Traveloka Fly & Win CNY Contest - Menangi Percutian ke Seoul & Phuket

5
Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka Fly & Win CNY Contest. Kalaulah percutian ke luar negara tu semurah RM10, Malaysia would never see me in a very long time because I would be everywhere! Tapi tu lah, bajet sentiasa menjadi penghalang utama.

Nak bercuti ke luar negara bukannya murah bahkan kena buat perancangan rapi. Dari segi hotel, tiket penerbangan, duit belanja, dan tempat best yang bakal kita lawati.

Tapi bukan ke lagi seronok kalau dapat pergi bercuti secara percuma? Sediakan passport, duit belanja, packing baju dan terus ke airport! Well, you came to the right blog dan baca entri ni sampai habis kalau nak tahu macam mana nak menangi percutian ke lokasi popular seperti Seoul, Phuket, Langkawi, dan voucher RM1,00!


Untuk menang salah satu hadiah yang saya sebut kat atas tu, anda kena join contest mudah anjuran TRAVELOKA. This is one of the biggest company of its kind. Bagi yang masih belum familiar dengan Traveloka, saya boleh terangkan:

TRAVELOKA

Traveloka merupakan laman web tempahan pelancongan domestik dan antarabangsa yang sentiasa memberikan tawaran hebat dan harga terbaik. Berbeza dengan syarikat lain seumpamanya, ia bukan sahaja memfokuskan pada kadar hotel, tetapi turut membantu anda mencari tiket penerbangan yang berpatutan.

Baca juga: Taman Tema Genting

Perkhidmatan ini memudah, mengurus, dan membantu melakukan penjimatan dalam urusan pelancongan.

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Okay, sempena Chinese New Year yang bakal menjelang, Traveloka bermurah hati untuk menaja percutian ke beberapa lokasi menarik dan voucher lumayan.


Untuk itu, anda kena sertai contest paling mudah di dunia iaitu Traveloka Fly & Win CNY Contest! Sebab anda tak perlu buat apa-apa selain main game mudah. Yes, main game.

Peraturan permainan

1. Layari Traveloka CNY 2018 Contest https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
2. Klik login Facebook. (Peserta wajib mempunyai akaun facebook)
3. Klik 'Start Game'
4. Klik sekali lagi untuk memulakan permainan 
5. Mulakan permainan

How to play?
  • Peraturan permainan ini mudah sahaja, anda hanya perlu pastikan karakter kapal terbang sentiasa berada di udara tanpa mengena halangan seperti bangunan, mercu tanda,awan, dan banyak lagi.
  • Hanya klik atau 'tap' skrin telefon pintar anda untuk memastikan kapal terbang tidak jatuh dan terkena apa-apa halangan. 
  • Pada masa yang sama anda perlu mengumpul seberapa banyak angpau untuk mengutip mata tertinggi.
Traveloka Fly & Win CNY Contest

5. Berpuas hati dengan markah yang diperolehi, kongsikan ke laman Facebook dengan klik butang 'Share'.
6. Klik 'Submit' dan anda akan dibawa ke ruangan 'Register'. Masukkan maklumat peribadi.
7. Klik 'Register'.

Syarat penyertaan

- Berumur 18 tahun ke atas dan berwarganegara Malaysia pada Januari 2018
- Peserta wajib memiliki akaun Facebook yang sah dan ditetapkan kepada 'Public'.
- Perlu menjadi pengikut Traveloka Malaysia Facebook Fan Page.
- Peserta boleh menghantar penyertaan maksimum LIMA kali sehari sahaja.

Hadiah

TIGA (3) peserta yang berjaya mengutip markah permainan tertinggi bakal menikmati 3 hadiah utama iaitu:

Tempat pertama
Percutian 6D5N di Seoul, Korea Selatan (Tiket penerbangan & hotel sahaja) untuk DUA orang.

Tempat kedua
Percutian 5D4N di Phuket, Thailand (Tiket penerbangan & hotel sahaja) untuk DUA orang.

