Punca Trafik Blog Turun Mendadak

40

Punca Trafik Blog Turun Mendadak. Nadi kepada sesebuah laman web atau blog terletak pada jumlah trafik yang diperolehi. Apalah nilai sebuah blog tanpa jumlah pengunjung yang tinggi?

Bagi blogger yang menjadikan blog sebagai salah satu punca pendapatan, kekurangan trafik semestinya menjejaskan sumber kewangan. Ini kerana tanpa pengunjung, Adsense, Nuffnang, Innity, tidak bermakna apa-apa.

Baca: Cara Buat Duit dengan Blog

Begitu juga dengan blogger yang buat duit dengan menulis advertorial/paid review. Macam mana pengiklan mahu mengupah anda sekiranya blog tak ada pembaca?


Sebab itulah blogger tidak akan senang duduk sekiranya trafik blog kendalian mereka mengalami penurunan.

Jika sebelum ini jumlah pengunjung dalam lingkungan 3,000 sehari, tiba-tiba turun secara mendadak kira-kira 400 sehari. Panik bukan? Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Punca Trafik Blog Turun Mendadak

1. Tukar template baru
Penukaran temlate baru sudah pasti memberi kesan terhadap pageviews sesebuah laman web. Ini kerana search engine yang sebelum ini sudah menghafal blog anda terpaksa bermula dari bawah untuk mengindeks. Lebih-lebih lagi jika anda bertukar kepada template yang tidak mesra SEO. Ia biasa memakan masa untuk blog anda diindeks semula.


2. Template yang telah di-edit semula
Ya, memang betul anda tidak pernah tukar template. Tapi anda baru sahaja menambah kod baru dalam template dan mengubahsuainya secara tidak sengaja. Pengubahsuaian ini memberi impak besar terhadap kedudukan blog di enjin carian seperti Google.

3. Malas update blog
Mungkin penurunan trafik adalah hukuman bagi mereka yang malas update blog. Update lah sekurang-kurangnya hingga tiga entri seminggu supaya spiders dalam enjin carian dapat crawl blog dengan baik. Ingat, tiada entri baru, tiada pembaca.

Baca: Beli Domain Murah Malaysia

4. Terkena sandbox atau penalti
Hati-hati, kerana perkara ini sering berlaku terhadap blog yang terlalu menekankan teknik SEO sehingga memanipulasi search enjin. Tindakan seperti ini akan dihidu oleh Google yang akhirnya menyebabkan blog anda ditendang dan tidak akan diindeks oleh SERP.


5. Terlalu kerap update blog
Sentiasa kemas kini blog ada juga keburukannya. Jangan salah faham, kerap update di sini bermakna mengemas kini blog

6. Google mengemas kini algoritma
Enjin carian seperti Google setiasa mengemas kini algoritma mereka dan perkara ini akan mengubah ranking blog anda. Untuk pengetahuan, Google sentiasa melakukan kemas kini secara senyap dan blog anda mungkin terkena tempiasnya.

7. Kandungan blog tidak berkualiti
Konten adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh setiap blogger. Jika kandungan blog tidak berkualiti seperti menulis entri terlalu pendek atau sambil lewa, pembaca tidak akan 'engage' dengan blog anda. Google dapat membaca perbuatan ini dan kemudian memberi laluan kepada blog lain untuk berada ranking terbaik.

8. Tukar domain
Tukar domain dari blogspot.com kepada dotcom kebiasaannya akan menjejaskan jumlah pageviews.Ini kerana robot carian Google perlu bekerja keras untuk mencari alamat baru blog anda. Jangan risau, ia hanya sementara sahaja dan trafik akan pulih seperti sedia kala.

sumber: Forbes

Entry sebelum ini - McNuggets Dijual Secara Online, Jangan Mudah Terpedaya

Terima kasih kerana membaca Punca Trafik Blog Turun Mendadak
Tags

Post a Comment

40Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. poin nombor 3 tu kena dengan saya lah. kena konsisten menulis lepas ni

    ReplyDelete
  2. yup betul dan tepat semua point tu sebab blog saya pernah alaminya, yang penting kene rajin update blog dengan pengisian yang tepat

    ReplyDelete
  3. Nak update entri tu lately payah sikit.. 😂

    ReplyDelete
  4. wah terima kasih atas perkongsiaan, lepas ni kenalah belajar create content semoga lekat SEO, Btw thanks for this info really need it ! ")

    ReplyDelete
  5. Traffik ni kalau kita usik je something dalam dashboard website. Memang dia mudah terasa. Menyampah! Hahaha. Paling hati tisu adalah traffik. Tukar SEO plugin, dia terasa. Kasi cantik template, dia terasa. Content tak banyak, dia terasa siap merajuk lama. Haaaa. Jadi jagalah traffik anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kod html ni sangat2 sensitif. kalau tak berapa mahir baik jgn usik langsung. haha

      Delete
  6. betul akak setuju antara sebab musabab trafik turun..masa akak tukar template dan tukar domain memang jatuh mendadak..uv pv tak konsisten sampai la sekarang...so nak tak nak kena rajin update entry blog..hari- hari sekurang- kurangnya kena ada 2 entry...cuma kadang mood jatuh bila tgok jumlah trafik turun...bukan senang nak naikkan momentum kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak maintain pv tu mmg payah. bila tgk viewers turun, mmg rasa down sikit

      Delete
  7. Baru je tukar template tadi. Risau nie kalau traffic turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kerap sangat tukar2 template. cari yg betul2 berkenan baru tukar k?

