Senarai Filem Menarik 2018

24
Senarai Filem Menarik 2018

Senarai Filem Menarik 2018. Sebelum intai movie apa best untuk tahun ini, baik anda baca dulu entri 10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom. Mana tahu ada filem yang masih belum anda tengok. Yang nombor satu tu kontroversi sikit.

Just so you know, filem best dan berkualiti selalunya akan hadir pada hujung tahun. Sebab November hingga Disember dikatakan 'Oscar friendly' month di mana kebanyakan filem yang ditayangkan pada waktu itu meletakkan sasaran untuk memenangi anugerah Oscar.

Anyways, filem yang kebiasaannya menjadi tumpuan adalah francais dan superhero. Tahun 2018 jugak bakal menyaksikan lambakan filem dari kategori itu seperti Deadpool 2, Solo: A Star Wars Story, Avengers: Infinity War, The Nun, dan banyak lagi.

Sebagai penggemar dan pemerhati filem, saya cukup teruja akan apa yang bakal kita tonton tahun ini. Berikut merupakan beberapa filem best yang bakal ditayangkan sepanjang 2018.

Senarai Filem Menarik Sepanjang 2018

--Januari--

Insidious: The Last Key
Filem keempat dalam francais Insidious dan prekuel yang kedua berturut-turut. Masih lagi diterbitkan oleh James Wan, the man behind Insidious and The Conjuring franchise. Jika anda mengikuti filem seram ini dari awal, wajib tonton The Last Key.

Pengarah: Adam Robitel | Pelakon: Lin Shaye, Leigh Whannell, Angus Sampson, Spencer Locke.

The Commuter
Kalau nak tengok Liam Neeson sekali lagi menjadi penyelamat, saksikan The Commuter yang mengisahkan Michael yang menerima panggilan misteri yang memaksa dirinya terperangkap dalam jenayah yang boleh mengancam nyawa penumpang komuter.

Pengarah: Jaume Collet-Serra | Pelakon: Liam Neeson, Vera Farmiga, Patrick Wilson, Sam Neil.

Den of Thieves 
Dah lama tak tengok Gerald Butler membintangi filem berkualiti. Filemnya sejak akhir akhir ini cukup mengecewakan seperti Gods Of Egypt dan Geostorm. Mengisahkan pasukan elit Jabatan Polis Los Angeles menumpaskan kumpulan perompak profesional dalam cubaan merompak sebuah bank.

Pengarah: Christian Gudegast | Pelakon: Gerald Butler, 50 Cent, O'Shea Jackson Jr.

Beirut
Seorang diplomat Amerika Syarikat melarikan diri ke Lubnan selepas tragedi menimpa keluarganya. 10 Tahun meudia, dia direkrut oleh CIA untuk sebuah misi rahsia.

Pengarah: Brad Anderson | Pelakon: Jon Hamm, Rosamund Pike, Shea Whigham


12 Strong
Diadaptasi dari novel Horse Soldiers, 12 mengisahkan sejurus selepas tragedi 11 September, sekumpulan Pasukan Khas dihantar ke Afghanistan untuk menyelesaikan tugas bahaya dalam berdepan Taliban dan Al-Qaeda. Minat filem perang? Wajib tonton 12 Strong.
  
Pengarah: Nicolai Fuglsig | Pelakon: Chris Hemsworth, Elsa Pataky, Michael Penna, Michael Shannon.

Maze Runner: Death Cure
Pengakhiran kepada siri Maze Runner. I have read the books, all of them. Francais ini sudah hilang sengat setelah filem kedua gagal menambat hati penonton. Tambah pula, tarikh tayangan Death Cure dianjak dari tarikh asal berikutan pelakon utamanya terlibat dalam kemalangan di set penggambaran.

Harap-harap filem terakhir dapat mengubat kekecewaan peminat. Cukup sayang kerana novelnya cukup bagus. Saya pernah review siri The Maze Runner Runner. Boleh baca di >> SINI.

