Isnin, 25 Disember 2017

Ulasan Filem Bright di Netflix

Ulasan Filem Bright di Netflix

Ulasan Filem Bright di Netflix. Saya cuba untuk tidak berpandangan skeptikal terhadap Bright dek kerana ia diarahkan oleh David Ayer. Kegagalan filem arahannya, Suicide Squad, tahun lalu menyebabkan ramai mula meragui Ayer walaupun ia masih dalam pembikinan.

Mana tidaknya, Suicide Squad yang dicanang memberi kelainan dalam industri perfileman tersasar jauh dari landasan. Saya fikir mungkin kita tidak patut menghakimi Bright terlalu awal dan memberi Ayer peluang kedua. Tambahan pula, portfolio seni Ayer sebagai pengarah tidaklah seteruk mana.


Malangnya, Bright yang disiarkan di aliran penstriman video Netflix, turut menerima nasib sama dan dikritik hebat sehingga mendapat ulasan negatif sebahagian besar pengkritik dan penonton.

Berkaitan: Filem Superhero Terbaik 2017 

Bright mengisahkan dunia yang didiami tiga bangsa iaitu manusia, Elf, dan Orc. Peperangan pada 2,000 tahun lalu menyebabkan golongan ini sehaluan. Dua pegawai polis, Scott Ward dan Nick Jakoby satu-satunya pegawai yang dilantik dari bangsa Orc perlu ditugaskan membuat rondaan malam.

Ulasan Filem Bright di Netflix

Tidak sehaluan kerana Orc adalah golongan kelas bawahan dan Ward masih meragui Jakoby atas insiden yang pernah berlaku sebelum ini. Walaubagai manapun, mereka terpaksa berkerjasama untuk melindungi Elf dari musuh yang boleh musnahkan dunia.

Bright
Pengarah: David Ayer
Genre: Thriller, fantasy
Pelakon: Will Smith, Joel Edgerton, Noomi Rapace, Lucy Fry, Edgar Ramirez

Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler. 

Ulasan Filem Bright di Netflix

Untuk pengetahuan, Bright adalah filem blockbuster pertama yang mengeluarkan bajet USD90 juta, ramai yang menjangkakan ia bakal memberikan santapan berbeza buat penonton. Malangnya, serba-serbi tidak kena dengan filem yang mula ditayangkan pada 22 Disember ini.

Saya tidak menghakimi idea menggabungkan bangsa Orc dan Elf dalam dunia manusia kerana ini adalah filem fiksyen. Cerita rekaan dalam genre fantasi khususnya mempunyai lesen besar dalam mengolah jalan cerita di luar imaginasi.


Filem yang mengetengahkan dua orang polis berkerjasama membanteras jenayah yang tidak sehaluan sudah banyak dihasilkan. Biarpun Bright menyelitkan unsur fantasi, dan meletakkan Will Smith sebagai tunjang utama tidak berupaya menyelamatkannya.

Kelemahan utama Bright terletak pada lakon layar, cerita, dan skripnya. Latar belakang juga tidak kukuh sehingga gagal memberikan kesan jangka masa panjang buat penonton. Malah, setiap babak diisi dengan dialog picisan yang kononnya ingin membuatkan audiens ketawa.

Jika anda seorang pemerhati dan penggemar filem, Bright hanya mengitar semula plot dan aksi yang pernah dipersembahkan sebelum ini.

Ulasan Filem Bright di Netflix

Mesej yang ingin disampaikan cukup jelas iaitu budaya rasis, perkauman, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakadilan masyarakat masih wujud. Tetapi ia hanya sebuah filem di mana protagonis dihentam bertubi-tubi dan adegan kejar-mengejar yang tidak berkesudahan.

Menyentuh soal lakonan pula, Will Smith berperanan sebagai Will Smith. Tiada yang istimewanya pada lakonan beliau kali ini. Berperwatakan angkuh, lawak sarkastik, tetapi mempunyai naluri kebapaan yang kuat apabila bila menyentuh tentang anak perempuannya. Smith membawakan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini.


Namun, terima kasih kepada jabatan kesan khas, makeup, dan sinematografi yang sekurang-kurangnya menjadikan Bright sedap dipandang. Runut bunyi juga lebih baik dari jalan ceritanya.

Hampir dua jam menontonya, saya simpulkan bahawa tiada pembaharuan dari segi konsep cerita mahupun watak yang tampilkan. It is "been there, done that" kind of movie. Bright adalah karya yang bercita-cita besar tetapi gagal. Ini sekaligus mencemarkan nama baik Netflix yang saban tahun menerbitkan konten original yang berkualiti.

#NKMovieRating
Bright
5/10

Entri sebelum ini - Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUS

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Bright di Netflix

9 ulasan:

  1. amazing idea selama ini di Lord OF the Ring Orc adalah makhluk rendahan yang tidak bisa bersosialisasi sekarang digabungkan kedalamkehidupan manusia, menarik

    BalasPadam
  2. bila berumur , watak kebapaan pasti ada...kang bercinta awek je, x syoik plak...

    BalasPadam
  3. bila ada watak makhluk asing, x berapa ramai yang gemar termasuk saya

    BalasPadam
  4. sayang cerita ini.. ada will smith dah bestt tapi cerita macam ada something yang kurang....pilih lokasi macam tak best dan tempat yang sama je.. mgkin bajet kurang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bajet 90 juta.. paling besar dalam sejarah penerbitan original content Netflix.. haha

      Padam
  5. Bajet besar tapi sayang klu ceritanya kurang menarik.. tp klu bab makhluk asing dan will smith, kepala ni dah melekat image dia utk MIB..

    BalasPadam
  6. memandangkan pengarah sama dengan suicide squad..rating dia mungkin akan naik kerana filem tersebut hehe..

    BalasPadam
  7. Terima kasih sharing. Macam menarik pula filem ni. InsyaAllah jika berkelapangan, saya akan tonton. Sebab sudah kecewa dengan pengarahnya selepas tengok filem suicide squad.

    BalasPadam