Sinopsis Melankolia Tv3

1
Sinopsis Melankolia Tv3

Sinopsis Melankolia Tv3. Menggantikan Kisah Yang Hilang, saksikan buah tangan terbaharu dari OrangeTree Production, menerusi drama bersiri MELANKOLIA di Slot Samarinda yang bakal bersiaran mulai 13 Feb 2018.

Drama bersiri 24 episod ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman iaitu Shuhaimi Zulkefli dan skrip digarap oleh tiga orang individu iaitu Nana Khalil, Azmy Mohd Ariff, dan Nasir Sulaiman.

Baca: RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu

Melankolia menampilkan pelakon Nonny Nadirah dan Aliff Aziz sebagai tunjang utama. Turut membantu ialah Datuk Eizlan Yusof, Doria Rachel Jolly, Daaim Jailani, Amir Nafis, Neera Azizi, Elanie, Zaibo, dan Liza Abdullah.


Drama in bakal bersiaran mulai 13 Feb ini setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam hanya di Tv3.

Sinopsis drama Melankolia Tv3

Suhana, seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik, berdisiplin dan mempunyai fokus dalam kehidupan.

Bagi Suhana kerjaya adalah segala-galanya dan dia lebih selesa hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa.

Oleh kerana itulah dia tertekan setiap kali ibunya mendesak supaya dia berkahwin dengan lelaki kaya supaya masa depannya lebih terjamin.

Tuan Hamid pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain

Pun begitu, Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’. Cukup teliti dan inginkan kesempurnaan dalam setiap aspek. Beliau telah jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai si bodyguard, Zain.

Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?

melankolia tv3

Lagu tema/Ost: Zain - Impian Rahsia

Entry sebelum ini - Fakta Menarik Filem Black Panther

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Melankolia Tv3
Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Saya tengah layan citer ni huhu.. camne agaknya ending dia ye..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top