6 Mac 2018

Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram

Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram

Dua Lipa Edit Perkataan 'Babi' Di Instagram. Penyanyi Britain, Dua Lipa telah menukar kapsyen pada gambar yang dimuat naik di laman Instagram selepas diejek oleh rakyat Malaysia.

Dua hari lalu penyanyi berdarah kacukan Albania ini memuat naik gambar dengan ucapan selamat hari jadi yang didedikasikan buat bapanya. Kapsyen foto itu berbunyi:

"Happy Birthday babi, I wish I was home to give you a big hug and kiss."

Dalam bahasa Albania, 'babi' membawa maksud 'ayah'.


Tanpa mengetahui maksud sebenar dalam bahasa Albania, pengikut dari Malaysia mempersoal tindakan penyanyi berusia 23 tahun itu kenapa beliau menggunakan perkataan sedemikan terhadap ayahnya.

Seperti yang kita tahu di Malaysia, perkataan 'babi' bukan sahaja ditujukan kepada binatang, bahkan digunakan untuk tujuan mencarut.

Menghentam, mengutuk, mengkritik sudah tak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Mereka meninggalkan komen memalukan dan tidak hormat dengan bahasa negara lain. Lebih memalukan komen-komen negatif itu turut dibaca oleh ribuan peminat dari seluruh dunia sekali gus mencerminkan perangai sebenar rakyat Malaysia. What is wrong with us? 

Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram


Menerima kecaman tersebut, Dua Lipa yang mula terkenal menerusi laman Youtube terus menukar kapsyen kepada "Happy Birthday Dad".

Mungkin juga menukar perkataan 'babi' menjadi salah satu strategi marketing untuk menarik perhatian rakyat Malaysia menjelang konsert pertama beliau di Kuala Lumpur pada 3 May ini.


Entri sebelum ini - REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Terima kasih kerana membaca Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram

27 ulasan:

  1. Orang Malaysia ni memang hobi ke eh suka kecam orang. Paling pelik....banyaknya masa nak pi kecam orang tu. Alehaiiii....

    BalasPadam
  2. Orang Malaysia ni kena buka minda la..kadangkala perkataan mencarut ni dalam bahasa asing ada makna tertentu..common la orang Malaysia..please be matured jangan tau nak menghentam je kan..nampak pelik skit nak hentam...macam dah takde keja lain

    BalasPadam
  3. Biasa la pemikiran tak terbuka. Dah duduk bawah tempurung camtu ar jadi nye. Buat malu satu Malaysia je. Then bila kita pegi luar negara negara semua Malaysian dah di cop pemikiran sempit. Sebelum komen tu buat ar kajian betul tak? Jangan ar main komen je.

    BalasPadam
  4. Orang kita ni rupanya banyak masa terluang.. elok la masa tu buat benda lain yang berfaedah.. atau g study bahasa orang luar ke.. dapat juga faedah.. perbuatan segelintir netizen, satu malaysia dapat nama

    BalasPadam
  5. I think it's a sweet wish... Dunno la.. everyone hv different thinking and might think differently... Nothing wrong with the wishes.. as long as it comes from heart.. babi also can be very cute and nice..

    BalasPadam
  6. tapi nama dua lipa tu..macam two slippers hahaha..

    BalasPadam
  7. Ingatkan apa lah dua lipa. Rupanya nama dia. ADoiii... Tak mengikuti perkembangan langsung... hahaha.. Biasalah tu. Kecam mengecam ni dah macam budaya kita pulak. Tak faham betul.

    BalasPadam
  8. Adoiii...dia ingat babi tu exclusive utk babi je kot...
    Kahkah..kalau kt siam ada bedak babi...uttk baby...kikiki

    BalasPadam
  9. Kadang2 kita kena open minded juga.. netizen ni keje dia mengecam jer. Penat dah baca story kecam mengencam ni

    BalasPadam
  10. susah nak sekat sebab kebanyakannya komen2 tak matang tu dari budak2 kecil

    BalasPadam
  11. Ooo..baru tahu maksud babi. Mungkin ianya lain di Malaysia. Di Albania lain pula maksudnya

    BalasPadam
  12. mungkin jugak ekk. free marketing la katakan.
    now kan free marketing cara ginikan dpt perhatian.
    buat pelik skit, hmmmm mula la viral.

    BalasPadam
  13. Rasanya benda ni lebih kepada hormat. tak baik lah buat macam tu. dia bukan tau apa2

    BalasPadam
  14. Macam-macam ada kat negara kita ni ya!

    BalasPadam
  15. Masuk berita baru ni. Mentaliti rakyat kita kan. Padahal bukan dia tau babi tu apa dalam bahasa kita. So funny.

    BalasPadam
  16. Hahahha... org malaysia mmg suka kecam.. padahal lantak dia la nak panggil apa pun...bahasa dia kan

    BalasPadam
  17. Apa salah Babi...sama juga macam baby...

    cuma ejaan yang tepat sahaja membezakan

    BalasPadam
  18. haha kesian dia, kalau x silap orang arab panggilan babi tu memang utk bayi. macam kita babylah kan. comel

    BalasPadam
  19. Betul jugak tu startegi marketing. Biasalh kat Malaysia ni, memang pelik sikit. Seriusly semua benda nak kecam tnpa usul. Dia ajelah yang betul. Kalau Dua Lipa tak buat konsert kat Malaysia, tak pyh tukar kapsyen pun takpe kan. Lol

    BalasPadam
  20. netizen dan 'mewakili kerja Tuhan' tak dapat dipisahkan. hhmm ada masa pulak dia nak kecam2 orang tu.

    BalasPadam
  21. for me it is not a big isu tapi masyarakat malaysia terutamanaya melayu memang tak ada kerja tu sebab nak jadi tuhan untuk setiap kesalahan manusia lain sampai terlupa pula diri sendiri punya aib, apa pun jaga aib orang lain Insha Allah Aib kita Allah tutup di dunia dan akhiray

    BalasPadam
  22. Is not fair to critic her as this is their language. We do have similar language in different country. How other country ppl look at us. Speechless.

    BalasPadam
  23. just marketing strategy and it's success

    BalasPadam
  24. hahahaha. orang Malaysia memang tak leh dengar perkataan camtu. panassss telinga. macam2 halll

    BalasPadam
  25. Netizen biasa lah. Tak kecam tak sah.memang ade sesetengah tempah babi tuh maksudnya ayah. Kalau tgk hindi pun ada je sebut babi tuh hah..rileks je...

    BalasPadam
  26. Nampaknya kita masih lagi berada ditangkuk ulu yang sangat tipikal dengan bahasa asing.

    BalasPadam