Khamis, 29 Mac 2018

Cara Jual Barang di Shopee

Cara Jual Barang di Shopee

Cara Jual Barang di Shopee. Saya rasa nama Shopee dah tak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun mula beroperasi di Malaysia pada 2015, perniagaan mereka cepat berkembang. Shopee kini menjadi antara e-merchant utama negara.

Anda mungkin familiar dengan beli barang di Shopee memandangkan ia cukup popular dengan tawaran diskaun yang dikenakan pada banyak produk. Tapi masih ramai yang tak tahu, yang anda sendiri sebenarnya boleh menjual Shopee.


Apa yang menariknya di Shopee, anda tidak perlu melalui langkah rumit untuk jual barang. Anda boleh menjual barang dengan mudah hanya menggunakan telefon pintar.

Baca juga: Cara Berniaga di Instagram

Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi cara beli barang di Shopee, kali ni saya nak share tatacara untuk JUAL BARANG di Shopee pulak.

Saya akan tunjukkan cara menjual guna telefon pintar sebab ia lebih mudah memandangkan camera dah tersedia untuk ambil gambar barang yang ingin dijual.

Cara Jual Barang di Shopee

Langkah 1: Download aplikasi Shopee di Apps Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

Langkah 2: Anda perlu ada akaun Shopee. Pilih SIGN UP > Isi Maklumat peribadi > Anda akan terima email pengesahan menandakan telah berjaya dan sedia untuk membeli atau menjual.


Langkah 3: Pilih 'Me' > Selling > 'Add New Product' kemudian masukkan gambar barang yang ingin anda jual. Di sini anda diberi tiga pilihan sama ada untuk mengambil gambar, memilih gambar yang sudah tersimpan dalam telefon ataupun melalui Instagram.

Langkah 4: Selesai memasukkan gambar produk, isi maklumat produk dengan lengkap dan terperinci termasuk harga dan kos penghantaran.

Langkah 5: Pilih 'SUBMIT'.


Langkah 6: Masukkan nombor akaun untuk menerima pembayaran.

Langkah 7: Untuk memastikan barang anda tersenarai dalam laman Shopee, anda perlu mengesahkan (verify) nombor telefon pada Langkah 7.


Senangkan nak jual barang di Shopee ni? Tak perlu lalui procedure rumit.

Yang paling saya suka, terdapat ruangan 'Chat' yang membolehkan pembeli menghantar mesej secara terus kepada peniaga. Senang nak tanya apa-apa soalan contohnya tentang produk dengan lebih detail.

Baca juga: Cara Buat Duit dengan Blog

Ingat, jangan sesekali menipu pelanggan. Contohnya gambar yang dipaparkan langsung tidak sama dengan actual product. Paling busuk, diskripsi produk ditulis 'original' sedangkan ia tiruan. Ataupun bayaran sudah dibuat tetapi barang tidak dihantar kepada pelanggan. Walau delay sekalipun, mohon inform pada pembeli supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.

Saya nak cerita lebih pun tak boleh sebab tak banyak pengalaman. Anda boleh baca panduan lengkap ini untuk pencerahan - Bisnes Shopee

Entri sebelum ini - Tiada Lagi Perkhidmatan UBER di Malaysia

Terima kasih kerana membaca Cara Jual Barang di Shopee

24 ulasan:

  1. yeah easy to shop. I love shop using shopee and goods delivered to me. just need beware some sellers not honest..I buy items not all get

    BalasPadam
  2. Sherry, is it ? Have you pay the money yet. If yes, do report to them and I'm sure Shopee will take action on this.

    BalasPadam
  3. Saya salah seorang pembeli dari shopee..boleh dia
    Dikatakan setiap hari masuk shopee..cuci mata dan cuci poket...ada jugak plan nak jual sesuatu kat shopee ni

    BalasPadam
  4. ciktom pun suka shopping kat shopee and ada jual coklat crispy kat shopee..alhamdulillah customer ada beli dari sana..

    BalasPadam
  5. Senangnya nak jual. Ingatkan rumit prosedurnya. Alehai nak membeli pun senang kat platform shopee. Boleh kumpul shopee coin lagi...

    BalasPadam
  6. oiye? boleh menjual jugak? hmmmm menarik.
    ilmu baru utk aida tau, nik. tq for sharing.
    tak de la terfikir pe nak menjual skang.
    tapi akan dtg, kan... good info ni.

    BalasPadam
  7. Akak sebenarnya ada je barang nak jual..hehehe...tapi kan..tak pandai..dah baca tips kat sini so nanti nak amik gambar dulu la..then upload..selalu shopping je kan..

    BalasPadam
  8. Owhhh mudah je rupanya nak jual barang di shopee. Boleh lah tmbh pendapatan kan

    BalasPadam
  9. Tak berminat kalau utk menjual lagi. Tp kalau shopping dkt shoppee mmg selalu. Lagi2 beli buku nota yg cantik2 dan unique

    BalasPadam
  10. oh macam tu, bagus juga dapat juga tambah pendapatan. thanks share info yang bermanfaat ni.

    BalasPadam
  11. Senang je step nak jual barang di Shopee.lepas nih senanglah kalau saya nak jual.barang yang tak pernah pakai di Shopee.selalu masuk Shopee saya shopping

    BalasPadam
  12. Thanks for sharing. Tak ada lah susah sangat yer. Tapi suka shopping dekat ahopee sebab murah.

    BalasPadam
  13. Tktau pn kt shopee bole jual brg, yg tau slalunya shopping brg.. Tq for sharing info ni

    BalasPadam
  14. Kalau nak bershopping bolehlah...nak menjual xkot

    BalasPadam
  15. Hilma suka beli brg dr shopee ni..rasa secure betul..bukan ape sbb dia ade collab dgn pos laju..so tracking no semua updated..senang nak trace..jauh dr scammer semua..

    BalasPadam
  16. Nak jadi seller kena betul2 commit and honest. Kalau tak senang je buyer nak viral kan seller yg menipu ni.

    BalasPadam
  17. ooo senang je nak jual barang kat shopee eh. teruja tau cara hehe. Tapi taw nak jual ape. sy pon mmg nak cari speaker sbb speaker rosak tapi tapo mahal lak . ok batal niat 🤣

    BalasPadam
  18. thank you for sharing ! I rasa pun nak start jual barang dekat shopee sebab banyak barang yang tak diguna dalam rumah ni nak clear out nak kasi space dalam rumah sebab in the future akan banyak lagi barang akan datang heee

    BalasPadam
  19. Wah bgus nya step2 ni..xpernah jual lg kt shopee..slalu duk shopping ja kt shopee ni

    BalasPadam
  20. It's a good thing bila ada apps yang memudahkan kita untuk jual barangan lama (yang masih lagi boleh digunakan) untuk dijual. So tak ada lah penuh store dalam rumah. Kena cuba lepas ni.

    BalasPadam
  21. Mudah juga nak jual barangan dekat SHopee ni. Bolehlah dah tengok-tengok barangan kat rumah nak letgo.

    BalasPadam
  22. suka sgt menjual dan shopping di Shopee ni.

    sangat mesra p'guna

    BalasPadam
  23. Teknik yang betul adalah kunci kalau nak berjaya buat income besar sebagai seller di shopee.

    BalasPadam