Aplikasi Samsung Members Ganti mySamsung

22
 Samsung Members Ganti mySamsung

Aplikasi Samsung Members Ganti MySamsung. Samsung mengumumkan aplikasi yang dikenali sebagai mySamsung akan dihentikan pada 1 Mac ini dan bakal diganti dengan Samsung Members.

mySamsung yang mula diperkenalkan pada  2016 berfungsi untuk membantu pengguna peranti Samsung dalam menguruskan jaminan, khidmat pelanggan, menawarkan ganjaran menarik, serta menyediakan tips tentang cara menggunakan peranti dengan lebih efisyen.

Baca juga: Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8


Ia sebelum ini hanya boleh diakses oleh pengguna di Asia Tenggara dan beberapa negara terpilih sahaja.


Kini Samsung menaik taraf aplikasi itu dengan Samsung Members yang membolehkan ia dinikmati oleh semua pengguna Samsung seluruh dunia.

Aplikasi Samsung Members Ganti mySamsung

Samsung komited dalam memastikan setiap pengguna menikmati pengalaman menggunakan peranti mereka sepenuhnya dengan Samsung Members. Fungsinya masih sama namun ia telah ditambah baik dan menawarkan lebih banyak faedah.

Manfaat dan kegunaan Samsung Members
  • Mengajukan soalan dan meminta nasihat pakar berhubung masalah yang dihadapi.
  • Error Report yang membolehkan pengguna melaporkan aktiviti mencurigakan secara langsung  dan menerima maklum balas yang cepat.
  • Device Diagnostic yang membenarkan pengguna melakukan semakan peranti termasuk kondisi bateri, Bluetooth, Wifi, dan sensor. 
  • Tebus mata ganjaran/kupon
  • Jemputan ke acara eksklusif

Pengguna peranti Samsung boleh mula memuat turun Samsung Members di Google Play di >> SINI

Entry sebelum ini - Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri

Terima kasih kerana membaca Aplikasi Samsung Members Ganti mySamsung
Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah ada aplikasi baru ya samsung members belum nampak pula di samsung aku

    ReplyDelete
  2. Senanglah pengguna Samsung kelak. Samsung jenama yang berkualiti,sayangnya akak dah guna jenama lain.

    ReplyDelete
  3. Pengguna Samsung kena ambil maklum akan perubahan ni. Macam-macam kelebihan yang ada dalam Samsung Members ni.

    ReplyDelete
  4. Wahh untung la pengguna samsung. Aplikasi ia dah semakin terkini

    ReplyDelete
  5. So ini untuk phone samsung je lah kan ? Okay, i will share this info to my friends

    ReplyDelete
  6. Pakai samsung? sama la kita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah. tak pernah pakai samsung. hehe

      Delete
  7. Sally tak guna Samsung, tapi selalu jugak la dgr Samsung mmg selalu jaga members dia

    ReplyDelete
  8. saya masih menggunakan telefon jenama cincai...

    belum mampu nak guna samsung lagi

    ReplyDelete
  9. Pengguna samsung kena take note pasal ni. Bagus juga benefit dia.

    ReplyDelete
  10. Samsung has a high technology and I am Samsung user. I love to use Samsung products and the apps so advance.

    ReplyDelete
  11. Dulu kita samsung's user. Sekarang berpaling tadah ke Oppo. Hehhe thanks for sharing. Atleast tau samsung ada perubahan. Walaupun dah tak pakai brand ni lagi.

    ReplyDelete
  12. Oo menarik ya samsung ada feature ni. Customer service yang sangat bagus.

    ReplyDelete
  13. Wahh nice for samsung user so dapat guna benefit yang ada dan lebih ganjaran.

    ReplyDelete
  14. Dah lama xpakai samsung.. last pakai,sehari je pakai.. terus rasa menyesal beli....

    ReplyDelete
  15. SA guna Xiaomi..dulu yes guna samsung..hehehe..macam x ada chemistry la ngan samsung..

    ReplyDelete
  16. I just stop using Samsung last month and indeed this is a good app. Reason I stop is not because I dun like it is just wanna try out some other brand

    Rachel

    ReplyDelete
  17. Terima kasih berkongsi. Baru tahu ada benda ni. Kejap lagi nak install dan try-try.

    ReplyDelete
  18. Akk memang pakai samsung..Dari dulu sampai skrg, tapi tahu guna je..ada aps baru ke apa mmg tak tahu..hahaha.
    Nanti boleh suh anak bega2..

    ReplyDelete
  19. huhu.. TB kalau tak baca entri ni taktau pun pasal app samsung ni.. tapi kalau tau pun TB taknak upload nanti henfon berat..diorang kata app samsung ni la yang buat space makan banyak kan?

    ReplyDelete
  20. used to be a member. nice for them to have so much promo

    ReplyDelete
  21. yeayyyy saya ada 2 biji samsung masih digunakan note 2 and note tab 1... olehlah guna :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top