Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

0
Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita. Menyusuli Kekasih Paksa Rela yang bakal melabuhkan tirainya, Tv3 sebagai saluran nombor satu negara menghidangkan sebuah lag drama bersiri menarik buat tontonan anda iaitu TIADA ARAH JODOH KITA.

Mengisi Slot Akasia, drama ini diterbitkan oleh Primeworks Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah Eoon Shuhaini. Seperti jangkaan anda, ini juga merupakan adaptasi novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Ezza Mysara.

Tiada Arah Jodoh Kita diterajui oleh Shukri Yahaya dan Aprena Menrose sebagai pelakon utama. Ia turut dibantu oleh barisan pelakon berkaliber seperti Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Rania.


Bersiaran sebanyak 28 episod, drama ini menemui anda bermula 13 Februari 2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis drama Tiada Arah Jodoh Kita Tv3

Mengisahkan Afia Awliya yang menanti kepulangan Fayyad Syakir dari luar negara dengan penuh kesabaran. Hancur hatinya apabila orang yang selama ini dicintainya menyuruh dia berkahwin dengan Megat Wakeel yang kini menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhir.

Afia pada awalnya menolak bulat-bulat cadangan Fayyad. Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak disayanginya. Bagaimanapun, setelah mengenali Wakeel, hati Afia berubah.

Entah bagaimana dia bersetuju dengan pernikahan ini. Sepanjang bergelar isteri Wakeel, dia tidak pernah bahagia. Ditambah pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif, yang sentiasa dingin dan sering menyindir Afia.

Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Ketika dia menangisi pemergian suami, datang dua lamaran yang tidak diduga. Kekasih lama Fayyad yang kembali menagih janji lama dan Aathif yang selama ini menyukainya dalam diam.

OST/Lagu tema: Datuk Siti Nurhaliza - Kau Takdirku

Entry sebelum ini - RPK dan RSM JPJ: Ini yang Perlu Anda Tahu

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top