Pengarah: Wes Ball | Pelakon: Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster

--Februari--

Winchester
Selepas ahli keluarganya mati secara mengejut, Sarah Winchester dihantui roh jahat dan membina sebuah rumah untuk memenjara syaitan dari menghantui orang ramai.

Senarai Filem Menarik 2018

Saya tidak pasti apa kaitan filem ini dengan siri popular Supernatural kerana kedua-dua nama keluarga watak utama dan genre adalah sama.

Pengarah: Michael Spierig, Peter Spierig | Pelakon: Helen Mirren, Jason Clarke, Sarah Snook.

Peter Rabbit
Sebuah filem animasi yang diadaptasi dari buku kanak-kanak popular yang berkisarkan arnab bernama Peter Rabbit bertengkar dengan Mr.McGregor untuk mendapatkan perhatian jiran mereka, seorang pencinta haiwan.

Pengarah: Michael Spierig, Peter Spierig | Pelakon: Rose Byrne, James Corden, Margot Robbie, Daisy Ridley, Domnhall Gleeson. 

The 15:17 to Paris
Saya cukup teruja untuk menonton filem ini kerana ia sebuah lagi karya arahan lagenda, Clint Eastwood. Filem arahan Eastwood tidak pernah mengecewakan seperti Million Dollar Baby, Changeling, dan American Sniper. Bagi The 15:17 to Paris, filem yang diangkat dari kisah benar ini mengisahkan tiga orang sahabat yang menaiki kereta api menuju ke Paris berjaya menyekat pengganas dari meletupkan keretapi yang dipenuhi penumpang.


Menariknya filem ini dilakonkan sendiri oleh tiga orang wira sebenar. Tengok trailer pun dah meremang.

Pengarah: Clint Eastwood | Pelakon: Anthony Sadler, Alek Skarlatos, Spencer Stone.

Black Panther
Sebuah lagi filem superhero dari komik Marvel. Selepas insiden yang berlaku dalam Captain America: Civil War, T'Challa pulang ke negara asalnya, Wakanda. Beliau perlu berdepan dengan musuh lama kerana keselamatan Wakanda kini terancam.

Melalu filem ini, Marvel Studio berkemungkinan memberi bayangan di mana lokasi batu Inifinity Stones yang terakhir iaitu Soul Stone.

  
Pengarah: Ryan Coogler | Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Daniel Kaluuya, Lupita Nyong'o. 

Annihilation
Selepas menonton trailer filem ini, Annihilation bagaikan gabungan Avatar dan Arrival iaitu penemuan lokasi dan spesis baharu, berinteraksi dengan alien, dan diterajui pelakon wanita. 

Turur diadaptasi dari novel terkenal, Annihilation dibintangi pelakon ternama dan dilihat bercita-cita besar. 


Pengarah: Alex Garland | Pelakon: Natalie Portman, Jennifer Jason Leigh, Gina Rodrigez, Oscar Isaac. 

--Mac--

Red Sparrow 
Mengisahkan pengintip Rusia, Dominika Egorova, yang perlu mendedahkan identiti ejen CIA. Melalui trailer yang didedahkan beberapa hari lalu, plot Red Sparrow mempunyai persamaan dengan latar belakang watak Black Widow (Avengers).

But I have faith in Francis Lawrence kerana beliau berjaya menterjemah 3 filem The Hunger Games dengan cemerlang.

Senarai Filem Menarik 2018

Pengarah: Francis Lawrence | Pelakon: Jennifer Lawrence, Joel Edgerton, Jeremy Irons.

A Wrinkle In Time
Mengisahkan pengembaraan Meg, Charles dan Calvin ke planet baharu ditemani tiga makhluk misteri. This movie looks fun. Lagi pun Disney tidak pernah gagal dalam menerbitkan filem bergenre seumpama ini.

