McNuggets Dijual Secara Online, Jangan Mudah Terpedaya

24

McNuggets Dijual Secara Online, Jangan Mudah Terpedaya Baru-baru ini terdapat peniaga online menjual makanan segera, nugget, yang mendakwa rasanya sama seperti hidangan Chicken McNuggets yang dijual di rangkaian restoran makanan segera, McDonald's.

Penjual yang mempromosikan perniagaannya di Facebook turut meyakinkan pelanggan bahawa nuget yang dijual adalah McNuggets asli yang dijual di McDonald's. Malah, mengakui  stok makanan berkenaan diambil sendiri dan pembekal rasmi McDonald's iaitu Mac Food Services.


Ramai yang teruja dengan jualan ini Mana tidaknya, siapa yang tidak gemar akan kepingan nugget McDonald's? Daging ayam lembut dan rangup di luar ditambah dengan rasanya lain dari yang lain.

Jangan mudah terpedaya dengan taktik licik peniaga atas talian. Ini kerana menurut laporan mStar, McDonald's telah menafikan yang nugget yang dijual di Facebook itu bukan produk sama yang dijual di rangkaian McDonald's seluruh negara.

Hak eksklusif McDonald's

McDonalds Malaysia menjelaskan pembungkusan pek nuget seperti yang dimuat naik oleh peniaga berkenaan tidak sama dengan apa yang diterima oleh mereka.

Tambahan pula McNuggets adalah hak eksklusif McDonald's yang tidak pernah dan tidak akan dijual kepada pihak lain.

Ketika kita sibuk suruh kerajaan pantau peniaga online, kita sendiri perlu sentiasa berwaspada dan jangan mudah tertipu dengan taktik lapuk sebegini. 

Entry sebelum ini - Screenshot Instagram Stories Tanpa Pengetahuan Pemilik Akaun

Terima kasih kerana membaca McNuggets Dijual Secara Online, Jangan Mudah Terpedaya
Tags

Post a Comment

24Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. macam2 sekarang orang buat demi duit.. better pergi McD sendiri jelah tak pun order melalui delivery pun ok

    ReplyDelete
  2. Aduhai la manusia. dah hidup zaman serba informasi masih tidak faham bagaimana hak cipta dan jualan produk jenama terkemuka ni adalah boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kalau produk ini leak sekali pun dari pengeluar. Guna nama lain dan biar testimoni aje yang bagi tau hebat dan sedap ke tak nugget tu. Tak pasal-pasal je kena saman nanti. Rakyat Malaysia perlu banyak membaca walaupun perniagaan terbuka luas dan siap langgar ke buka perniagaan dimana-mana. Tapi silalah ikut syarat dan undang-undang. Bahaya untuk kelaurga kita.Aisshh sorry membebel panjang pula. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? mcm tak logik la mcd boleh jual kepada peniaga luar.

      Delete
  3. Adoi..nak untung pun agak2 la diorg ni..siap guna nama mcd bagai..silap ari bulan mcd saman baru tau

    ReplyDelete
  4. Dah agak dah. Mesti tipu ni. Fuh selamat la tak terpedaya nak beli buat stock. Betul hak tersendiri McD , mana mungkin senang - senang nak jual kat luar , rugi la perniagaan derang.

    ReplyDelete
  5. Alahai bahaya la berbusiness tapi tak tahu ilmu. Dah promote guna internet senang la orang nak saman. Semua skang org dah bijak, silap haribulan kena saman

    ReplyDelete
  6. Aduhai.. Inilah antara bahaya dunia digital sekarang. Sebagai pengguna kita terdedah dengan penipuan. Moga dijauhkan daripada tertipu begini. Sedih...

    ReplyDelete
  7. Mcm nie pon ada jugak org boleh terpedaya ye. I guess masyarakat kita mmg jenis yg mudah kne kencing kn ?

    ReplyDelete
  8. eiiiii takutnya ada juga ke orang buat online mc nuggets ni ? I hope orang tak ambil kesempatan lah sebab mcd tu jaga kualiti produk depa kot.. heeeee

    ReplyDelete
  9. Bisnes apa benda la tumpang jenama yg dh gah..macam dh xde solusi lain nak naikkan jualan..nasib baik bukan penggemar makanan ringan..kalau tak sure terjebak

    ReplyDelete
  10. memang banyak yang nawarkan seperti ini di Indonesia juga tapi tentu kita tahu hak intelektual dan pasti rasanya berbeda

    ReplyDelete
  11. Kes ni lebih kurang sama dengan serbuk sos cheese KFC yang konon2 nya sama sebijik resipi dari KFC tapi dijual ikut "pintu belakang".
    Kali ni McD pulak kena

    ReplyDelete
  12. Mcm2 hal ka skrg. Tapi pembeli pun jgnla mudah kena tipu huhu

    ReplyDelete
  13. eh, beraninya dia menggunakan nama McD. Mentang-mentang la nugget McD sedap. Tak takut kena saman ke diorg ni?? apapun kita sebagai pembeli pun kena waspada jugak kan..

    ReplyDelete
  14. Nak berniaga kena ada ilmu dan etika. Overclaim pun dah bahaya apetah lagi menipu. Hopefully this seller learn a lesson dan berniaga dengan betul after this ;)

    ReplyDelete
  15. Beli nugget dan goreng sendiri di rumah. Nak makan McD punya...minta McD hantar ke rumah. Yang berniaga satu hal..yang percaya pun satu hal juga. Yang penting gunakan akal yang diberi.

    ReplyDelete
  16. takkanlah senang-senang supplier McD nak jual kepada orang ramai kan. nak berniaga jangan sampai menipu, tak berkat nanti. jangan sesekali mudah terpedaya dengan iklan macam ni. baik buat sendiri di rumah hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  17. Ada juga insan yang ambil kesempatan yer...kalau McD ambil tindakan undang-undang kan rugi diri sendiri juga tu nak kena bayar saman

    ReplyDelete
  18. Mc D nye nugget bau wangi..and rasa sedapp
    x sangka pulak ade individu yg ambik kesempatan kan
    salam perkenalan sis

    ReplyDelete
  19. Really? OMG got fake food also. I usually buy at their restaurant or drive thru.

    ReplyDelete
  20. Owhh ada yg ciplak ekk..baik beli dr diaorg punya delivery service kalau nk cpt. Kalau nk jimat budget goreng sendiri yg frozen punya..hehehe

    ReplyDelete
  21. nuget pun org nak copy..hahaha..kelakor

    ReplyDelete
  22. haihhh...makanan pun orang nak buat jadi scam...T.T apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni...

    ReplyDelete
  23. macam macam ada la zaman sekarang..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top