Tempat ketiga
Percutian 4D3N di Langkawi (Tiket penerbangan & hotel sahaja) untuk DUA orang.

Berkongsi di Facebook 
DUA pemenang akan menikmati voucher Traveloka bernilai RM1,000 setiap seorang. (Pemenang akan dipilih secara rawak)

Cuba bayangkan tempat menarik yang anda boleh pergi sekiranya menang contest ni:

SEOUL
Saya tak pernah pergi Seoul, tapi sentiasa dengar dan baca banyak perkara baik tentangnya dari mereka yang pernah ke sana. Dari segi budaya, mercu tanda, nightlife, tempat shopping, tarikan pelancong.. Sebagai salah sebuah bandar terbaik Asia, Seoul has it all.


Antara tempat menarik d Seoul adalah Pulau Nami yang menyajikan pemandangan semula jadi mempersonakan. Di sinilah penggambaran drama terkenal Winter Sonata.

Dongdaemun Design Plaza (DDP) juga wajib singgah! Mahakarya rekaan arkitek Zaha Hadid ini menjadi salah satu mercu tanda Seoul. Rekaan moden, sofistikated membuatkan DDP cukup indah tidak kira siang atau malam.

Banyak lagi lah benda best di Seoul, lebih-lebih lagi kalau anda peminat tegar K-Pop.  Bolehlah kalau nak ber 'oppa-oppa' kat sana. Dengan percutian 6 hari 5 malam tu macam-macam anda boleh buat kat sana.

PHUKET
I've been to Thailand before tapi pergi Hatyai je, bukan Phuket. Phuket tu 10 kali ganda lagi best. Kalau nak rasa nikmat bercuti di pulau, Phuket lah tempatnya. Banyak tarikan menarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong seperti Phi Phi Islands, Phang Nga Bay, dan nightlife di Pantai Patong juga tidak kurang meriahnya.


Baca juga: Percutian Menarik di Hatyai

As a movie geek, Phuket ni pun salah satu destinasi percutian idaman selepas ia menjadi lokasi penggambaran banyak filem Hollywood. Perasaan nak pergi Phuket semakin membuak-buak lepas tengok Keeping Up With The Kardashians di mana family Kardashian-Jenner pergi sana. HAHAHAHA!

LANGKAWI
Langkawi pun tak kurang hebatnya. Banyak tarikan yang ada di pulau lagenda itu. Bukan sahaja dapat menikmati keindahan pulau bahkan, rata-rata pelancong tertumpu pada barangan bebas cukai yang boleh didapati di pusat-pusat membeli belah. Yes, CHOCOLATE!!!


VOUCHER
Maknanya, katakan in the future anda nak bercuti dan nak tempah hotel atau tiket flight, anda tak perlu keluarkan duit. Guna je voucher RM1,000 ni untuk menempah di Traveloka. Jimat sikit belanja tiket dan hotel.

Kalau nak rasai percutian percuma ni join kontest ni cepat-cepat dan share di Facebook. Contest bermula 22 Jan - 28 Jan 2018. Cepat!!

Entri sebelum ini - Gerhana Super Blue Blood-Moon 31 Januari 2018

Terima kasih kerana membaca Traveloka Fly & Win CNY Contest - Menangi Percutian ke Seoul & Phuket
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. amboiii... mewahnya main game je pun.. kene cuba ni. mana tahu ada rezeki..

    ReplyDelete
  2. hadiahnya luar biasa jangan sampai tidak join contest ini

    ReplyDelete
  3. Wow, best ni,kalau dapat hadiah pergi Langkawi pun jadi la. Hehe...

    ReplyDelete
  4. hadiahnya smua menarikkk.. best sngt2!!hanya dgn main game, siapa tau rezeki kita kan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Kolkata FF is a type of gamble game. There is no full-proof guide on how to win the game. kolkata fatafat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top