Jualan Gudang Karangkraf 2018

3

Jualan Gudang Karangkraf 2018. Buat pencinta buku, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku pada harga murah di pesta Jualan Gudang Karangkraf 2018 yang berlangsung selama 10 hari bermula 23 Feb hingga 4 Mac ini.

Acara tahunan yang berlangsung di Kompleks Karangkraf Shah Alam ini memberi peluang kepada orang ramai membeli pelbagai jenis buku pada harga terendah. Tahun ini, penganjur menawarkan buku-buku pada harga tak masuk akal iaitu serendah RM5, RM3, dan RM1!



menawarkan pelbagai jenis genre buku seperti fiksyen, bukan fiksyen, akademik, kesusasteraan, kanak-kanak, masakan, kembara, agama, Bahasa Inggeris, dan motivasi.

Jualan Gudang Karangkraf 2018

Okay, untuk memudahkan anda rujuk buku apa yang ada diskaun, saya sediakan points di bawah.

Pakej istimewa al-Quran al Hafiz untuk cepat hafal Al-Quran: RM38 + percuma Al-Quran mushaf
Pemegang kad ahli VIP Karangkraf : Diskaun tambahan 60% untuk judul buku pilihan
Potongan sehingga 20% untuk novel terbaru keluaran 2018
Buku kanak-kanak Didi & Friends: SATU naskah RM11 ; TIGA naskah RM30
Peta Minda Genius Sains: RM12.70

Baca juga: RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu


Buku akademik pula adalah antara yang paling laris sejak hari pertama lagi. Kebanyakan buku yang dijual sesuai untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR seperti Panduan Menjawab Soalan, Kertas Ramalan, dan Kertas Model Intensif. Ia dijual pada harga serendah RM5.

Jualan Gudang Karangkraf 2018

 Yang saya senaraikan ni baru sikit. Ada banyak lagi buku-buku yang dikenakan diskaun

Pelbagai acara & aktiviti menarik
Selain jualan buku, pengunjung juga bakal menikmati pelbagai acara menarik sepanjang pesta berlangsung seperti:
  • Slot bertemu novelis dan penulis seperti Ramli Awang Murshid dan penulis popular dari Alaf 21.
  • Pemberian baucer KFC bernilai RM10 kepada pengunjung bertuah.
  • Demonstrasi makanan menerusi Temu Mesra Chef bersama chef terkemuka
  • 'Happy Hour' pada bila-bila masa.
Demi keselesaan pengunjung, pihak penganjur menyediakan tempat berhawa dingin, surau, tempat letak kereta yang luas, serta anda juga boleh membuat pembayaran secara tunai, debit dan kad kredit. 

Bagi ulat buku, inilah masa terbaik untuk merebut pelbagai bahan bacaan yang dijual pada harga yang sangat rendah.

Saya sarankan kalau nak pergi, bawa bakul sendiri. Baru boleh borong banyak-banyak! 📚

Tarikh: 23 Februari - 4 Mac 2018
Lokasi: Kompleks Karangkraf, Shah Alam
Masa: 9am - 7pm

Entry sebelum ini - Aplikasi Samsung Members Ganti mySamsung

Terima kasih kerana membaca Jualan Gudang Karangkraf 2018
Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. lama juga saya tak baca buku..

    dah berkarat juga otak nie..

    nasib baik selalu baca blog.

    ReplyDelete
  2. Jauhnya. Setiap tahun, selalu mengidam nak pergi pesta buku antarabangsa la, Big Bad Wolf la. Tapi semua jauh-jauh area KL, yang saya di Perlis. Ada 2 bulan lagi event pesta buku antarabangsa. Harap-harap tahun ni mampu pergi.

    ReplyDelete
  3. cuci gudang ya namanya kalau di negeri kami , mesti asyik belu=i buku murah jimat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top