Pengarah: Ava DuVernay | Pelakon: Oprah Winfrey, Reese Witherspoon, Chris Pine, Zack Galifianakis

Tomb Raider
Hollywood cukup gemar membikin karya reboot dan kali ini francais Tomb Raider pula diberi nafas baru. Kali ini filem yang diadaptasi dari permainan video diterajui pemenang anugerah Oscar, Alicia Vikander sebagai Lara Croft. Berpandukan trailernya, I dont think this movie is going to do well. So unnecessary. 

Pengarah: Roar Uthaug | Pelakon: Alicia Vikander, Kristin Scott Thomas, Dominic West


Sherlock Gnomes
Filem animasi arahan John Stevenson, yang pernah mengarahkan Kung Fu Panda. Berkisarkan detektif Sherlock Gnomes merngkai misteri kehilangan ratusan gnome di Kota London. 

Pengarah: John Stevenson | Pelakon: Johnny Depp, James McAvoy, Emily Blunt, Chiwetel Ejiofor.

Isle Of Dogs
Saya cukup gemar dengan filem animasi stop-motion dan kali ini penonton dihidangkan dengan Isle Of Dogs. Suara watak-watak dalam filem ini disumbangkan oleh barisan pelakon terkemuka.

Pengarah: Wes Anderson | Pelakon: Scarlett Johanson, Bill Murray, Bryan Cranston, Tilda Swinton.

Ready Player One
Diarahkan oleh Steven Spielberg, Ready Player One berlatarkan permainan video maya realiti Oasis yang mencabar pemain mencari easter-egg yang tersembunyi.  

Pengarah: Steven Spielberg | Pelakon: Tye Sheridan, Simon Pegg, T.J Miller.

--April--

A Quite Place 
Filem yang buat pertama kalinya menggandingkan pasangan suami isteri John Krasinski dan Emily Blunt. Sebuah keluarga hanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat kerana sebarang bunyi yang dihasilkan boleh menyebabkan mereka diserang entiti yang tidak diketahui.  
 

Pengarah: John Krasinski | Pelakon: John Krasinski, Emily Blunt, Noah Jupe.



New Mutants
Minat dengan siri X-Men? Nah, ini sebuah lagi karya yang diadaptasi dari komik Marvel. Berkisarkan lima remaja yang mempunyai kebolehan luar biasa terpaksa melarikan diri dari kerajaandan dihantui kesilapan masa lampau.

Pengarah: Josh Boone | Pelakon: Maisie Williams, Charlie Heaton, Anya Taylor-Joy.

Rampage Diterajui pelakon kegemaran ramai, Dwayne Johnson. Rampage mengisahkan kesilapan yang berlaku sewaktu ujikaji menyebabkan beberapa ekor haiwan menjadi besar, bertukar ganas dan memusnahkan bandar.   


Pengarah: Brad Peyton | Pelakon: Dwayne Johnson, Jeffrey Dean Morgan, Joe Manganiello.I am really exited for this one

Tully

Charlize Theron sekali lagi melakukan transformasi fizikal untuk menjayakan watak dan kali ini untuk filem Tully. Beliau sekali lagi berkerjasama dengan pengarah Jason Reitman yang mengarahkan Young Adult, which was reallly gooood! Tahu-tahulah, lakonan Charlize Theron tak pernah mengecewakan.  

Pengarah: Jason Reitman | Pelakon: Charlize Theron, Mackenzie Davis, Ron Livingston.  


God Particle
Masih ingat dengan thriller 10 Cloverfield Lane? Ini merupakan sekuel kepada filem tersebut. Sinopsis filem ini masih belum didedahkan malah tajuknya juga belum muktamad.  

Pengarah: Julius Onah | Pelakon: Elizabeth Debicki, David Oyelowo, Daniel Bruhl.
 

--May--

The Avengers: Infinity War  
Kali ini team Avengers bergabung dengan hampir kesemua watak dalam Marvel Cinematic Universe termasuklah team Guardians Of The Galaxy untuk menentang Thanos dari memiliki 6 Infinity Stones yang sangat berkuasa.

Risau juga bila terlalu banyak karakter dalam filem ni, takut tak dapat nak balance dari segi persembahan dan penampilan masing-masing. Anyways, I bet Doctor Stranger akan borak pasal muzik dengan Peter Quill. 



