RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu

21
RPK dan RSM

RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu. Bagi yang akan menghadapi ujian RPK dan RSM Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat banyak perkara yang perlu anda pelajari dan hafal untuk lulus.

Tidaklah sesusah manapun, tetapi anda wajib tahu kerana setiap perincian itu akan anda praktikkan  untuk keselamatan diri sendiri dan pemandu lain di jalan raya.

Jangan risau, saya dah senaraikan perkara-perkara penting untuk panduan anda sebelum menjalani ujian kelak. 

Without further due, jom baca.

RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu

RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)

1. HADAPAN
  • Cermin hadapan - dalam keadaan baik/retak
  • Bonet hadapan - dalam keadaan baik/kemek
  • Lampu hadapan kiri & kanan - dalam keadaan baik/pecah
  • Lampu isyarat hadapan kiri & kanan - dalam keadaan baik/pecah
  • Nombor plat pendaftaran - cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah
  • Bumber - dalam keadaan baik/pecah

2. SISI KANAN
  • Tayar hadapan kanan - tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik
  • Lampu isyarat dan cermin sisi - dalam keadaan baik/pecah
  • Kedua cermin pintu hadapan & belakang - berada dalam keadaan baik/pecah [buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan, boot belakang]  [tutup pintu]
  • Tayar belakang kanan - tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik

3. BAHAGIAN BELAKANG
  • Cermin belakang dalam keadaan baik
  • Lampu brek ke tiga, lampu brek, lampu belakang kiri & kanan dalam keadaan baik
  • Lampu isyarat dalam keadaan baik
  • Bonet dalam keadaan baik (tertutup rapat)
  • Nombor plat pendaftaraan cukup bilangan dan dalam keadaan baik
  • Bumper dalam keadaan baik
*Ruangan bonet
  • Dilengkapi dengan 'segi tiga amaran'
  • Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik
  • Dilengkapi dengan peralatan seperti: Spana pembuka tayar / pemutar jek / jek / jumper
4. SISI KIRI
  • Tayar belakang - tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik
  • Kedua cermin pintu hadapan & belakang - berada dalam keadaan baik/pecah
  • Lampu isyarat dan cermin sisi - dalam keadaan baik/pecah
  • Tayar hadapan - tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik
5. BAHAGIAN HADAPAN (RUANGAN ENJIN)


  • Bateri 
>> Bateri sel basah - dalam keadaan baik, (buka salah satu penutup) paras air bateri/ elektrolit mencukupi/tidak mencukupi (ada tanda min/max)
>> Bateri sel kering - dalam keadaan baik, (jika ada penunjuk) warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj
  • Air tangki simpanan radiator - mencukupi atau tidak
  • Air tangki radiator - mencukup atau tidak
  • Hos air - dalam keadaan baik/retak
  • Paras minyak pelincir/enjin - mencukupi atau tidak [cabut dipstick yang panjang hitam tu, bersihkan dengan tisu, masukkan semula, cabut semula]
  • Tali sawat dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur
  • Minyak steering - mencukupi atau tidak 
  • Air wiper - mencukupi atau tidak

*Kena sediakan tisu sewaktu periksa paras minyak pelincir.

RSM (Rutin Sebelum Memandu) 

18 rutin ini perlu dilaksanakan sebaik pemandu memasuki kenderaan dan sebelum melakukan olahgerak. Anda juga WAJIB melakukannya sewaktu ujian memandu di jalan raya.

1. Brek tangan - Masuk kenderaan, duduk terus pastikan brek tangan berada dalam kedudukan brek.
2. Tempat duduk Masuk kenderaan, duduk terus pastikan brek tangan berada dalam kedudukan brek.

RPK dan RSM

3. Kedudukan tangan - Letak pergelangan tangan pada steering dalam kedudukan tangan ditegangkan (laraskan penyandar), kemudian alihkan kedudukan pegangan    9 - 3 /10 - 2, siku sedikit bengkok.


4. Cermin sisi/pandang belakang - Laraskan pandangan jelas nampak separas ke belakang dalam kedudukan selesa
5. Tolok/Penunjuk suhu berfungsi/tidak berfungsi
6. Lampu amaran tekanan minyak enjin berfungsi/tidak berfungsi.
7. Lampu amaran bateri berfungsi/tidak berfungsi.
8. Lampu amaran brek tangan berfungsi/tidak berfungsi.
9. Tolak/penunjuk bahanapi/bakar berfungsi/tidak berfungsi.


