Produk yang Menghilangkan Blackheads

27
Produk yang Menghilangkan Blackheads

Produk yang Menghilangkan Blackheads. Tidak kira perempuan mahupun lelaki, berlainan bangsa dan warna kulit, we have one thing in common... masalah blackheads!

Blackheads berpunca dari minyak, kotoran, dan sisa makeup yang tersumbat dalam liang pori. Terperangkap terlalu lama pada pori-pori wajah boleh menyebabkan timbulnya jerawat.

Berdepan dengan blackheads atau whiteheads bagaikan never ending battle. Walaupun kita mencuci muka setiap hari, ia pasti muncul dan boleh menyebabkan cela pada wajah.

Baca juga: Review COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan berdisiplin merupakan salah satu cara untuk menanganinya. Bahkan, banyak produk dipasaran yang mempunyai ramuan khas dalam  menghilangkan blackheads dengan berkesan dalam masa yang sama membersihkan liang pori.

Produk yang Menghilangkan Blackheads

#1 Biore Pore Pack

Siapa yang tidak pernah dengar akan produk ini? Jalur pelekat ini cukup popular dan mudah didapati dipasaran. Hasilnya terbukti berkesan menanggalkan blackheads dengan pantas. Basahkan kawasan hidung dengan air, tampal, dan biarkan kira-kira 10-15 minit.


Untuk hasil yang lebih satisfying macam video di Youtube tu, basahkan hidung dengan air suam untuk membuka liang pori.

Beli di sini >> http://ho.lazada.com.my/SHZZym

#2 Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask

Antara skincare dari Korea yang paling popular. Debu tanah liat asli mempunyai reputasi membuang kotoran dan minyak pada wajah. Gunakan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mencuci pori-pori.

Produk ini ada dua jenis iaitu Jeju Volcanic Pore Clay Mask dan Super Jeju Volcanic Pore Clay Mask. Versi 'Super' sangat sesuai buat mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

I have been planning on buying this mask. Tapi nak tunggu musim perayaan tamat untuk guna voucher Hermo. Heee! Lepas guna nanti saya terbitkan review. So, stay tuned!

Beli di sini >> https://goo.gl/R7PAfZ

#3 Clean & Clear Erase Face Scrub

Produk ini diformulasi khusus untuk membersihkan pori tersumbat dan menghilangkan blackhead dalam masa yang sama menaikkan seri wajah dalam masa dua hari. Mengandungi Salicylic Acid yang terkenal dengan fungsi mencegah jerawat.

Ia turut mengandungi alkohol yang baik untuk kulit berminyak tetapi tidak sesuai untuk kulit kering.

#4 Garnier Clean+Blackhead Eliminating Scrub

Bertekstur gel ringan dan mempunyai butiran halus yang berfungsi sebagai agen pembersih. Dikombinasikan dengan charcoal (arang), scrub ini mengeluarkan bintik hitam sekaligus menyegarkan kulit.


Oleh kerana turut mengandungi Salicylic Acid, ia juga mencegah jerawat dan menghalang dari timbulnya blackheads.
 
#5 Murad Blackhead and Pore Cleaning Duo 

Produk ini bukan sahaja mengeluarkan blackheads tetapi menutup liang roma dari terdedah kepada kotoran. Mengandungi asid Benzoic dan ekstrak herba yang membersih dan mencegah daripada berlakunya break out.
 

#6 St. Ives Apricot Scrub

Cukup popular di Amerika Syarikat kerana keberkesanannya dalam memerangi jerawat dan mengeluarkan sel kulit mati. Exfoliator ini mengecilkan pori wajah dan menghapuskan semua kotoran dan minyak berlebihan. Sangat sesuai untuk mereka mempunyai masalah kulit berminyak.

Produk yang Menghilangkan Blackheads

Saya sendiri guna scrub ni, rasa bersih & segar selepas guna. And love love love the smell!!! 💜

Beli di sini>> http://ho.lazada.com.my/SHZZxX

#7 BHA Blackhead Power Liquid Cosrx

Kalau anda rajin baca blog beauty blogger, BHA Blackhead Power Liquid Cosrx ni mesti ada dalam list mereka dalam mencegah blackheads. Produk dari Korea ini sangat efektif dalam mengawal minyak. Disebabkan ia mengandungi BHA, ia menyerap masuk dalam pori dan mencucinya dengan
berkesan.


Beli di sini>> http://ho.lazada.com.my/SHZZyC

#8 Aztec Secret Indian Healing Clay Deep Pore Cleansing Mask

Produk ini pernah viral suatu ketika dahulu kerana keberkesananya mengecutkan jerawat dan membersihkan pori wajah. Ia masih digunakan hingga ke hari ini. Bukan sahaja membersih tetapi melicinkan kulit wajah.

