Ulasan Filem Battle of The Sexes

21

Ulasan Filem Battle of The Sexes

Ulasan Filem Battle of The Sexes. Tahun 1973, menyaksikan pertembungan antara dua nama besar dalam sukan tenis Amerika Syarikat iatu Billie Jean King, juara tenis wanita melawan veteran lelaki, Bobby Riggs.

Perlawanan itu menjadi tumpuan kerana kedua-dua pemain ini cukup hebat di mana King sebagai pemain wanita nombor satu dunia manakala Riggs pula veteran yang disegani. Mendapat lebih 90 juta tontonan, menjadikan ia antara acara sukan paling banyak mendapat liputan.

Walau bagaimanapun, jika anda mengharapkan filem bertemakan sukan yang memaparkan kisah pahit getir seorang atlet untuk bergelar juara, anda akan kecewa.


Battle Of The Sexes hadir tepat pada waktunya di mana rata-rata penggiat seni Hollywood kini mengisytiharkan perang ke atas budaya penganiayaan terhadap kaum wanita.  Ini termasuk gangguan seksual yang selama ini diamalkan mereka yang berkepentingan dan bayaran rendah yang diterima pelakon wanita berbanding lelaki. 

Pengarah: Jonathan Payton & Valerie Faris
Pelakon: Emma Stones, Steve Carell, Sarah Silverman, Alan Cumming, Andrea Riseborough.
Genre: Drama/komedi
Tarikh tayangan Malaysia: 25 Januari 2018

Ulasan Filem Battle of The Sexes

Tarikan utama filem ini adalah sejarah perlawanan tenis itu sendiri yang pada zaman itu cukup hangat diperkatakan. Barangkali kemenangan Emma Stone pada Anugerah Akademi tahun lalu bagi La La Land masih segar, membuatkan filem ini ada daya penarik. 

Naratif bermula bagaimana  Billie Jean King yang pada waktu itu sudah menempa nama sebagai pemain tenis wanita nombor satu Amerika Syarikat. King tidak berpuas hati dengan penganjur di mana mereka menawarkan hadiah wang tunai jauh lebih tinggi kepada juara lelaki berbanding wanita. Walhal, jumlah tiket yang terjual bagi kedua-dua perlawanan adalah sama banyak.


Sejak dari itu King lantang memperjuangkan hak sama rata antara pemain tenis lelaki dan wanita. Kemudian hadir pula Bobby Riggs, bekas pemain tenis yang telah bersara mencabar pemain wanita untuk mengalahkannya. Pada Riggs, kaum wanita tidak akan menang.

Pujian harus diberikan kepada jabatan production design kerana berjaya menghidupkan filem ini dengan latar belakang persis era 70an. Ditambah dengan sinematografi yang kreatif menghasilkan tona selari dengan garis masa.

Jika anda tonton rakaman sebenar perlawanan King dengan Riggs di Youtube, apa yang diterjemahkan oleh Battle Of The Sexes begitu menakjubkan. Setiap perincian dari segi kostum, bahasa badan pelakon, dan suasa sewaktu perlawan cukup sama dengan perlawanan sebenar pada tahun 1973.

Ulasan Filem Battle of The Sexes

Meskipun Battle Of The Sexes agak menghiburkan, kelemahan terletak pada lakon layar dan ceritanya yang saya sifatkan sebagai hilang identiti. Terlalu banyak mesej yang ingin disampaikan seperti perlawanan epik, feminism, dan menyingkap seksualiti King. Biarpun semuanya terarah kepada tajuk Battle Of The SEXES, ia tetap diabadikan dengan lemah.

Baca juga: Ulasan Filem The Mountain Between Us

Bagi memberikan lebih warna pada jalan cerita, mereka turut menyelitkan isu LGBT sehingga menenggelamkan titik fokus. Entah macam mana filem ini melepasi Lembaga Penapis Filem Malaysia. 

Latar belakang King tidak diteroka dengan baik, bagi mereka yang tidak dilahirkan pada tahun 70an pastinya tidak tahu sejauh mana kehebatan dua atlet ini dan membuatkan audiens tidak berada dibelakang King. Sayang sekali kerana dalam arena tenis, beliau ialah lagenda.

This is not a bad film, tetapi kisah hebat King tidak diterjemahkan dengan begitu mendalam.

#NKMovieRating
BATTLE OF THE SEXES
6.5/10

Entry sebelum ini - Jadual Liga Super JDT 2018

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Battle of The Sexes

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. bukan biasa2 ayat dia ni "menghasilkan tona selari dengan garis masa. " perghhh

    ReplyDelete
  2. Tinggi jugak rating filem ni ye?...

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing. Tak tahu movie apa yang baru keluar sebab dah lama tak tengok wayang.

    ReplyDelete
  4. best cerita yang based on true story ni. nak tengok la nnt

    ReplyDelete
  5. kita jarang tengok movie genre macam ni..

    ReplyDelete
  6. wow cerita apa ni nampak macam bosan je or genre dia bukan I punya minat i rasa husben i mesti layan, genre I kpop seram dan romantik hahaha

    ReplyDelete
  7. Tajuk dia tengok trailer macam tak buatkan aku teringin nak pergi tengok. hahha

    ReplyDelete
  8. Alamak, dah teruja nak gi tonton. Pasaipa la gi selit LGBT.

    ReplyDelete
  9. Hmm macam best.. Tak tahu pulak bakal ditayangkan di Malaysia. Nampak sangat lama dah tak tengok wayang.

    ReplyDelete
  10. wuuu ada juga isu LGBT terselit.. memang kena pantau filem macam ni, takut akan beri mesej yang salah kepada penonton

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. Pertama kali dengar pasal cerita ni..

    ReplyDelete
  12. movie ala2 cerita lama...tapi sarat dengan nilai moral ni

    ReplyDelete
  13. bila tgk warna tu, mood nk tgk lain sket haha

    ReplyDelete
  14. lama tak pergi ke panggung.

    ulasan yang baik. betullah, filem ni pasti lagi menarik kalau dia fokus lebih pada watak. mesti banyak sisi-sisi menarik yang orang boleh tahu

    ReplyDelete
  15. Jarang tgok cerita ala2 cam gini..takut tertido je nanti hehehe. Tapi kalau cerita seram tu haa..memang laju je sis tengok

    ReplyDelete
  16. Malas nk komen berbanyak psal Lembaga Penapis Filem Malaysia...

    Kalau negara luar komplen atau timbulkan isu, baru mereka akan bertindak walaupun sebenarnya xde apa2 pun.. just publisiti untuk menaikan filem tersebut je.

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing... dah lama tak layan movie. skg mcm mcm lepas tadi pun pengacara lelaki pakai tindik pun lepas huhuhu

    ReplyDelete
  18. I think I will enjoy a movie like that, shall search for it and give it a go on movie night.

    ReplyDelete
  19. I agree that women n men should be treat equally. Nothing different in term of knowledge n power between man n women.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top