Khamis, 28 Disember 2017

Skin Food Black Sugar Mask Review

Skin Food Black Sugar Mask Review

Skin Food Black Sugar Mask Review. Ketika mula-mula saya berminta untuk mencuba produk dari Korea, Skinfood Black Sugar Mask adalah produk pertama yang saya pakai.

Masa tu tengah cari face mask yang turut berfungsi sebagai exfoliator because everyone needs to exfoliate untuk buang sel kulit mati pada wajah. Jenama dari Amerika Syarikat dan Eropah agak pricey.

Terfikir pasal Korean beauty product yang kini menjadi pilihan ramai and I stumbled upon BLACK SUGAR MASK WASH OFF dari Skin Food. Apparently, paling popular dalam rangkaian jenama Skinfood. Malah, item best selling (paling laris) di peruncit kecantikan online seperti Hermo dan Althea.
Saya dah guna Black Sugar Mask ni dalam beberapa bulan. Kalau nak tau apa pendapat saya tentangnya, baca entri ni sampai habis.

Skin Food Black Sugar Mask Review

Black Sugar Mask Was Off

Merupakan masker yang berfungsi sebagai exfoliator untuk mengeluarkan sel kulit mati dan dalam masa yang sama melembut, melicin dan menambahkan seri wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ingredients

Sucrose, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Glycerin, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Lanolin, Caprylic/Capric Triglyceride, Cetyl Ethylhexanoate, Stearalkonium Hectorite, Butyrospermum Parkll (Shea Butter), Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Sorbitan Laurate, BHT, Butylparaben, Fragrance, Caramel.

Berkaitan: Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Cara penggunaan

Selepas mencuci, sapukan pada muka dengan kadar yang sesuai/atau campurkan dengan air. Urut perlahan-lahan dan biarkan kira-kira 10 hingga 15 minit, kemudian bilas. Guna 1 hingga 2 kali seminggu.

Review

Black Sugar Mask Was Off benar-benar berkesan dan melakukan tugas exfoliate. Bahkan, sesudah membasuhnya anda boleh lihat kesan di mana wajah menjadi lembut dan segar. Kesan pencerahan hanya boleh dilihat selepas mencuci tetapi ia hanya sementara. Sebab ni bukan produk pencerah okay.

Skin Food Black Sugar Mask Review

It claims to remove blackheads/whiteheads dan jerawat as well. Yeah, I can see the difference. Tapi tak banyak.

Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit. I have oily skin, so mask ini TIDAK memberikan kesan negatif seperti menghasilkan minyak berlebihan. 
 
Dah nama pun Black Sugar, jadi tekstur mask ni adalah gula (macam brown sugar). Ia tidak terlalu kasar. So far takde iritasi atau pedih. Just smooth and soothing.

Pros

Exfoliate dengan effektif.
Melembut dan melicinkan muka.
Berbau wangi, segar, dan menenangkan.
Sesuai untuk kulit berminyak.

Cons

A bit pricey kalau nak dibandingkan dengan bekasnya yang kecil.
It would be better kalau ia hadir dengan spatula for hygiene purposes.

Berkaitan: Pengalaman Beli Barang di HERMO

Skin Food Black Sugar Mask Review

Harga / Kat mana nak beli?

Well, harga Skin Food Black Mask Sugar ni sekitar RM23. Saya cadangkan beli di outlet sah sekitar KL (I'm not too sure kat mana) sebab takde di drugstore seperti Watsons. Saya beli secara online melalui pengedar sah untuk memastikan ia 100% original. Saya tinggalkan direct link di bawah untuk anda bandingkan harga.

- Lazada
- Hermo
- Althea

*This is NOT a sponsored post*

Entri sebelum ini - Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3

Terima kasih kerana membaca Skin Food Black Sugar Mask Review

5 ulasan:

  1. saya pikir makanan tadi ternyata makanan untuk kulit produk menarik untuk kecantikan

    BalasPadam
  2. penjagaan kulit pentingkan, terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  3. sebelum baca habis rasa macam makanan

    bila dah baca rupa-rupanya kosmetik..

    terbaik la

    BalasPadam
  4. Terbaik la produk ni.. packaging pun unik.. sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti saya

    BalasPadam
  5. nice sharing..Miera pun belum pernah cuba exfoliate mask sebab takut nanti kulit pedih2.. huhu.. Tapi kalau review kata ok, should try. why not kan.. thanks

    BalasPadam