Ramai yang menyarankan jika mahu hasil yang lebih baik, campurkan dengan apple cider vinigar.

Beli di sini >> http://ho.lazada.com.my/SHZZyG

#9 Origins Clear Improvement Active Charcoal Mask

Saya dah banyak kali tengok Youtuber terkenal, Zoella, menggunakannya. Malah ramai lagi beauty Youtuber mengesyorkan produk ini. Diformulasi dari kebaikan arang, ia mampu membersihkan liang pori dan memelihara kulit daripada kemunculan bintik hitam yang baru.

Walaupun harga agak tinggi, namun ia berbaloi untuk penjagaan wajah.

Beli di sini >> http://ho.lazada.com.my/SHZZyJ

Terima kasih kerana membaca Produk yang Menghilangkan Blackheads
Tags

Post a Comment

27Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Dalam wishlist innesfree pore clay mask . Tapi belum beli lgi

    ReplyDelete
  2. Eh yg innisfree jeju tu zaza pakai skg ni.. Syok ooo.. Kalau St Ives pun zaza guna jgk.. 2x dlm seminggu pun best sgt..

    ReplyDelete
  3. kita pun byk blackhead kut..tp produk innisfree tu ada dlm kotak..tak pakai pun..laduhh pemalas betul nak pakai..mlm ni kita kerjan muka kita ok..thanks sharing entry ni

    ReplyDelete
  4. wow tak sangka lelaki pun pentingkan penjagaan kulit wajah banyak banyak produk di atas tu i rasa yang innisfreee hehu volcanic mask tu memang efektif singkirkan black head i dah cuba hee

    ReplyDelete
  5. Ty selalu guna yg Garnier. Pernah try juga Innersfree dan St.Ives. Kadang tu guna brand biasa yang mask je.

    ReplyDelete
  6. Some really essential products for saying bye bye to blackheads.. bye bye blackheads..

    ReplyDelete
  7. Suka sangat produk yang boleh menghilangkan blackhead. Kat hidung ni berminyak jadinya blackhead pun bermaharajalela kemain. Biore Pore Pack tu memang dah try pakai pun. Memang bila tarik je kat hidung tu memang ada blackhead yang melekat kat Pore Pack tu...

    ReplyDelete
  8. favourite saya ni buang blackhead ni hahaha. Okya nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  9. I need to get 1 of these. Blackheads getting more now. Sigh...

    ReplyDelete
  10. Bab blackhead ni memang masalah dunia sangat2 bagi kaum hawa. Tapi tak suka guna yang jeju volcanic tu, sebab entah la...rasa melekit kat muka. Serious tak suka. Tapi yang St Ives dan clean & clear tu agak berkesan utk kurangkan blackhead. Emi pernah cuba dua2 tu.

    ReplyDelete
  11. I pon ada masalah blackhead tp x prnh cari inisiatif nk tangani. Boleh refer post nie utk treat blackhead kt hidung nie. Selalu guna tgn je keluarkn 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jgn guna tangan! sbb jari kita tu kotor. nanti jadi makin teruk

      Delete
  12. untuk lelaki boleh ke saya ada blackheads di muka sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki atau perempuan semua digalakkan guna produk utk hilangkan blackheads

      Delete
  13. Ada lagi satu. Vietnamese mask. Tu bulu Roma semua tercabut. Hahahaha

    ReplyDelete
  14. I pakai innisfree dari dulu sampai sekarang. Cosrx tu pun I baca review they all kata bagus. I love your blog very informative.

    ReplyDelete
  15. Rawlins guna Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask dan memang berkesan untuk Rawlins. Live sangat2 Innisfree products.

    ReplyDelete
  16. hehehe
    blackhead memang susah nak tanggal
    nasib pakai produk2 nih memang sangat membantu

    ReplyDelete
  17. tunggu kewangan kukuh dulu,nak cuba juga produk-produk yang boleh menambahkan ketampanan seorang lelaki.

    ReplyDelete
  18. Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask tu TB ada dan Tb suka giler pakai yang tu sebab sejuk je muka.. lepas basuh muka jadi segar, sejuk dan anjal.. cewahh..

    ReplyDelete
  19. banyak produk untuk hilangkan blackhead.
    tapi kena cek jgk sesuai tak dengan muka kan.
    Nanti takot lain jadi..

    ReplyDelete
  20. Wah! thanks for the compilation, I think i have tried some of them and it works.

    ReplyDelete
  21. I hate blackheads a lot. My skin get oily easily whereby blackhead form easily. Make a habit scrub twice a weeks to prevent the grow of blackhead.

    ReplyDelete
  22. Have tried a few through the list and I am loving the Apricot Scrub from St.Ives thus far. Great compilation :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top