bersama keluarga

    BalasPadam
  6. konfirm mencanak naik trafik blog ni dengan artikel begini.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Seperti biasa, memula terpaksa. Kemudian jadi tersuka. Heheh.

    BalasPadam
  9. Adeh....susah saya nak komen sebab saya jarang giler tgk drama tv. Review yg bagus dr kamu. Keep it up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak tengok langsung. update kat blog je

      Padam