Resepi Biskut Alien. Awal bulan lalu media sosial dilimpahi dengan perkongsian biskut alien yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Biskut alien ini pada asalnya dimuat naik oleh MariaKhalisya Khalis pada grup Masak Apa Hari Ni di Facebook untuk berkongsi resepi kuih tersebut demi memenuhi permintaan anak-anaknya. Resepi biskut alien itu kemudian mendapat perhatian dan dikongsi hampir 16 ribu pengguna laman sosial itu.
Baca juga: Resepi Kek Batik Sedap
Melihat hasil biskut alien melalui gambar-gambar yang dikongsi Maria, ramai ahli grup berkenaan mencuba resepi tersebut. Malangnya hasil selepas dibakar langsung tidak sama seperti yang Maria lakukan. Ada yang penyek, ada juga yang kelihatan seperti zombie dan ini menjadi bahan ketawa pengguna media sosial.
Ramai yang tertanya-tanya, rumit sangatkah untuk buat biskut makhluk asing ini? Menurut Maria, biskut alien ini tidaklah sesusah mana kerana ia cuma memerlukan EMPAT bahan sahaja.
Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul
Bahan-Bahan
- 1/2 Buttercup
- 1/2 tin susu pekat
- 400 gram tepung jagung
- 4 sudu besar susu tepung
- Coklat cip
Cara
- Masukkan semua bahan dan adun sehingga menjadi doh
- Jika doh terlalu keras, tambah 2 sudu mentega
- Bentukkan doh mengikut kreativiti anda
- Letakkan coklat cip sebagai mata alien
- Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 165-170C menggunakan API BAWAH selaman 25 minit
Mungkin anda boleh cuba buat resepi ini untuk anak-anak, ataupun jadikannya sebagai salah satu biskut raya nanti.
Entri sebelum ini - Honor 9 Lite Berbaloi Pada Harga RM749
Terima kasih kerana membaca Resepi Biskut Alien Viral Yang Betul
Kalau tengok pada bahan2 macam mudah je nak sediakan biskut alien nie..tapi tuela macam2 rupe ade �� sakit perut gelak bila baca komen2 netizen..
ReplyDeleteMacam menarik ni. bahan senang je tengok. Tapi tengok yang macam-macam rupa seram pulak nak buat. hihihi
ReplyDeletekalau kes tak menjadi memang boleh jadi modal untuk ketawa dan diketawakan..
ReplyDeleteok juga tu..
membuat orang lain terasa gembira
Simple aje bahannya. Boleh buat ni..
ReplyDeletetengok kawan buat tak jadi, pecah2.. entah apa silapnya. tepung kot..
ReplyDelete