Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix

21
Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix

Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix. Peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan perlawanan Liga Malaysia secara percuma melalui penstriman secara langsung (livestreaming) di penyedia televisyen internet, iFlix.

iFlix bakal menyiarkan kesemua 141 perlawanan melibatkan Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia, Sumbangsih, serta perlawanan terpilih dari Liga Perdana bermula 3 Februari ini.

Baca juga: Jadual Liga Super JDT 2018

Untuk itu, iFlix akan menawarkan saluran khas iaitu 'Football Malaysia' yang akan memberikan akses kepada lebih 20 juta pengguna komputer dan telefon pintar/tablet, kedua-dua peranti iOS atau Android.


Dengan akses ini, peminat bola sepak boleh menyaksikan perlawanan berdefinisi HD melibatkan pasukan kegemaran secara online di mana sahaja secara percuma.

Rangkuman menyeluruh

Penyiaran Liga M ini merangkumi laporan menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada perlawanan sahaja. iFlix turut menyediakan laporan rangkuman yang akan disiarkan pada hujung minggu.

Untuk panduan anda kelak, saya sediakan tatacara untuk tonton Liga M di Flix

Cara tonton Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia di iFlix

1. Muat turun aplikasi iFlix Apps Store / Google Play Store


2. Jika anda bukan pelanggan iFlix, anda boleh daftar secara percuma melalui tiga pilihan berikut. Pilih salah satu.

3. Selesai mendaftar, anda kini mempunyai akses untuk melayari iFlix. Pilih kategori 'FOOTBALL MALAYSIA'.


Tahniah, anda kini boleh menonton livestreaming bola sepak tempatan secara percuma di mana sahaja!

Entry sebelum ini - Ulasan Filem Battle Of The Sexes

Terima kasih kerana membaca Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix
Tags

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. perkembangan yang baik dalam bolasepak kita.. ini baik untuk naikkan subsciber... win2 situation

    ReplyDelete
  2. wah, bagusla i flix ni..tapi jarang tengok liga malaysia ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Makin ramailah yang akan melanggan nanti. salah satu promosi yang baik !

    ReplyDelete
  4. Thanks for the info. Tak ada iflix. Lagi pon tak berapa minat sangat dengan bola.

    ReplyDelete
  5. alamak, pasal bola ni kita no comment la. Lagipun memang tak de iflix pun, hehe

    ReplyDelete
  6. Rasanya macam nilah semua pasukan liga akan dapat duit dari tontonan peminat.
    Ini kalau asyik pasukan favorite je yang keluar tv , yang lain yang tak disiarkan mana nak datang duit

    ReplyDelete
  7. Ooo..boleh la bagitau husband.. dia layan juga kalau negeri dia lawan..takdelah berebut tv nanti..kekekke

    ReplyDelete
  8. Wow best lah mcm ni..blh tgk kat mana2 sahaja

    ReplyDelete
  9. i ada iflix tapi layan cerita kartoonje, hehehhe... tapi tak minat dah menonton liga ni

    ReplyDelete
  10. guess what, i never got any account with iflix. :X i rarely watch tv anyway. haha

    ReplyDelete
  11. senang la nanti layan iflix je, takyah berebut tv. haha

    ReplyDelete
  12. Tak pernah layan Iflix ni. Nanti nak check it out....menarik juga ye....tapi idak la nak tengok bola...hehehe

    ReplyDelete
  13. Harini kat opis ramai bercerita pasal IFlix dan liga Malaysia ni. Memasing install demi sukan bola Malaysia. ada is bolehlah hubungi @iflixMY. Hehe

    ReplyDelete
  14. Good info!nak info dekat husban diakan peminat tegar bola... banyak game nantikan bolehlah dia layan dekat rumah jer

    ReplyDelete
  15. Tq for the info.. wah nak donlod apps ni lah

    ReplyDelete
  16. Lepas ni dah boleh layan bola di mana-mana sahaja.
    Lepak tepi jalan sambil main gitar pun boleh layan bola hehe

    ReplyDelete
  17. Wah sekarang ni nak tengok bola boleh tengok di mana-mana sahaja. Hanya download iflix sahaja. Peminat bola dah ada cara tersendiri untuk tonton perlawanan bola sepak.

    ReplyDelete
  18. Semalam try tengok guna iflix. Tapi video tak boleh load hahaha. Sebab ramai sangat tengok. Last sekali tengok live kat facebook.

    Jemput singgah ye.

    ReplyDelete
  19. Hahaha.. server kena upgrade lagi ni.. down down,
    hiilang mood nk tgk bola.. baik tgk live kat FB je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top