1 Januari 2018

10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom


10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom


10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom. Tahun 2017 merupakan tahun yang cemerlang buat industri perfileman. Sebagai peminat dan pemerhati filem, saya rasa sudah lama kita tidak disajikan dengan naskah berkualiti seperti tahun ini.

Lebih membanggakan, filem yang tidak ditayangkan dilayar perak tetapi disiarkan melalui aliran penstriman seperti Netflix dan Amazon turut menghasilkan filem berkualiti dan layak diberikan penghargaan.

2017 juga merupakan tahun di mana terdapat filem yang membahagikan audiens seperti Star Wars: The Last Jedi, Dunkirk dan Mother! Ada yang mengatakan kedua-duanya merupakan karya agung dan ada pula yang berpendapat filem paling teruk pernah dihasilkan. Which makes me very happy.

So, as a film geek saya dengan senang hati nak senaraikan filem terbaik sepanjang 2017 pilihan peribadi mengikut urutan. Filem-filem ini dinilai secara telus, tanpa diskriminasi, dan tidak mengira genre.

Sebelum itu saya nak senaraikan beberapa filem yang tidak kurang hebatnya, tetapi tidak tersenarai dalam TOP 10:

Get Out, Justice League, Baby Driver, Call Me By Your Name, Geralds Game, I Tonya, IT, dan A Ghost Story.

10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom

#10  BLADE RUNNER 2049

Steven Spielberg, Martin Scorsese, Sir Ridley Scott, David Fincer, dan kini Denis Villeneuve. Villeneuve yang sebelum ini mengarahkan Arival dan Sicario berjaya meletakkan namanya sebaris dengan nama-nama besar sebagai one of the best in our generation.


Biarpun ini merupakan sekuel kepada filem asal yang diterbitkan 35 tahun lalu, Blade Runner 2049 mampu berdiri di atas kakinya sendiri. Berdurasi 2 jam 44 minit, ia cukup sempurna dalam acuan sains fiksyen. Lakonan mantap Harrison Ford, Ryan Gosling, ditambah sinematografi memukau oleh Roger Deakins dan jalan ceritanya yang menarik, menjadikan Blade Runner 2019 cukup cemerlang.

Rating 8.5/10

#9 ALL THE MONEY IN THE WORLD

All The Money In The World (ATMITW) telah melepaskan trailer di Youtube hanya menunggu masa untuk ditayangkan. Arahan sutradara tersohor, Sir Ridley Scott, yang diangkat dari kisah benar ini berdepan dengan kontroversi. Pelakon asal Kevin Spacey yang memainkan watak Jean Paul Getty, terpalit dengan kontroversi melakukan gangguan seksual. Spacey kemudian diban atas kelakuannya.


Enggan melihat filem ini menerima tempias sama, pihak produksi dan Scott mengambil langkah menggantikan Spacey dengan Christopher Plummer. Plummer melakonkan kembali kesemua babak yang melibatkan Spacey hanya dalam masa 10 hari.

ATMITW dihiasi persembahan memukau dari Plummer, Michelle Williams, dan Mark Wahlberg. They gave an Oscar-worthy performances dan antara filem terbaik arahan Scott. Kalau korang ada masa, tengok filem ni.

Rating 8.5/10 

#8 THE BIG SICK

Biarpun tidak ditayangkan di layar perak dan hanya menelan belanja sebanyak  USD5 juta, The Big Sick adalah sebuah naskah santai yang akan dikenang. Kumail Nanjiani berperanan sebagai penerbit, penulis dan pelakon utama. Menariknya, Kumail melakonkan watak sebagai dirinya sendiri berdasarkan kisah benar yang dialaminya bersama isteri sewaktu awal perkenalan mereka.

10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom

The Big Sick mengisahkan Kumail seorang warga Pakistan yang jatuh cinta dengan Emily, rakyat Amerika Syarikat. Disebabkan perbezaan agama dan budaya, hubungan mereka putus di tengah jalan. Emily kemudian jatuh sakit dan koma. Di hospital, Kumail menjalinkan ikatan kekeluargaan dengan ibu bapa Emily.