Dan, harap-harap Captain Marvel lakonan Brie Larson akan buat kemunculan. Sekurang-kurangnya muncul dalam end-credit scene.

Pengarah: Anthony, Joe Russo | Pelakon: Almost everyone in MCU movies.


Solo: A Star Wars Story  
Sebagai francais yang paling berpengaruh di dunia, apa sahaja yang berkaitan dengan Star Wars Pasti akan mendapat perhatian. Spin-off kali ini mengisahkan pengembaraan watak popular, Han Solo. Solo yang sebelum ini dipegang oleh lagenda Harrison Ford, bertukar tangan kerana filem ini menunjukkan karakter itu ketika muda.  


Pengarah: Ron Howard | Pelakon: Alden Ehrenreich, Emilia Clarke, Woody Harrelson, Donald Glover.

--Jun--

Ocean 8
Filem spin-off dari Ocean Eleven namun kali kumpulan perompak profesional itu dibarisi kaum wanita. Setelah bebas dari penjara, Debbie Ocean, merekrut rakan-rakannya yang hebat untuk menjayakan rompakan di New York.

I am a bit sceptical about this. For some reasons I don't trust Gary Ross.

Pengarah: Gary Ross | Pelakon: Sandra Bullock, Rihanna, Anne Hathaway, Cate Blanchette

The Incredibles 2
Setelah 14 tahun akhirnya kita dapat menonton dengan sekuel animasi superhero ini. Diambil sejurus selepas filem pertama tamat, keluarga superhero ini membesarkan Jack-Jack di mana kuasanya semakin kuat dan sukar dikawal. Selain itu mereka perlu bertarung dengan musuh baharu.

Pengarah: Brad Bird | Pelakon: Craig T.Nelson, Holly Hunter, Sarah Vowell.

Senarai Filem Menarik 2018


Jurassic World: Fallen Kingdom
Empat tahun selepas peristiwa Taman Tema Jurassic World, Owen dan Claire kembali ke Isla Nublar untuk menyelamatkan dinasor dari gunung berapi yang bakal meletus. Dalam masa mereka mendedahkan konspirasi yang mengancam manusia sejagat.

Pengarah: J.A Bayona | Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jeff Goldblum

I Feel Pretty
If there is a female comedian that can make me laugh all day, taht would be Amy Schumer. Trainwreck (2015) was a blast dan pelawak dari New York ini kembali dengan filem terbaharu.

Pengarah: Marc Silverstein, Abby Kohn | Pelakon: Amy Schmer, Emily Ratajkowski, Michelle Williams.

Sicario 2: Soldado
Sekuel kepada Sicario, which was one of  my all time favorite movies. Biarpun kali ini tidak diarahkan oleh Denis Villeneuve, ia masih ditulis oleh Taylor Sheridan, yang pada saya seorang pencerita yang hebat.


Masih lagi tertumpu pada ajen FBI, Matt Graver dan rakannya Alejandro. Kali ini mereka berkerjasama menghapuskan penyeludupan pengganas dari di bawa masuk ke Amerika Syarikat.

Pengarah: Stefano Sollima | Pelakon: Josh Brolin, Benicio del Toro

--July--

Ant-Man and The Wasp
Kejayaan filem pertama mendorong Marvel Studios untuk terus mengaut keuntungan dengan menghasilkan sekuel Ant-Man. Kali ini Scott Lang bergabung dengan Hope yang bertindak sebagai The Wasp dalam misi baharu dan mendedahkan rahsia masa lampau.

Pengarah: Peyton Reed | Paul Rudd, Evangeline Lily, Michael Dauglas, Michael Penna.

The Nun
Entiti demon dalam The Conjuring 2, Valak, mencetus fenomenanya yang tersendiri. James Wan, selaku 'creator' The Conjuring universe bertindak sebagai lakon layar dalam menghasilkan spin-off untuk watak Valak.


