Gerhana Super Blue Blood-Moon 31 Januari 2018

9
Gerhana Super Blue Blood-Moon 31 Januari 2018

Gerhana Super Blue Blood-Moon 31 Januari 2018. Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana Super Blue-Blood Moon pada 31 Januari ini, di mana kali terakhir gerhana ini berlaku pada 1866 iaitu 152 tahun lalu.

Fenomena ini diramalkan berlaku bermula dengan gerhana bulan penuh pada 7.48pm hingga 11.11. Manakala fasa gerhana penuh pula akan bermula kira-kira 8.51 malam sehingga ke kemuncak pada pukul 9.29 malam dan akan tamat kira-kira 10.07 malam

Baca juga: Cuti Hujung Minggu Panjang 2018

Apa itu gerhana Super Blue Blood-Moon?

Menurut kenyataan Planetarium Negara, fenomena Super Blue Blood-Moon adalah gabungan antara gerhana Supermoon, Bluemoon, dan Bloodmoon.
  • Supermoon: Kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami  fasa penuh menyebabkan saiz bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa
  • Bluemoon: Fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan  penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018.
  • Bloodmoon: Warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi.
Gerhana Super Blue Blood-Moon 31 Januari 2018
Ini bermakna kita bakal melihat TIGA gerhara berlaku dalam satu hari, dan Malaysia adalah salah satu negara yang dapat melihatnya selain rantau Asia, Timur Eropah, Timur Afrika, Australia, dan Amerika Utara.

Gerhana Super Blue Blood-Moon 31 Januari 2018

Antara lokasi terbaik untuk menyaksikan fenomena yang hanya boleh dilihat sekali dalam seumur hidup ini adalah kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya, kawasan puncak bukit, tanah tinggi, di atas bangunan tinggi atau mana-mana kedudukan yang tiada halangan pandangan ke arah ufuk dan langit di sebelah timur. (Sekiranya cuaca mengizinkan)

Berikut adalah lokasi cerapan gerhana Super Blue Blood-Moon Malaysia:

- Planetarium Negara
- Observatori Negara Langkawi, Kedah
- Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan
- Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor
- Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka
- Pantai Tok Jembal, Terengganu
- Menara Tun Mustapha, Sabah
- Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan


Entri sebelum ini - HyppTv Tukar kepada Unifi Tv

Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. bagi penganut tegar islam sepatutnya Shalat Sunnah bila terjadi semacam ini

    ReplyDelete
  2. wah, pantai tok jembal.kampung suami tu...152 tahun? fuh lama nya.. hebat nya kebesaran Allah

    ReplyDelete
  3. Wah. Fonema yang jarang berlaku. 152 tahun lama tu jarak untuk melihatnya kembali. Pasti ramai yang menanti. Hebatnya kuasa Allah kita diberi peluang untuk melihat jika dengan IZIN-NYA.

    ReplyDelete
  4. menariknya info ni tq sis..macam citer smurf pulak once in a blue moon

    ReplyDelete
  5. indahnya ciptaanNYA. kuasa Allah.. suka sngt tengok apa yang Allah jadikan. macam langit, tumbuhan. rasa tenang. :)

    ReplyDelete
  6. Best ni..nak kena standy tarikh ni untuk tengok

    ReplyDelete
  7. ya..teringin juga nak tengok ini..

    mudah-mudahan ada kesempatan nanti.

    in shaa Allah

    ReplyDelete
  8. bagus nie.

    ada peluang boleh tengok nanti

    ReplyDelete
  9. Harap-harap langit tak mendung atau hujan.. Ada rezeki untuk lihat gerhana bulan ni :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top