Pada saya filem ini mempunyai penuh dengan nilai kemanusiaan, charming, dan diisi dengan lawak bersahaja. Best comedy I've seen since Trainwreck (2015). Jalan cerita macam drama Melayu? Trust me this is 100% better!!! 

Rating: 8.5/10


#7 MOLLY'S GAME

Sebuah lagi filem biopik yang diangkat dari kisah benar yang mengisahkan Molly Bloom, atlet Olimpik dan bekas juara luncur ais. Hidup Molly berubah secara total selepas mengalami kecederaan dan mengalih perhatian kepada perjudian poker bawah tanah kemudiannya terlibat dalam jenayah terancang.

Ini merupakan filem Aaron Sorkin yang pertama, dan beliau telah melakukan tugas yang membanggakan. Molly's Game berjaya menarik perhatian penonton dari awal hingga akhir filem with different energy dalam masa yang sama, menghiburkan. Jessica Chastain sekali lagi memberikan lakonan memukau.

Rating: 8.5/10

#6 WIND RIVER

Diarahkan oleh Taylor Sheridan yang sebelum ini menulis lakon layar bagi Sicario (my personal favorite) dan Hell Or High Water. Sheridan mempunyai gayanya tersendiri.

Jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Apa yang saya perhatikan based on filem Sheridan sebelum ini, beliau bijak dalam menghasilkan naskah yang memberikan kesan mendalam. Melalui Wind River, walaupun ia bergenre drama/jenayah, ia turut menyelitkan isu di mana suku kaum Indian Amerika Syarikat masih lagi dipinggirkan.

10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom

Malah Jeremy Renner yang sebelum ini dibayangi watak Hawkeye dalam Avengers, memberikan persembahan terbaik sepanjang kerjayanya.

Rating: 9/10

#5 WONDER WOMAN

Say whatever you want because Wonder Woman deserves to be on my list!  Wonder Woman bagaikan membuka mata banyak pihak yang DC sebenarnya mampu menghasilkan filem berkualiti. Diarahkan oleh Patty Jenkins, wanita pertama yang mengarahkan filem superhero, Jenkins berjaya meletakkan karakter ikonik ini ditempat yang selayaknya.


Wonder Woman mempunyai jalan cerita mudah difahami, tulus, aksi yang seimbang, selain menyelitkan simbol feminism.

Rating: 10/10

#4 LADY BIRD

Lady Bird mengingatkan saya pada filem tahun lalu iaitu Manchester By The Sea, yang mana sebagai audiens anda tidak berasa seperti menonton sebuah cerita rekaan. Segalanya nampak realistik. Hasil kerja pertama Greta Gerwig sebagai pengarah wajar diberi pujian. Dibintangi oleh Saoirse Ronan, Lady Bird mengisahkan pahit manis Christine yang sedang mengalami peralihan fasa remaja yang suka memberontak.


Lady Bird mencatat rekod di mana filem ini mendapat markah 100% pada laman Rotten Tomatoes selepas direview 200 pengkritik profesional.

For me, this film is really that good! Go see it.

Rating 10/10

#3 LOGAN

I'm not a sucker for superhero movies, I just love great movies. Seperti yang saya sebut dalam entri Filem Superhero Terbaik 2017, Logan mempunyai matlamat yang jelas. Lakon layar yang kukuh, ganas, no bullshit dan disokong oleh sinematografi yang mengagumkan.

10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom

Inilah kualiti filem superhero yang sepatutnya dihidangkan kepada penonton. Malangnya kita dihalang oleh klasifikasi PG13. Anyways, Disamping padat dengan aksi, babak pertumpahan darah yang ganas, Logan memberikan jiwa dan emosi yang berlainan. Sebuah penutup yang cemerlang buat watak Wolverine.

#2 DUNKIRK

Sebuah lagi karya agung dari Christopher Nolan. Namun kali ini ia tidak memerlukan penonton berfikir di luar kotak. Diangkat dari kisah benar Perang Dunia Kedua, Dunkirk bukan seperti filem perang yang pernah kita tonton.

