17 Januari 2018

HyppTv Tukar Kepada Unifi Tv

HyppTv Tukar Kepada Unifi Tv

HyppTv Tukar Kepada Unifi Tv. Perkhidmatan televisyen berasaskan internet, HyppTv, di bawah kendalian Telekom Malaysia (TM) kini dikenali sebagai Unifi Tv bermula Januari 2018.

Pertukaran nama dari HyppTv kepada Unifi Tv ini merupakan salah satu daripada langkah penjenamaan semula TM yang ingin mengunakan jenama Unifi sebagai perkhidmatan umum bermula 12 Jan 2018.

HyppTv Tukar Kepada Unifi Tv

Demi memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan ketika menonton rancangan kegemaran, TM komited melakukan perubahan terhada perkhidmatan yang mula diperkenalkan pada 2010 ini. Terdahulu TM turut menukar pelan jalur lebar tanpa wayar, Webe kepada Unifi. 

Berkaitan: Webe Tukar kepada Unifi


Penjenamaan semua turut melibatkan HyppTv Everywhere yang membolehkan pelanggan menonton rancangan kegemaran menerusi telefon pintar/tablet juga ditukarkan kepada Unifi Play Tv.

HyppTv Tukar Kepada Unifi Tv

Menurut laman web Unifi, kandungan yang bakal dinikmati pelanggan adalah sama seperti sebelumnya.

Harga pakej masih sama 

Malah pelanggan tidak perlu risau kerana harga pakej langganan masih sama iaitu Jumbo Pack (RM60) dan pakej lain seperti Aneka Pack, Ruby Pack, Varnam Pack, dan Sports Pack masing-masing berharga RM30 sebulan.

Set-top box sedia ada juga boleh digunakan seperti biasa tanpa perlu mengubah apa-apa tetapan.

Kemas kini ini telah dibuat secara automatik sejak 12 Januari lagi. Bagi pelanggan dan anda sudah boleh lihat perubahannya di mana tiada lagi HyppTv pada paparan utama.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://unifi.com.my/tv/

Entri sebelum ini - Jadual Liga Super Kelantan 2018

Terima kasih kerana membaca HyppTv Tukar Kepada Unifi Tv

4 ulasan:

  1. dah lama nak tukar hyyp ni..tapi suami setia snagat dengan astero

    BalasPadam
  2. busyra baru tau lebih detail lepas baca info sis. hehe. sbelum ni just tau mcm tu ja.

    BalasPadam
  3. i c..dah tukar namanya. kami baru je tamatkan perkhidmatan unifi. bulanan agak tinggi lagipun jarang guna.

    BalasPadam
  4. dah tak pakai dah Streamyx..haha..hypptv pun dulu tak tengok pun walau dapat free, sebab takde yang best pun

    BalasPadam