Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3

2

Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3


Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3. Dekatkan Jarak Kita yang melabuhkan tirainya semalam, akan disusuli dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru menerusi Slot Seramedi, iaitu KISAH YANG HILANG.

Drama bersiri 20 episod terbitan MIG Production dan Mindorder Sdn Bhd, bakal membuka tirainya pada 26 Disember 2017, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Tv3.

Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3

Mendapat sentuhan pengarah Mohd Azaromi Ghozali, Kisah Yang Hilang dibintangi Izzue Islam dan Eyka Farhana dan turut dibantu oleh Epy Kodiang, Aizat Hassan, Wan Gegau, Fathil Dani, Fathil Dani, Elanie, Adam Shah, dan Tengku Fiella.

Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang Tv3

Mengisahkan Fatah Aqil, seorang penulis novel romantik dan aksi terkenal di mana karyanya dipilih oleh penerbit untuk diangkat menjadi sebuah filem.

Baca: Carian Tertinggi Goole Malaysia 2017

Selepas menghadiri majlis pratonton sebuah filem seram, keinginan Aqil untuk menghasilkan karya seperti itu semakin membuak-buak. Walaubagai manapun, beliau ketandusan idea. Tidak mempunyai  ilham untuk menulis karya hebat, Fatah mula terdesak.

Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3

Beliau kemudian mengembara ke Kampung Sungai Ajal bersama sahabatnya, Baihaqi. Di sana, beliau bertemu Ketua Kampung dan meminta pertolongannya supaya menceritakan kisah seram yang belum pernah diceritakan sebelum ini.

Ketika dalam proses mengumpul kisah seram, Aqil berkenalan dengan beberapa orang penduduk kampung termasuk seorang gadis bernama Suri Bakawali.

Lama-kelamaan, Aqil mula menyedari ada sesuatu yang aneh tentang kampung itu. Bagaikan menyimpan seribu satu rahsia. Aqil mula melakukan siasatannya sendiri dan berdepan dengan perkara yang tidak disangka-sangka.
sumber: BHarian

Entri sebelum ini - Ulasan Filem Bright di Netflix

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3
Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tengok semalam seram komedi ni. Tak larat nak gelak. Hahaaa

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ni.. nnti nak tonton jugalah. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top