Baca: Fakta Menarik Filem Dunkirk

Saya faham kenapa ramai yang tidak suka Dunkirk. Mungkin kerana ia sebuah filem perang tetapi seorang askar German pun tidak muncul pada skrin. You should know that Dunkirk is about EVACUATION bukannya INVASION. Nolan menggarap filem ini betul-betul pada momen misi penghantaran pulang Askar Bersekutu.

Hebatnya Dunkirk terletak pada unsur intensiti dari awal hingga ke akhir filem. Malah, dirakam menggunakan filem 70mm ini memberikan pengalaman berbeza sewaktu menontonya.


Penceritaan Nolan melalui 3 point-of-view berbeza cukup mengagumkan. Ditambah dengan skor cemerlang Hans Zimmer yang melatari setiap babak. Pada saya skor Zimmer adalah watak utama Dunkirk.

Rating: 10/10

#1 MOTHER!

I would never stop talking about this movie. Filem arahan Darren Aronofski ini merupakan sesuatu yang belum pernah dibikinkan dalam sejarah perfileman. Mother! sebuah naskah yang sarat dengan metafora. Anda boleh baca review penuh di sini > Ulasan Filem Mother!

Apa yang membuatkan saya benar-benar obses akan filem ini adalah kerana ia original, lain dari yang lain, persembahan pelakon yang memukau, dan Mother! memberikan pengalaman berbeza sewaktu menontonnya.

Tiada satu pun momen membosankan. Setiap babak diisi dengan penceritaan yang membawa penonton ke babak seterusnya. Hinggalah audiens faham kenapa tajuk filem ini mempunyai tanda seru. 


Saya tidak menafikan yang Mother adalah filem paling f***ed up dan keterlaluan. Tapi itulah yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah filem. And I loved it! Dengan segala kegilaan yang dihidangkan Aronofski, Mother! adalah filem nombor satu saya.

Nak buat senarai 10 Filem Terburuk Sepanjang 2017, tapi takut nanti penuh dengan carutan yang tak berkesudahan. Bye!

Entri sebelum ini - Skin Food Black Sugar Mask Review

Terima kasih kerana membaca 10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom

13 ulasan:

  1. memang banyak cite aku tak tengok lagi ni.

    sibuk gila sekarang ni.

    BalasPadam
  2. dalam list ade yang belum tgk lagi..dunkirk memang rare...justice league tak tersenarai nampaknya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa plak pasal justice league. ok, dah edit.

      Padam
  3. wah.. semua dalam list ni tak penah tengok.. T_T
    tahun 2017 ada tengok Pirates 5 je..

    BalasPadam
  4. aku baru lihat film logan yang lain belum

    BalasPadam
  5. Kagumnya dengan review movie Nik Khazami ni! Memang pro bab movies. Heheh... Good info and review especially yang dapat rating 10. Saya tunggu movie2 ni masuk Astro, nanti nak tengok jugak. Haha

    BalasPadam
  6. Aiseyman...dalam 10 movies ni, xdak satu pun yg saya tgk. Nmpk sgt saya ketinggalan byk movies yg best. Bagus Nik berpeluang utk melayaninya.

    BalasPadam
  7. byk gak movie yang bukan dalam list aku nak tgk.haha

    BalasPadam
  8. banyak juga movie yang aku tengok lagi.. kalo movie terkenal macam wonder woman ngan dunkirk tu dah tengok...mother! no 1? pergh!.. aku dah tengok walaupun lain daripada lain tapi mcam membosankan.. tetiba je orang lain masuk sesuka hati... boleh gila aku tengok movie ni. hahah

    BalasPadam
  9. bnyk lagi senarai diatas yg busyra belum tngok.. nnti nk tngok lah. hehe

    BalasPadam
  10. wahhh macam best-best je movie kat atas tu...wajib tengok ni nampaknya.

    BalasPadam