10. Pastikan gear bebas/gear dalam kedudukan 'P' untuk auto ; 'N' untuk manual.
11. Hidupkan enjin tanpa menekan pedal minyak.
12. Tekometer/meter RPM berfungsi atau tidak
13. Lampu hadapan berfungsi atau tidak.
14. Lampu isyarat berfungsi atau tidak.


15. Hon berfungsi/tidak berfungsi
16. Pemancut air & wiper berfungsi/tidak berfungi
17. Lampu hazard berfungsi/tidak berfungsi
18. Uji dan pakai keadaan tali pinggang keledar dengan sempurna

Entry sebelum ini - Produk yang Menghilangkan Blackheads

Terima kasih kerana membaca RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlut Anda Tahu
Tags

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Baca blog ini teringat pengalaman membaca buku untuk ujian memandu dulu. Tahniah. Info yang bagus.

    ReplyDelete
  2. Zaman saya Takde pun berbagai ujian seperti ini. Pastu tak sampai 500pun ambil leSen.

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni.. saya ada kereta arwah ayah, nak jual mcm syg sbb ada sentimental value.. lagi pun berapa sgtlah harga kereta lama. Enjin dan semua fungsi masih bagus tp lama terbiar tak renew roadtax.. hari tu check, nak dptkan road tax kena buat inspection balik pula... Thanks sharing info bermanfaat ni :)

    ReplyDelete
  4. Kita dulu time ambik lesen masuk bengkel untuk sesi demo je pasal check semua tu. Sekarang dah ada ujian ye?

    Baguslah, nanti barguna bila dah ada kereta sendiri

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk info.. sesuai untuk orang pompuan macam saya. Kadang2 gabra
    bila apa2 jadi. Pernah dulu rosak tanda tiga segi pun tak ada.

    ReplyDelete
  6. Alaaa bila u kongsi tips ni teringat masa ambil lesen dedulu.
    Dah bertahun dah dapat lesen. Siap lesen besar dah tapi sampai sekarang tak bawa kereta.
    Takut! Huhu

    ReplyDelete
  7. Baca entry ni rasabmacam scary dan susah sgt plak..akak dh la nak kena masuk kelas semula ni

    ReplyDelete
  8. such an informative article. kena save awal-awal ni cuz next year lepas spm rancang nak terus ambil lesen driving

    ReplyDelete
  9. sangat detil ya pemeriksaan di Malaysia encik

    ReplyDelete
  10. lengkap pulak panduan dalam artikel ini.

    pasti memberi manfaat yang besar kepada pencari maklumat..

    ReplyDelete
  11. Tq for this reminder.
    As for me, ok aje except for bahagian enjin ha ha ha.... Memang out of my scope la.
    Normally akan paksa asben check from time to time.
    Penting! Semua di atas tak boleh tidak! wajib.

    ReplyDelete
  12. Wow this is informative got to share this because many ladies have no idea about car. Took me awhile to understand as well hahaha

    ReplyDelete
  13. Info yang sangat berguna ni. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  14. Bagus sangat sharing ni. Kene take note ni. TQ

    ReplyDelete
  15. I''ve did the test almost 10 years ago. Some of them was not included in the test. Thank you for the compilation as I believed this is very useful, especially for the candidate who are taking the test.

    ReplyDelete
  16. Pernah test dengan JPJ 17 tahun yang lepas. macam lain je ujian memandu sekarang ni. LAgi mencabar nampaknya..

    ReplyDelete
  17. Wahhh, info ini snagat berguna bukan sahaja kepada yang nak ambik ujian ni. Tapi kepada pemandu kereta yg ingin refresh balik pengetahuan.

    ReplyDelete
  18. Komplit bener informasinya ini. Buat referensi perawatan kendaraan bagus. Saya suka lupa cek air radioatornya hehe. semoga tak terluang.

    ReplyDelete
  19. Banyak yang saya belajar dari entri ni. Terutama dlm mengenali kenderaan sendiri dengan lebih mendalam

    ReplyDelete
  20. Nice info ni lengkap dengan details sekali.. Kereta bapa saya rasa2x perlukan pemeriksaan.. Lepas ni kena cek betul2x ahh dlu kan..

    ReplyDelete
  21. Wow! thanks for the information, sekarang baru tau semua ini penting.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top