3 Februari 2018

Sinopsis Papa Nak Menantu Tv3

Sinopsis Papa Nak Menantu Tv3

Sinopsis Papa Nak Menantu Tv3. Bagi menghiasi petang hunung minggu anda, Tv3 mempersembahkan sebuah drama menarik menggantikan Mr Boss Miss Stalker iaitu PAPA NAK MENANTU, yang bakal menghiasi Slot Dahlia.

Diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd, di bawah arahan Chad Abdul Rahman ini diadaptasi dari novel popular tulisan Hasrudi Jawawi. Drama rantaian ini bertemakan komedi ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga pada hujung minggu.


Menampilkan Hafidz Roshdi dan Jaja Iliyes sebagai pelakon utama, Papa Nak Menantu turut dibintangi Aman Graseka, Rais Hazlin, Aedy Ashraf, dan Haliza Misbun.

Baca juga: Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima

Papa Nak Menantu bersiaran di Tv3 mulai 4 Februari 2018, setiap Jumaat hingga Ahad, pada jam 7 petang.

Sinopsis drama Papa Nak Menantu Tv3

Disebabkan sikap Syahirah yang kasar dan keras kepala, Pak Saad mahu anak tunggalnya itu cepat bertemu jodoh. Dia berharap Syahirah dapat berubah selepas mempunyai suami.

Pak Saad mengugut anaknya, jika Syahirah tidak berkahwin sebelum umurnya menginjak 50 tahun, dia akan kahwinkan dengan Pak Mat Tempe. Syahirah tiada pilihan lain kecuali menurut sahaj kemahuan ayahnya. Dibantu oleh Syakir dan Nabilam kelam-kabut dia mencari calon suami.

Sinopsis Papa Nak Menantu Tv3

Laman sosial Facebook menjadi salah satu tempat dia mencari bakal suami. Pelbagai jenis lelaki yang dia temui. Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun, termasuklah lelaki dua alam.

Semuanya tidak menepati citarasa Syahira gara-gara dia masih belum bersedia. Sehinggalah dia bertemu calon ke-lapan, Azrin Aidil, seorang jurulatih di pusat gimnasium.

Ketika Syahirah mula menyukai Azrin, muncul pula bekas kekasih, Nazim. Sempatkah Syahirah bernikah sebelum ayahnya berusia 50 tahun?


OST/Lagu tema: Sissy Imann: Jatuh

Entry sebelum ini - Filem Padmaavat Haram Ditayangkan di Malaysia

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Papa Nak Menantu Tv3

4 ulasan:

  1. membaca sinopsis drama ini diakui memang best.

    lagipun bukannya mudah untuk mencari calon yang sesuai..

    proses matching mengambil masa juga.

    BalasPadam
  2. sy tertgk sikit smlm... jujur ckp x suka watak arman graseka tu sbb mcm dibuat2

    BalasPadam
  3. jdulnyapun macam dah menarik mesti menarik untuk ditonton film ini

    BalasPadam
  4. Tak tgk pun drama ni..asyik lupa bila ditayangkan

    BalasPadam