      Delete
  8. Info yang bagus. Tengah alami trafik blog yang menurun jugak ni. Tak tahu apa puncanya. Mungkin sebab salah satu atau dua punca yang disebut tu. Memang kena konsisten update blog ni.

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang bagus tapi memang betul pun bab algoritma tu. Mana-mana 'kuasa besar' macam enjin carian utama ni pun ada menggunakan algoritma tersendiri, begitu juga media sosial yang bukan mudah untuk diketahui orang awam macam kita sebab itu strategi dioranglah. Kebanyakan pakar pun cuma mampu meramal corak algoritma je. Tapi panduan begini sebenarnya memang membantu!

    ReplyDelete
  10. Am i the only blogger yg tak kisah pasal traffic ? Hahaha. Tapi baguslah kalau traffic tinggi, barulah byk job masuk, ye dakk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious la tak fikir langsung pasal trafik?

      Delete
  11. thankfully after changing my template to a more SEO friendly one ..my traffic has been way better....but yea trying to produce 3 entries per week does need a lot of effort.

    www.absoluteyana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikr? it is tough. digging bright ideas isn't fun at all.

      Delete
  12. Perkongsian yang terbaik ni. Betul lah tu...sis lepas pindah dr blospot ke wp terus menjunam jatuh..terpaksa merangkak naik. Lepas tu tukar Theme pulak...adehhhh terpaksa merangkak semula ni..huhuhu

    ReplyDelete
  13. Tips yg bagus utk blogger..tp saya bukan blogger huhu..

    ReplyDelete
  14. hemm.. TB baru tukar template.. memang ada terasa penurunan sikit dari segi PV sehari.. hemm.. terasa jugak sebab memang selalu perhati PV tu kan.. sejak tukar template dah tak dapat PV seperti yang TB target setiap hari..

    ReplyDelete
  15. owh selalu kerap update blog pun boleh beri efek negatif ye..baru tahu ni..
    yg series jadikan blog sebagai sumber pencarian, memang harus betul betul jaga trafik masuk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. entri yang di update sebelum ni tak dapat perhatian

      Delete
  16. Baru saya tahu, bila tukar theme Google akan "kesan' seperti blog baru. Siapa yang selalu tukar theme tu..nayalah.

    ReplyDelete
  17. TQ utk Ilmu...
    Utk item no 8...biasa berapa lama akan pulih selepas tukar domain dari blogspot kpd .Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut pengalaman saya, dalam dua minggu juga la

      Delete
  18. bagus perkongsian ini, ada beberapa perkara yang betul, Banyak yang perlu diperbaiki di www.bondezaidalifah.com nampaknya he he he

    ReplyDelete
  19. Bila trafik turun memang susah hati. Anyway tq kongsikan entry berguna. Lepas ni akan tahu cara nak improve blog dan naik kan trafik.

    ReplyDelete
  20. Rawlins baca nie and terus rasa bersalah sebab malas update blog. So takleh nak mengadu la bila trafik menurun. Huhu

    ReplyDelete
  21. kalau jenis yg bukan femes macam saya..harapkan google search saja lah trafik haha

    ReplyDelete
  22. This is a very good guidelines for many newbie and if can play well with the keyword. Never ever spam it as this will affect the traffic as well.

    Good sharing and really helps a lot.

    Racheal

    ReplyDelete
  23. Itulah, nak tukar kepada dotcom, tapi risau. Dah baca ni baru faham akan ok balik.

    ReplyDelete
  24. Persaingan blog sangat sengit. Sekarang ini pakcik Google pun dah straight tak boleh main sebarang keyword nak rank. Silap-silap kena penalty tendang jauh-jauh oleh pakcik Google.

    ReplyDelete
  25. Thanks all the tips, now i know why my sometime our blog traffic drop.

    ReplyDelete
  26. 1st time trafik blog jatuh menjunam ketika umumkan diri nk kahwin... komen pun drop banyak waktu itu hahahahah

    ReplyDelete
  27. ala.. kita gatal tangan.semalam p usik juga coding,lastnya jadi brokenlink..hukhukhuk..pening la nak membuang nyer..

    ReplyDelete
  28. Mungkin musim pun main peranan juga. Contohnya, blog saya tentang percutian akan menunjukkan peningkatan trafik apabila musim cuti berbanding lain-lain musim atau bulan

    ReplyDelete
  29. Terima kasih berkongsi. Yang no 3 tu, betul-betul kena tepat di dada. Deep.

    ReplyDelete
  30. bese kalau tukar theme, takde le teruk terjejas mana sangat kalau pakai WP ni..sikit je pun efek

    ReplyDelete
  31. malas update blog tu masaalah besar huhu

    ReplyDelete
  32. tengah alami la sekarang nie sbb tukar domain.. tp bersabar jela kan.. harap lps nie naik mencanak pula..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top