The Nun mengisahkan paderi diarahkan untuk menyiasat kematian seorang nun yang dilaporkan bunuh diri yang kemudia terarah kepada semangat syaitan.

Pengarah: Corin hardy | Pelakon: Bonnie Aarons, Taissa Farmiga, Charlotte Hope.

--July--

Mama Mia: Here We Go Again
Another franchaise, guys! Filem muzikal hit tahun 2009, selain mengekalkan pelakon asal, filem ini turut menampilkan muka-muka baharu seperti Lily James, Alexa Davies, Jessica Keenan Wynn, dan Josh Dylan.

Pengarah: Ol Parker

KEBANYAKKAN FILEM YANG DITAYANGKAN PADA JULAI HINGGA DISEMBER MASIH LAGI DALAM POST-PRODUCTION DAN INFORMASI TENTANGNYA BELUM DIDEDAHKAN.

Mission: Impossible 6

--Ogos--

The Predator
Pengarah: Shane Black
Pelakon: Olivia Munn, Jacob Trambley, Keegan Key.

The Equalizer 2
Pengarah: Antoine Fuqua
Pelakon: Denzel Washington, Pedro Pascal, Melissa Leo, Bill Pullman.

The Spy Who Dumped Me
Pengarah: Susanna Fogel | Pelakon: Mila Kunis, Kate McKinnon, Gillian Anderson.

Scarface
Captive State
Cadaver
The Little Stranger

--September--

The Darkest Minds
Alpha

Robin Hood
Pengarah: Otto Bathurst | Pelakon: Taron Egerton, Jamie Fox, Jamie Dornan

The House With A Clock On Its Wall
The Kid Who Would Be King  
Pengarah: Joe Cornsh | Pelakon: Rebecca Furguson, Patrick Stewart

Smallfoot
Sebuah filem animasi yang mengisahkan haiwan yang tinggal di kawasan pergunungan Himalayan buat pertama kalinya berinteraksi dengan manusia.

Pengarah: Karey Kirkpatrick | Pelakon: Channing Tatum, Zendaya, LeBron James.

Boy Erased
Pengarah: Joel Edgerton | Pelakon: Nicole Kidman, Lucas Hedges, Russell Crowe

--Oktober--

Venom
Pengarah: Ruben Fleischer | Pelakon: Tom Hardy, Riz Ahmed, Jenny Slate, Michelle Williams

Senarai Filem Menarik 2018

A Star Is Born
Pengarah: Bradley Cooper | Pelakon: Lady Gaga, Bradley Cooper, Dave Chappalle,

First Man
Menceritakan kisah Neil Amstrong, manusia pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke Bulan. Diarahkan oleh Damien Chazelle yang pernah mengarahkan La La Land, sekali lagi berkerjasama dengan Ryan Gosling yang membawa watak Armstong.


Pengarah: Damien Chazelle | Pelakon: Ryan Gosling, Kyle Chandler, Corey Stoll

Goosebump 2
Mowgli
Halloween

--November--

X-Men: Dark Pheonix
Jean Grey mula menghasilkan kuasa di luar kawalannya dan ahli X-Men yang lain perlu membuat keputusan sama ada nyawa Jean lebih berharga dari orang awam selain berdepan dengan musuh baharu.


Pengarah: Simon Kinberg | Pelakon: Sophie Turner, Jennifer Lawrence, James McAvoy, Jessica Chastain.

Mulan
The Nutcraker and The Four Realms
Mary, Queen, and Scots
Dr. Seuss and The Grinch
Wreck-it Ralph 2

Fantastic Beast: The Crime of Grindelwald
Sekuel kedua dalam siri Fantastic Beast iaitu filem dalam Harry Potter Universe. Grindelwald yang melarikan diri dalam filem lalu kembali dengan pengikut yang lebih ramai. Satu-satunya individu yang boleh menghentikan Grindelwald adalah Albus Dumbledore.

Pengarah: David Yates | Pelakon: Eddie Redmayne, Judd Law, Johnny Depp, Zoe Kravitz.


