Ulasan Filem The Mountain Between Us

4
Ulasan Filem The Mountain Between Us

Ulasan Filem The Mountain Between Us. Apabila diterajui pelakon ternama seperti Kate Winslet dan Idris Elba, pastinya faktor ini mampu menarik penonton untuk menyaksikan filem ini yang mula ditayangkan di Malaysia pada 28 Disember lalu.

Ternyata walaupun ditunjangi pelakon ternama, nasib tetap tidak menyebelahi The Mountain Between Us kerana ia adalah salah sebuah naskah yang tidak menjadi. Walaupun diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama juga tidak mampu untuk menjadikan filem ini sebagai sebuah naskah yang akan dikenang.


Guess what??? Watak Kate Winslet sekali lagi berpasangan dengan lelaki budiman yang perlu menyelamatkan beliau dari mati kesejukan. Namun kali ini Winslet tidak perlu bergantung pada serpihan pintu. 😝😝

Sinopsis The Mountain Between Us: Mengisahkan Alex (Winslet) dan Ben (Elba) yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di kawasan pergunungan salji. Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, mereka terpaksa meneruskan kehidupan dalam kondisi serba kurangan dan cuba untuk mendapatkan bantuan.

The Mountain Between Us
Pengarah: Hany Abu-Assad
Pelakon: Kate Winslet, Idris Elba, Dermot Mulron, dan Beau Bridges.
Genre: Drama/Thriller

Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler. 

Ulasan Filem The Mountain Between Us 

Secara dasarnya filem ini mengisahkan survival dan kisah cinta, dan pada hemat saya ia gagal dalam kedua-dua elemen ini.

Apabila kita bercerita tentang filem bertemakan survival, pastinya watak yang ditampilkan perlu berdepan dengan situasi sukar seperti mencari bekalan makanan, tempat berteduh, atau bimbang jika serang musuh.

Bagi The Mountain Between Us, segala-galanya bagaikan sudah terhidang buat mereka. Begitu mudah bagi mereka kerana dua watak utama ini sentiasa bernasib baik.

Plot mudah dijangka.

Malah, sedari minit pertama lagi penonton boleh mengagak bagaimana jalan cerita dan pengakhiran filem ini. Babak demi babak hanya diisi dengan dialog ringkas dan tiada momen mendebarkan.

Ulasan Filem The Mountain Between Us

The Mountain Between Us sebenarnya mempunyai idea menarik. Jika lakon layarnya digilap, ia  menjadi sebuah filem yang meninggalkan kesan buat audiens. Jalan ceritanya pula mendatar dan tidak disokong oleh dialog menarik.

Baca juga:
- Ulasan Filem Bright di Netflix
- Ulasan Filem Mother!
- Ulasan Stranger Things Season 2

Satu-satunya sebab mengapa penonton berdiri dibelakang dua karakter ini kerana mereka adalah Kate Winslet dan Idris Elba. We all like them both. Winslet dan Elba memberikan persembahan yang hebat tetapi bakat disekat oleh skrip yanglemah.


Saya tertanya-tanya juga, macam mana seorang pelakon berkaliber dan pernah memenangi Anugerah Oscar seperti Winslet menandatangani kontrak untuk filem ini.

Saya menyifatkan The Mountain Between Us tidak mempunyai elemen extravaganza.

#NKMovieRating

THE MOUNTAIN BETWEEN US
5/10

Entri sebelum ini - Senarai Pemain JDT 2018

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem The Mountain Between Us

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ya... Pengarah perlu selitkan babak2 advanturer sekali kan.... Jk perjalanan mudah sgt sedangkan penuh kesukaran di pergunungan salji mmg x logik semua mudah

    ReplyDelete
  2. Not so bad storyline and plot actually, do visit my blog too! https://www.ketamkecil.com/orang-yang-makan-ubat-kolesterol-mungkin-berisiko-dapat-penyakit-jantung/

    ReplyDelete
  3. lama tak nampak kate berlakon

    ReplyDelete
  4. dalam thor watak ekstra kini idris elba dah mula jadi hero..power

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top