Filem Padmaavat Haram Ditayangkan di Malaysia

23

Filem Hindi yang dinanti-nantikan, PADMAAVAT, haram ditayangkan di Malaysia kerana menurut Lembaga Penapisan Filem, ia kandungannya menyentuh sensitiviti agama Islam.

Malah, Kementerian Dalam Negeri, KDN turut membuat keputusan melarang dari ditayangkan atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.

Sentuh sensitiviti Islam

Jalan cerita Padmaavat dikatakan boleh menimbulkan kebimbangan serius kepada masyarakat Muslim di negara ini kerana ia menyentuh isu sensitiviti Islam.


Terdapat sebahagian besar dari filem ini tidak sesuai ditayangkan seperti percintaan di antara Ratu Hindu dan Raja Muslim, terutamanya watak Sultan Alauddin Khiljidi yang menggambarkan seorang pemimpin zalim.

Malaysia bukan satu-satunya negara yang memberikan reaksi negeti terhadap Padmaavat. Terdahulu, filem ini mencetuskan kontroversi di d India sendiri apabila satu rusuhan besar-besaran telah berlaku sebagai bantahan terhadap tayangannya.

Tajuk asal 'Padmaavati' turut diubah kepada 'Padmaavat'. Pengarah dan pelakon turut terkena tempias dengan menerima ancaman bunuh.

Filem Padmaavat Haram Ditayangkan di Malaysia

Berita ini mengecewakan peminat filem Hindi untuk menyaksikan karya terbaharu arahan Sanjay Leela Bhansali. Bhansali ialah antara pengarah yang segani kerana sering menampilkan kelainan dalam setiap filem arahannya. Beliau pernah mengarahkan Bajiaro Mastani (2015), Devdas (2002), dan Hum Dil De Chuke Sanam (1999). 

Padmaavat dibintangi Deepika Padukone, Ranveer Singh, Shahid Kapoor, dan Aditi Rao Hydari.
sumber: MalayMail, Astro Awani

Enrty sebelum ini - Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix

Terima kasih kerana membaca Filem Padmaavat Haram Ditayangkan di Malaysia
Tags

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. bagus juga diharamkan...hormat agama masing2

    ReplyDelete
  2. Demi kebaikkan netizen tidak dikecam. Tapi bila dah dilarang cam nk pula tau pe jln cerita dia. Hee

    ReplyDelete
  3. Kena tanam dalam diri supaya sentiasa hormati anutan orang lain.

    ReplyDelete
  4. macam menarik pulak citer ni...sesuatu yang memberi kelainan dalam jln cerita yang biasanya sgt klise

    ReplyDelete
  5. Bg saya la kan, nk tgk cerita mcm ni blh je. Tp kena pandai bezakan la, jgn terpengaruh. tp tu la, mentaliti rakyat malaysia ni faham2 jela. sbb tu elok jgk dia sekat tayangan kat malaysia ni.

    ReplyDelete
  6. saya tak minat hidustan atau tamil. tapi tgk org2 die cantik kalahkan org2 kita.. bg saya semua sama je.. xda beza mane, yg membezakan kita cara anutan dan kepercayaan memasing kan. yang lain berbalik pada hati n niat

    ReplyDelete
  7. mungkin untuk golongan tertentu... xdapat nak bezakan...

    takut terpengaruh dengan fahaman agama lain...

    ReplyDelete
  8. kalau nak tgk, pada aida, kena fikir positif.
    cerita is cerita. jgn sampai terpesong.
    tapi tu la. kita lom tgk, so tak tau la kan how far citer ni memesongkan agama.
    aduhai... agama ni sensitif! silap langkah, susah.
    elok la tu. lebih baik diharamkan. jaga perasaan majoriti.

    ReplyDelete
  9. Bagi saya, individu sendiri kena berfikiran matang. Yg baik diambil yg xbaik jgn lah ikut. It’s just a movie anyway. Jalan cerita nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kena la matang. ni kan cerita rekaan semata2

      Delete
  10. I've watch the trailer as a movie it looks interesting but if it's gonna cause a conflict I guess it's good not to show.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apparently, everything is sensitive in malaysia. lol

      Delete
  11. Kenapalah masih nak buat cerita2 mcm ni sedangkan dlm negara dia pun pergolakan agama masih belum reda.. lagi nak keruhkan keadaan. Mmg patut diharamkan di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  12. First time lisa dengar pasal tajuk filem ni, sebab lisa ni antara peminat setia filem tamil. ya memang perlu diharamkan ditayangkan apabila ia menyentuh keagamaan.

    ReplyDelete
  13. Mungkin ada hikmah jugak kot kalau tak dapat ditayangkan di Malaysia. Demi kesejahteraan sesama kaum . Cuma rugi juga tak dapat tengok hasil karya dari pengarah terkenal ni.. ^_^

    ReplyDelete
  14. Kita sendiri pon dah ada macam-macam masalah pasal isu agama.. elok lah tidak ditambah lagi dengan masalah luar.. bagus juga tindakan mengharamkan tayangan cerita ni

    ReplyDelete
  15. Bagus la di haramkan. Sensitiviti agama memang kena titik beratkan demi maruah dan agama

    ReplyDelete
  16. Kalau teengok pengarah, mesti filem ni best. Tapi baguslah disekat tayangan jika menyentuh sensitiviti agama. Btw, bagi saya kena terbuka jika berkarya but bila ada motif tertentu eloklah tak ditayangkan.

    ReplyDelete
  17. tak berani nak komen apa2, kalau dah menyentuh sensiti agama tu rasanya eloklah di banned

    ReplyDelete
  18. kalau seperti itu tak berani komentar apapun mesti ada pertimbangan sebelum membanned sebuah film

    ReplyDelete
  19. Terima kasih untuk info ini, bagus juga biar semua orang tahu... nanti tak perlulah tanya-tanya lagi!

    ReplyDelete
  20. tajuk filem ini agak seram juga walaupun saya tidak tahu maksudnya.

    lebih baik diharamkan kerana khuatir boleh mendatangkan bahaya pada imej Islam

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top