--Disember--

Mortal Engines
Aquaman
Bumblebee
Bohemian Rhapsody
Mary Poppins Returns


Entri sebelum ini - Kegunaan hand Sanitizer Selain Mencuci Tangan

Terima kasih kerana membaca Senarai Filem Menarik 2018

Post a Comment

24Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. aduh pingin menangis rasanya belum satupun yang pernah aku lihat

    ReplyDelete
  2. memang banyak filem best leh tonton tahun 2018 ni. nak dengan tanak je.

    ReplyDelete
  3. Rabak poket kalau mahu tengok semuanya.

    ReplyDelete
  4. Yang trajedi 11september tu menghantar pasukan ke aghanistan tu mesti x logik kan (aka x releven)

    ReplyDelete
  5. wow..banyaknya movie best 2019 nanti..fantastic beast tu tak sabarnya nak tengok :D

    ReplyDelete
  6. Nanti akak nak rujuk entry ini untuk download hihiii. Bolehlah layan masa travel kelak kalau dah download.

    ReplyDelete
  7. aduhai, nikkhazami best nyer 2018 :)
    byk movie yg menarik perhatian aida.
    aida ni, tgk movie, akan gi panggung utk tonton. provided bleh bwk anak-anak bertiga.
    if not, asben akan donlod.
    kalau gi berdua dgn asben, kami rasa tak fair utk anak-anak hi hi hi :)
    tunggu astrofirst ke. camtu la...
    most of the movie tu, memang da follow bertahun-tahun. wajib la tgk kan :)

    ReplyDelete
  8. Wah lengkap tu... filem Melayu xde ke dlm list?

    ReplyDelete
  9. I nak tengok maze runner so badly oh mamammia, nanti nak tengok nak tengok ada tiket free ni tak redeem lagi. :(

    ReplyDelete
  10. Ok.. bnyk yg best2, even Tomb Raider tu pun pelakon lain.. menarik juga nak tengok nnti. Boleh set schedule tiap bulan. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  11. wow.. boleh buat checklist ni. setakat ni dah tengok maze runner dengan Insidious. Next nak tengok citer Black Panther.. hehe

    ReplyDelete
  12. Banyaknya movie best tahun 2018 ni. Kena bajet nak tgk yg mana kalau tak ada yg pecah tabung. Bulan ni plg nk tgk cerita insidious tu sebab memang layan episod yg sebelum2 ni.

    ReplyDelete
  13. Ohhhh! i found one ! The Nun ! Tq listkan movie untuk tahun ini.. tapi genre action memang tak dapat ditandingi! phewww! terbaiklah

    ReplyDelete
  14. Banyak giler citer menarik ni..ntah sempat tengok habis ke tak sempat..ada yg dh keluar panggung gak kan...

    ReplyDelete
  15. Bookmark and wajib tonton! semua list movie tu memang best-best belaka boleh plan dengan #gengmovie dekat office

    ReplyDelete
  16. Alamak
    Semua cerita best2. Insidious tu antara filem yg sgt kita nakntgk

    ReplyDelete
  17. I memang suka menonton movie. Sampai tak terkejar kdg2 tu. Winchester tu menarik. Lama tak follow Supernatural. Essok nak tgk maze runner dulu

    ReplyDelete
  18. kena bookmark ni, leh buat rujukan kalau nk mewayang nnti. hehe

    ReplyDelete
  19. Sempat tengok Maze Runner dan Insidious jer hehehehe yang lain semua macam best lah filem2 tahun ini makin mencabar minda kita sebagai penonton..

    ReplyDelete
  20. wah senangnya tengok ulasan film baru tahun 2018

    ReplyDelete
  21. Wow! that's a lot of movie to catch up. Really spoilt for choices.

    ReplyDelete
  22. Nanti CNY I catch up all your recommended movie. So far I have watched commuter only.. not bad very suspense macam tu!

    ReplyDelete
  23. I really need to catch up on movies- haven't had the time recently. But will certainly refer to your list when I do :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top